Blog ini saya khususkan kepada sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat tentang apa-apa sahaja tajuk yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.
Sabtu, 30 April 2011
What do Speakers Communicate ?
I used to say that humen utterances is unique ability that god ve given. It happened for me to ve an acess this matter. I ve an oppourtinity to do research on this fenomena. *It actually difficult to think of many humen activities that do not involve communication. We tend to communicate with friends and with strangers, at work and at play, in public and in private. We communicate our knowledge, our anger, our frustration, and our need. We may communicate by utterances that we use in our speech. We are able to convey our feeling to somebody. Our experiences of communication will remain just like that. There will be no systematic explanation of the fact that we may find one speaker witty and amusing, another long-winded and patronizing, that one style seem poetic while another seems prosaic, that one conversation seems coherent while another appears to go all aver the place, that one remark seems puzzling while another seems trite and obvious. The problem is that different people are interested in communication for different reasons. For example, some writers are interested in communication for what it indicates about the structure of social interaction and the dynamics of social relationships.
Ahad, 24 April 2011
Ujaran
Dalam membicarakan bahasa Melayu, saya lebih tertarik kepada ujaran, maksud saya adalah apa yang sebenarnya diujarkan oleh penutur bahasa Melayu. Pada tanggapan saya, bahasa komunikasi itu lebih penting dalam komunikasi dua hala daripada bahasa tulisan, kerana ujaran itu memerlukan orang yang perlu memahami maksud ujaranya secara tepat dan tanpa pembetulan. Pembetulan mungkin boleh dilakukan tetapi sudah mencacatkan pemahaman penerimanya.
Saya juga tahu bahawa bahasa lisan itu berbeza dengan bahasa tulisan. Bahasa tulisan memerlukan pemahaman ketatabahasaan yang baik, kalau tidak tulisan kita akan dianggap tidak gramatis. Cuma bahasa tulisan, kita masih mempunyai masa untuk membuat pembetulan.
Dalam aturan ujaran biasa adalah sebagaimana berikut:
Pantun Melayu
Saya amat meminati pantun. Pantun adalah khazanah kebijaksanaan Melayu yang telah kita warisi turun-temurun sejak zaman awal ketamadunan Melayu. Kita tidak tahu bila agaknya pantun itu menjadi wadah pemikiran Melayu. Mungkin kita agak mustahil untuk mengetahuinya kerana tiadanya catatan sama ada dalam bentuk tulisan, manuskrip mahupun lakaran di monumen yang dibina oleh tamadun Melayu. Monumen-monumen yang terkenal seperti Angkor Wat, Candi Prambanan dan juga Candi Borubodur mungkin mempunyai lakaran-lakaran tertentu tetapi bukannya dalam bentuk inskripsi tulisan tetapi hanyalah dalam bentuk lakaran mitos Hindu dan Buddha.
Sebagaimana bangsa-bangsa lain di dunia ini, orang Melayu seharusnya berbangga dengan pantun ini, kerana ramai sarjana berpendapat pantun sebenarnya adalah kepunyaan asli bangsa Melayu. Pantu yang kita kenali sebagai ungkapan berangkap sama ada dua baris, empat baris, enam baris dan lapan baris dan mempunyai persamaan rima perkataan yang digunakan. Yang menjadi kehebatan pantun adalah bagaimana pemilihan perkataan yang mempunyai persamaan rima telah dapat diungkapkan secara spontan. Dan yang menjadi keanihan seterusnya adalah di dalam pantun itu terungkap maksud yang berkias dan mempunyai maksud tersirat.
Berpegang kepada latar belakang ini, saya sering mengatakan dalam mana-mana polimik, seminar dan juga pembentangan kertas kerja bahawa orang Melayu sejak dahulu memang amat mementingkan keunggulan minda. Bagaimana mungkin mereka mampu mengungkapkan pantun yang begitu tinggi nilai falsafahnya tanpa memaksimumkan peranan mindanya.
Jadi kita harus melihat semula mitos bahawa Melayu itu malas, tak pandai dan suka kepada hiburan. Kemalasan dan kemunduran bukannya sesuatu yang diwarisi. Kita perlu melihat di mana kepincangan ini terjadi. Saya melihat kehancuran sesuatu bangsa itu berlaku jika kita melupakan peranan kita sebagaimana yang diwariskan kepada kita. Maksud saya ialah, kita tidak boleh melupakan peranan minda kurniaan tuhan. Minda adalah anugerah yang paling besar dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Jadi tidak ada kompromi bagi kita untuk sentiasa membicarakan kepentingannya dalam kehidupan kita.
Ahad, 13 Februari 2011
Sajak Perpisahan
Khas Untuk Tn Haji Zaid Bin Ali
Timbalan Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
SEBUAH PERPISAHAN
Nukilan hambamu yang ikhlas
Dr Hussin Bin Sarif
Tuan Haji...
Siapalah kita
Untuk mengatur pertemuan ini
Tapi Allah takdirkan jua.
Di sini, di bumi bumi IPG ini
Fikrah dan jiwa kita subur
Dengan persahabatan yang luhur.
Tuan Haji...
Siapalah kita
Untuk menahan perpisahan ini
Tapi Allah takdirkan jua
Tapi....
Kerna hati-hati kita telah bertaut
pada ukuhuwah-Nya
Walaupun jauh di mata
Kita tetap teguh abadi di jiwa.
Tuan Haji...
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Dewan Sri Budiman dan Balai Ilmu,
Bilik kuliah dan anak-anak keletah,
Pejabat pentadbiran dan staf ikhlas,
Bilik JPM dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Tuan Haji...
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah nostalgia.
Tuan Haji...
Kini,
Tibanya satu kepastian,
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi sebuah perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Bak air yang mengalir,
Tiba jua ke muaranya,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang Ilmuwan,
Timbalan Ketua Jabatan yang dikasihi,.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala kesumat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Umpama mentari pagi,
yang mesra sekali.
Malam Ahad
13.02.2011
Sabtu, 5 Februari 2011
Komunikasi dan releven
Prinsip relevan kognitif mempunyai kesan yang amat penting dalam proses komunikasi. Menurut Sperber & Wilson, komunikasi melibatkan penglahiran rangsangan ostensif, contoh gerak geri atau tindak tanduk penutur akan menarik perhatian pendengar yang tidak boleh tidak akan diambilkira oleh pendengar dengan anggapan penutur berhasrat untuk menyampaikan maklumat. Rangsangan ostensif dalam konteks ini boleh berupa perlakuan umpamanya pergerakan badan, ujaran verbal yang kurang jelas, tanda atau ditulis di papan tanda atau ujaran yang lebih kompleks umpamanya tingkahlaku yang disertai dengan ujaran. Walau bagaimanapun berdasarkan prinsip relevans kognitif, sistem kognisi manusia hanya melayan informasi atau maklumat yang relevans. Jika penutur ingin ujarannya difahami, penutur mesti mengeluarkan rangsangan ostensif yang seboleh-bolehnya relevens berdasarkan jangkaan interpretasi pemahaman pendengarnya. Oleh itu boleh dianggap dalam setiap tindakan komunikasi ostensif akan membuatkan penutur memastikan maklumat itu cukup relevens kepada pemahaman pendengar.
Semakin banyak informasi yang relevens maka semakin mudah untuk pendengar memahami dan ini memastikan kejayaan sesuatu komunikasi. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai sebab kemungkinan penutur gagal untuk megeluarkan rangsangan yang paling releven kepada pendengar. Dalam komunikasi verbal, penutur tidak berupaya memikirkan cara terbaik untuk menimbulkan rangsangan, penutur mungkin dihalang melahirkan ujaran disebabkan oleh faktor budaya dan sebagainya. Pendengar tidak berhak untuk mengharap ketepatan, walaupun demikian adalah berpatutan untuk mengharap penutur mengeluarkan ujaran yang seboleh-bolehnya paling relevans berdasarkan keupayaan dan keutamaan. Sperber & Wilson ( 1995 : 158 ) mengatakan bahawa faktor ini sebagai prinsip relevans komunikatif. Berdasarkan prinsip ini setiap komunikasi ostensif menyebabkan pelahiran kerelevanan yang optimum.
Prinsif relevens kognitif mempunyai kesan yang amat penting dalam proses komunikasi. Menurut Sperber & Wilason, komunikasi melibatkan penglahiran rangsangan ostensif. Bagi setiap komunikasi overt menghasilkan tanggapan kepada kerelevenan yang optimum.
Jumaat, 4 Februari 2011
The Strategic Planning
I m one of the fasilitator to cope with The Strategic Planning for IPG Kampus Tun Hussein Onn. And to me I ve to be familier with this three words: Vision, Goals and Objectives.
Vision is actually what our dream were. It is often considered as a long term ambition that may take a lifetime to achive. In turning dreams into vision, we need to take away all forms of limitations and constraints and start focusing on the things that we really want.
Goals are normally referred to as medium term ( 3 - 5 years ) achievements. Vision needs to be broken down into goals that are achievable, practical and realistic, but at the same time, challenging. The sum of all goals will lead us to the achievement of our vision or dreams.
Objectives are normally short-term achievements that may take days, weeks or months to achieve, but more importantly, objectives must be measurable. The performance indicatora will tell us whwther we are on the right track or moving forwards in the right direction. The sum of our objectives will lead us towards attaining our goals and the sum of our goals will lead us towards the achievement of our vision. Achieving our vision is the pinnacle of our efforts in realizing our lifelong dreams.
I hope the explanations will make us understand what we want to achive in our Stratecic Planning.
Bahasa Sebagai Gambaran Akal Budi Penuturnya.
Cara sesuatu bahasa digunakan dalam komunikasi merupakan suatu gambaran bagi hakikat kehidupan penuturnya. Pengguna bahasa yang berbeza menyampaikan maksud melalui wahana bahasa dengan cara berbeza. Bagi para penutur natif bahasa Melayu, makna atau tujuan sering diutarakan secara berkias, dan bahasa Melayu kaya dengan pelbagai bentuk kiasan untuk membolehkan hajat para penutur dinyatakan secara tidak langsung. Penyataan hasrat secara teus kadangkala ditanggapi sebagai kurang sopan. Asmah (1986:178) mengatakan dalam kebudayaan Melayu cara berkomunikasi secara tidak langsung memang sesuatu yang disengajakan. Penyampaian maksud pertuturan secara langsung merupakan sesuatu yang di luar kebiasaan, bahkan dipandang sebagai satu perbuatan yang biadap. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati bahasa Melayu itu kaya sekali dengan bahasa kiasan, bahasa sindiran, pepatah, petitih dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kita peneliti bahasa Melayu boleh mengintai ke dalam dunia pemikiran orang Melayu. Bahasa dalah pengungkap rasa hati dan pemikiran penutur. Disebabkan akal budi adalah entiti yang bersifat abstrak, kita memerlukan sesuatu wahana untuk membolehkan ia diserlahkan.
Sajak Untuk Seorang Kawan
Aku ingin ke suatu masa
sambil menunggu waktu terlerai
tergantung-gantung.
Akan tergapaikah
tangan kuhulur,
Sedang kau terus membatu
menuding jari melempar sesal?
Lalu akan tergapaikah
tanganku terhulur bersama
sesalku?
Kau terus memaksaku merenungi
matamu yang terus bersinar,
dan cuba memandangku
sedangkan aku tenang,
kerna terpaksa menyembunyi
rasa terluka,
Sedang kauenggan menyapa mataku
Aku bagai ditampar kesal
menyesali kepolosan
jujur itu bukan milik kita semua.
Sedangkan kita terus membisu
memendam gurindam diri,
Inikah erti persahabatan,
Inikah persaudaraan,
mungkin kebenaran itu
Kita sendiri yang tahu.
4 Feb 2011
1255 malam
ketika naluriku
rasa terhimpit
dengan erti kejujuran.
Khamis, 30 Disember 2010
Selamat Tahun Baru
Asalamualaikum. Sudah berakhir rupanya tahun 2010 dan bakal menjelang tahun 2011. Maksudnya telah bertambah setahun lagi usia kita dan semakin mendekat lagi usia kita ke penghujungnya. Itulah sebenarnya erti kehidupan. Kita diberi masa untuk berbakti dan mencari keredhaan Allah di bumi kurniaannya ini. Sudah sewajarnya kita mengimbas apa yang telah kita buat dan tunaikan. Dan itupun sebanarnya tugas kita manusia di bumi Allah ini. Masing-masing kita mempunyai tanggung jawab sendiri. Ialah kita yang di bidang pendidikan ini tentulah bergembira apabila melihat anak didik kita saban tahun keluar dari alam persekolahan dan bersedia menjadi manusia. Tapi juga perlu ingat ada juga di kalangan anak didik kita itu yang kurang berjaya. Walau bagaimanapun kita mungkin telah melakukan yang terbaik dan sewajarnyalah kita tidak perlu gundah gulana, kerana semua itu adalah ketentuan Allah juga. Kita sebagai insan yang dipertanggungjawbkan tentu telah membuat yang terbaik.
Pendidik yang berjaya, pada saya adalah apabila saban tahun kita didatangi oleh anak-anak didik kita dan mengucapkan selamat kepada kita. Saya berasa amat gembira kerana sebilangan anak-anak didik saya biasanya datang dan saya tahu mereka amat gembura kerana telah berjaya. Saya amat bersyukur kerana itu adalah hadiah yang paling besar yang saya telah dapat. Cuma saya sentiasa berharap, teruskanlah legasi saya dengan sentiasa berusaha menanamkan apa juga unsur-unsur yang baik untuk dicontohi oleh adik-adik seterusnya.
Dalam profesion sebagai pendidik ini kita sebenarnya tidak akan boleh kaya daripada harta tetapi kita boleh kaya dengan anak-anak didik yang kita lahirkan. Pada saya, jasa guru-guru saya amat saya sanjungi. Saya masih ingat bekas guru-guru saya En. Lau Huat Seng ( guru sejarah ), Mr Tan ( guru Seni Lukis ), Pn Kua Kim Leng ( Guru Sains ) Pn, Maznah ( Guru Bahasa )Pn Ho Kim Leng ( Guru Geografi ) dan En Kuan ( Guru Matematik ) yang amat hebat ketika saya di tingkatan tiga dahulu. Di Universiti saya mengingati Prof Ahmad Mahmood, Prof Arbak Othman, Prof Hamid Mahmood
Prof Ahmat Juhari Moin, Prof Zatul Azma, Prof Ibrahim Salleh, Prof Juriah Long dll antara nama pensyarah Bahasa dan Linguistik saya yang amat prolifik. Jasa mereka amat besar sekali terhadap ilmu bahasa dan Linguistik yang saya dapat.
Pada saya ilmu walau dalam apa bidang sekalipun kita tidak boleh berkompromi. Kita perlu betul-betul memahaminya agar apa yang akan kita wariskan kepada anak-anak murid kita itu adalah sebagaimana yang telah kita warisi daripada guru-guru kita yang terdahulu. Sekian.
Khamis, 16 Disember 2010
Luahan Rasa, Luahan Hati
Salam, dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya ini.
Saya sudah agak lama berfikir dan baru sekarang terfikir untuk meluahkan apa yang saya fikirkan. Saya sentiasa berharap perbincangan dan memberi pendapat diberi ruang terlebih dahulu bukannya kita terus dicap atau terus dianggap tidak sepatutnya bercakap demikian. Atau juga kita terus dianggap terkeluar daripada aliran perdana dalam mengeluarkan pendapat. Ialah saya memang suka untuk bercakap sesuatu yang berbeza daripada yang biasa. Sering juga kita dengar orang mengatakan aliran sedemikian, dalam konteks negara kita dianggap sebagai menganuti fahaman 'Mahathirisme'. Menjadi kemusykilan kepada saya saranan-saranan untuk menjadi rajin, menjadi baik, menjadi maju, menjadi prograsif, tidak terkongkong dengan dogma spiritual mahupun politik telah dijadikan sesuatu yang menimbulkan kemarahan dan kebencian bangsa kita. Apa salahnya untuk menjadi rajin,menjadi baik, menjadi maju, menjadi prograsif. Tetapi perkara-perkara pokok ini akhirnya menjadi sumber kebencian oleh bangsa kita. Saya faham bangsa kita sentiasa tidaklah seagresif bangsa-bangsa lain. Kita bangsa yang sukakan suasana yang tenteram, santai, suka berhibur, taat kepada ajaran agama atau alim dan pak turut yang betul-betul menurut.
Saya, terus terang berasa amat kecewa apabila faktor agama dijadikan alasan untuk tidak mahu maju. Saya mungkin jahil tentang agama, tetapi saya tidak boleh terima jika ada yang mengatakan, kita tak boleh berniaga dan menjadi kaya takut riba, takut apabila kaya kita akan sombong, riak dan menjauhkan kita daripada berpeluang masuk syurga. Apa juga bidang yang menjurus kepada kemajuan, kita dilarang. Kita nak bersukan tidak boleh, nak menyanyi pun tidak boleh. Terfikir tak dalam benak orang yang berfikir demikian, boleh tak kita ceburi semua bidang itu dengan berjaya tetapi tetap mengekalkan pegangan ajaran agama kita. Saya tidak fikir agama kita demikian. Saya msih ingat ustaz semasa saya bersekolah agama dahulu ada mengatakan bahawa agama Islam itu syumul, agama Islam adalah satu cara hidup dan agama Islam itu mudah dan tidak akan menyusahkan umatnya.
Ada juga sekelompok kumpulan yang berpendapat, semua haram dan tidak halal. Makanan ini haram, ini tak halal, ini bercampur benda tak halal menjadi sesuatu yang mengerunkan. Memanglah makanan-makanan itu semuanya dihasilkan atau dikeluarkan oleh orang-orang bukan Islam jadi masalah, halal haram itu tidak akan timbul jika kita orang Islam sendiri sibuk berusaha untuk mengeluarkan sumber makanan. Kita sendiri menguasai teknologi membuat makanan, pembungkusan, pemasaran, saya rasa masalah halal dan haram ini tidak akan timbul. Apa hak kita memaki hamun si pengeluar makanan yang kita pertikai halal dan haramnya tadi. Mengapa kita beli dan makan makanan itu. Saya rasa ini berkaitan dengan budaya bangsa kita iaitu budaya 'Bangau Oh Bangau'. Kita menyalahkan orang lain untuk menutupi kelemahan kita sendiri.
Satu lagi yang menjadi keresahan saya adalah budaya berpuak-puak sama ada dalam kelompok kepartian, fahaman tarekat dan sebagainya. Kita seronok untuk berpecah dan kita sentiasa menganggap kelompok atau kumpulan kita sahaja yang betul. Saya rasa dalam negara kita, bangsa Melayu khususnya tak berupaya lagi untuk berpecah belah. Perpecahan akan menyebabkan kuasa kita semakin mengecil, dan akhirnya kita menjadi tidak berkemampuan untuk maju dalam semua bidang sama ada dalam kemajuan pelajaran, ekonomi, kekuasaan dan sebagainya.
Kesimpulannya, berfikirlah kembali tentang apa yang saya utarakan. Kalau salah biarkan pendapat yang bodoh ini tetapi kalau anda fikir ada kebenaran juga apa yang saya utarakan , fikir-fikirkanlah. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita perjuangkan demi kelangsungan dan kemajuan bangsa kita di tanah air tercinta ini, wasalam.
Isnin, 6 Disember 2010
Apa itu berazam ?
Kalau kita imbas perjalanan hidup sepanjang tahun yang hampir berlalu, kita akan menyedari bahawa apa yang telah dialami, mungkin sebagaimana yang telah kita tekadkan pada awal-awal tahun dahulu. Saya tentulah menyedari bahawa apa yang diungkapkan sebagai memperbaharui azam sudah terlaksana atau belum. Saya selalu tidak pernah mendedahkan apa yang sebenarnya dihajati untuk diberitahu kepada orang lain. Memang benar sebagai seorang manusia, saya ni memanglah seorang yang agak kelihatan merendah diri. Almarhum ibu saya memang selalu menekan konsep itu dan saya akui telah mewarisi sikapnya itu. Saya juga tahu bahawa dengan sikap demikian akan menyebabkan saya selalu dipandang sebagai seorang yang lemah dan tidak ada kekuatan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Pada saya misi dalam hidup ini sebenarnya ingin melihat bahawa kita ini boleh melaksanakan kewajipan tanpa menyentuhpun hak dan perasaan orang lain. Saya ingin melihat satu situasi yang menggambarkan kita ini seorang yang tinggi ilmunya, tinggi peribadinya, hebat sopan santunnya, hormat tutur katanya dan tidak pernah menyusahkan orang lain.
Berlalunya tahun lepas, bermaksud telah berakhirnya satu episod yang besar dalam hidup saya. Sesuatu pencarian yang selama ini saya dambakan telah dapat saya capai.
Walaupun segala kepayahan dan kegetiran telah saya lalui. Cuma pengajaran yang paling besar yang saya dapati adalah dalam hidup ini kita sebenarnya perlu berani melakukan sesuatu dengan tekad dan keazaman. Kita sebenarnya bersendirian pada masa itu. Analoginya begini, orang tidak akan suka melihat kita berani dan mempunyai daya berfikir yang kental. Tapi saya tahu akhirnya bahawa perasaan demikian terbit kerana selalu difikirkan bahawa keselamatan dan kewibawaan akan tercabar dan kita akan melupai kesetiakawanan selama ini. Saya sedia memahami dan saya bertekad bahawa tidak terdetik dalam hati saya untuk berbuat demikian. Biarkanlah saya untuk terus melalui hidup yang tidak begitu lama ini dengan aman dan tenteram.
Mungkin pada tahun ini iaitu bermulanya tahun baru, kita telah menanamkan satu tekad dan azam baru. Begitu juga saya yang tidak mahu ketinggalan dalam menanamkan azam. Dan saya juga percaya saya akan berusaha untuk melaksanakan azam tersebut. Menjadi satu keseronokan sebenarnya jika pada penghujung tahun kita telah berjaya melaksanakan tekad itu. Pada saya azam pada tahun ini mungkin agak berlainan daripada azam-azam pada tahun-tahun sebelumnya. Ialah dalam hidup ini kita perlu tranformasi. Dan istilah itu tentulah bermaksud perbuatan dengan tujuan untuk melakukan sesautu yang positif. Saya menyedari bahawa dalam apa juga tingkah laku kita seharusnya adanya peningkatan, kerana akhirnya kita bakal dipertanggungjawabkan kelak. Dalam usia yang meniti senja, rasanya perubahan yang drastik perlu dilakukan. Kata-kata almarhum ibu saya bahawa kita hidup di dunia ini bukannya hendak menongkat langit. Dan saya fikir penujuan ke arah itu juga perlu difikirkan.
Kesimpulannya, apa yang saya cuba utarakan dalam esei hujung tahun 2010 ini ialah kita perlu bertekad meneruskan kebaikkan yang kita lakukan selama ini. Cuma saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri bahawa kebaikkan itu jangan setakat dituturkan tetapi harus dilaksanakan. Selamat menyambut Awal Muharam dan Tahun Masihi yang bakal menjelang.
Cetusan rasa
Dr Hussin Bin Sarif
2010
Selasa, 16 November 2010
Confort Zone
I ve been thinking this topic for quite long times, but in avail. Today I would like say that confort in our own respective ways, we live in comfortable life due to this, unknowingly, we have fallen into the confort zone and become a 'victim' of the complacency syndrome. We often say to overselves. 'Let's not worry about tomorrow. Let's take one day at a time."
However, in order to start paving the way to success, we need to break away from confort zone and start 'taking matters into our own hands'. We need to start creating opportunities and to start having positive outlook about our respective lives. We just need to set our goals, plan our strategies and identify relevant resources that would be able to help us achive those goals. We would not be able to describe the sweetness of sugar until we actually tasted it.

Khamis, 4 November 2010
Sebutir Intan
Saya selalu percaya bahawa kejujuran itu umpama sebutir intan. Sekalipun tercampak ke dalam lumpur, ia tetap intan dan berharga. Let me translate into english : " I have always belived that the truth is like jewel will always be priceles" I try to relate the truth with precious stone, as in Intan itu jika keluar dari mulut anjing sekalipun tetap intan, A jewel is still a jewel even if it comes out of a dog's mouth. This phrase mean that you have to accept the truth, regardless of the source. This demonstrates that the speskers take elements with set metaphorical asociations in their language and use them as a means of referring to more complex concepts such as those embodied in proverbs and other traditional utterances.
Khamis, 28 Oktober 2010
Hari Yang Bersejarah Bagiku
Pada 9 Oktober 2010, bertempat di Dewan Sultan Sallehuddin, Universiti Putra Malaysia saya telah di anugerahi segulung Ijazah Doktor Falsafah oleh Sultan Sarifuddin, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana setelah melalui jerih perih dan liku- liku yang maha hebat, akhirnya hambamu dapat mengenggam ijazah idaman itu. Amin
Khamis, 12 Ogos 2010
Cetusan Minda
Saya sedar, kadang-kadang saya suka mengkritik bangsa sendiri. Bukannya saya sengaja untuk berbuat demikian tetapi saya amat kecewa bangsa kita amat suka untuk memilih pekara-pekara yang negatif dan sebagai akibatnya bangsa kita menjadi mundur, bercakaran sesama sendiri, dan amat malang sekali sanggup bersengkongkol dengan bangsa lain untuk menginjak-injak bangsa sendiri. Saya tidak fahamengapa keadaan ini berlaku, dan keadaannya semakin parah. Saya juga nampak setiap kelompok ini sentiasa mengatakan kelompok mereka yang betul yang lurus sementara yang lain itu korup, tak islamik, taghut dan sebagainya.
Kita juga mungkin tidak sedar bahawa bangsa kita itu banyak perpecahannya, selain dipisah-pisahkan dengan dogma kepartian, kita juga berpecah dalam kelompok fahaman keagamaan, tarekat, NGO dan sebagainya. Dan kita juga perlu sedar di antara kelompok-kelompok ini tidak sama menyokong antara satu dengan lain. Adakah mungkin kelompok yang semakin mengecil ini, boleh mendabik dada bahawa mereka yang betul, sementara kelompok lain itu salah. Sedarlah saudara-saudara sebangsaku, tidak ada pun diantara kelompok itu yang dominan. Akhirnya kesemuanya akan kecundang, kalaupun bukan disebabkan berkonfrontasi dengan bangsa lain, tetapi kita akan hancur akibat bercakaran sesama sendiri.
Saya tidak pasti adakah di kalangan mereka ini, ada yang mendakwa terpelajar, hebat ilmunya, hebat kepakaran sahsiahnya bahawa semangat kesatuan dan kepaduan itu amat penting untuk menjamin kelangsungan bangsa ini untuk terus wujud di dunia ini. Wallahuaklam.
Cetusan minda
drhussin.

Jumaat, 9 Julai 2010
Hanya Sekadar Pendapat
Kadang-kadang kita yang terdidik dalam ilmu ketatabahasaan ini terlalu taksub kepada pegangan ilmu itu. Sedangkan ilmu tatabahasa itu sebenarnya adalah ilmu luaran yang menempel kepada hanya cuba menstruktur sesuatu bahasa itu. Aturan semulajadinya sepatutnya dipunyai oleh penutur jati sesuatu bahasa itu.
Olehitu, kita dapati bahawa bahasa pertuturan sering berbeza dengan bahasa tulisan. Bahasa pertuturan adalah ujaran yang dituturkan oleh si penutur kepada si pendengar. Dalam proses ujaran yang bertimbal balik itu, si penutur akan cuba menyampaikan maksud ujaran sehinggalah si pendengar memahaminya. Hal ini menyebabkan kadang-kadang si penutur akan menambah ujaran-ujaran yang relevan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada si pendengar. Si pendengar pula biasanya akan cuba memahami ujaran yang dikeluarkan oleh si penutur dengan menginterpretasi maksud ujaran si penutur. Pemahamannya juga kadang-kadang bersandarkan juga kepada pengetahuan latar belakang, pengetahuan yang lalu, andaian, konteks persekitaran, ketika perlakuan ujaran itu berlaku.
Dalam konteks penulisan, suasananya agak berbeza. Penulis agak terikat dengan aturan tatabahasa. Dan aturan tatabahasa itu adalah andaian penghurai tatabahasa terhadap maksud peraturan tatabahasa yang betul. Pengguna bahasa berpandukan kebolehan berbahasa (ompetence)dan secara semulajadinya si penutur akan berkebolehan berbahasa(performance). Kebolehan ini apa yang dikatakan oleh ahli linguistik sebagai'innetness'
ataupun satu anugerah tuhan. Tanpa mengikuti pendidikan tatabahasa secara formal, mereka berupaya menggunakan bahasa dengan betul.
Penutur jati sesuatu bahasa itu, selain daripada mematuhi aturan tatabahasa, mereka juga berupaya menggunakan bahasa itu secara kreatif. Umpamanya dalam bahasa Melayu unsur kekreatifan itu jelas dalam bahasa kiasan, sindiran, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Unsur-unsur metafora, perlambangan, gaya bahasa yang puitis juga banyak digunakan. Kadang-kadang kekereatifan mereka itu melangkaui peraturan tatabahasa. Dan kita tidak boleh katakan mereka menggunakan bahasa yang tidak gramatis. Kadang-kadang kita ingin bertanya, kita berhak atau tidak mengatakan mereka menggunakan bahasa yang salah, sedangkan itulah bahasa yang mereka gunakan seharian. Mereka juga mampu berinteraksi dengan menggunakan bahasa itu. Sedangkan kita orang asing, yang cuba menunjukkan kepada mereka bahawa mereka menggunakan bahasa yang salah aturan tatabahasanya.
Bagi saya, apa yang mereka ujarkan itu betul, walaupun kita katakan tidak gramatis. Betul di sini dalam konteks, mereka sebenarnya sedang mengaplikasikan unsur kekreatifan dalam berbahasa. Unsur kekraetifan sebetulnya melangkaui tingkat penafsiran peringkat semantis ataupun kita katakan ujaran mereka itu perlu ditafsir secara pragmatis.
Kesimpulannya, boleh kita katakan pertuturan mereka sudah mencapai ke peringkat paling atas dalam pentafsiran makna. Ahli-ahli linguistik aliran falsafah mengatakan pertuturan mereka sudah mencapai peringkat tertinggi dalam huraian tatabahasa.

Selasa, 6 Julai 2010
Frasa Nama
Sam.....
Tetapi penerangan saya itu agak kompleks, mungkin kurang difahami oleh anda yang baru cuba-cuba meneliti tatabahasa. Lebih mudah agaknya kalau kita katakan Frasa Nama daripada segi binaannya boleh terdiri satu perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi rentetan perkataan yang masih merujuk nama. Contoh:
1. Ayam
2. Ayam jantan
3. Ayam jantan serama
Perkataan 'ayam' boleh terdiri satu perkataan atau lebih daripada satu perkataan. Dan perkataan dalam rentetan itu menjadi pasangan minimal atau minimal constituents.
Kemudian harus juga difahami bahawa perkataan 'jantan' dan 'serama' juga berfungsi sebagai unsur penerang bagi perkataan yang terdekat. Contoh: perkataan 'jantan' menjadi penerang kepada perkataan 'ayam' dan 'serama' menjadi penerang kepada ayam jantan.
Dalam aturan sintaksis, kita boleh perhatikan kehadiran frasa nama ini boleh wujud, sama ada dalam gatra subjek dan juga predikat. Contoh:
4. Ayam jantan serama itu seekor binatang ( hadir sebagai FN-Subjek )
5. Ayam jantan itu ayam jantan serama ( hadir sebagai FN-Predikat )
Frasa nama juga boleh hadir sebagai unsur penerang dan juga ajung dalam ayat. Contoh :
6. Ayah membeli ayam jantan serama ( hadir sebagai FH-adjung )
7. Ayah membeli dua ekor ayam jantan serama ( hadir sebagai FN-Penerang)
Kesimpulannya, kita boleh memahami bahawa FN boleh hadir dalam pelbagai gatra dalam sintaksis ayat bahasa Melayu. Oleh sebab itu kita boleh katakan bahawa kedudukan FN agak unik dalam bahasa Melayu kerana FN agak fleksibel sifatnya.

Ahad, 4 Julai 2010
Frasa Nama
Kita sambung kuliah tentang Frasa Nama atau Frasa Nomina
Frasa Nama dalam konteks binaan ayat dalam bahasa Melayu boleh hadir pada subjek dan dan predikat. Frasa nama juga berperanan sebagai kata nama dan predikat nama. Frasa nama dalam bentuk minimal ialah kata nama, ganti nama atau juga frasa nama eksosentrik yang selapis.
Frasa Nama Eksosentrik adalah frasa nama yang diwakili oleh struktur bukan nama. Dalam bahasa Melayu frasa seperti ini boleh terdiri daripada kata kerja atau klausa subordinat.
Kata kerja yang mewakili frasa nama eksosentrik merupakan kata kerja yang berfungsi sesudah kata depan dalam frasa-frasa berikut:
1. bangun dari tidur.
2. pulang dari menuai.
3. kembali dari bertamu.
Kita lihat bahawaperkataan-perkataan tidur, menuai dan bertamu, sungguhpun berbentuk kata kerja, tetapi berfungsi sebagai kata nama. Hal ini demikian kerana kata-kata tadi boleh digantikan dengan kata nama atau frasa nama. Cuba kita perhatikan frasa-frasa berikut:
4. bangun dari tempat tidurnya
5. balik dari sawah
6. kembali dari rumah jirannya.
Daripada contoh-contoh di atas maka kata-kata kerja kedua DALAM FRASA-FRASA di bawah ini juga dikatogerikan sebagai frasa nama eksosentrik.
7. bangun tidur
8. balik kerja
Kata atau frasa kerja atau sifat boleh berdiri sebagai frasa nama eksosentrik apabila berfungsi dalam bahagian ayat yang biasanya mengambil nama eksosentrik, baik dalam bentuk minimal mahupun bentuk bukan minimal.
9. sepi menusuk jantungnya
10. Bersatu bertambah mutu
11. Menjerit-jerit di tengah orang ramai itu bukanlah kelakuan yang menurut adab tertib.
Klausa subordinat yang mewakili frasa nama eksosentrik boleh berfungsi sebagai subjek, objek atau predikat nama. Sebagai subjek ayat, klausa diwakili oleh klausa relatif yang ditandai oleh adanya kata penghubung yang dan dinamakan klausa subjek. Perhatikan contoh-contoh berikut:
12. Yang datang itu sahabat saya.
13. Yang kecil itu kepunyaan dia.
14. Yang perempuan itu orang seberang.
15. Yang kedua itu amat cergas.
Klausa subordinat yang berfungsi sebagai objek ayat disebut klausan objek. Klausa-klausa ini juga boleh terdiri dari klausa yang ditandai oleh yang di samping jenis yang lain. Contoh:
16. Dia memilih yang merah itu
17. Saya tidak tahu dia sakit
18. Saya percaya dia orang baik.
Dalam ayat-ayat di atas itu yang merah itu, dia sakit dan dia orang baik merupakan klausa yang berfungsi sebagai frasa nama eksosentrik.
Sekian kita sambung di lain kesempatan.

Selasa, 1 Jun 2010
The Price We Have To Pay For Success
To me, I had to admit that, in order to succeed in getting PhD I had to sacrifice such very high price. Before I said that the dream will come true if we always tries to make it happen. Although dreams are free, success is definitely not. There is a price to pay for success. Sometimes the price of success is so expensive that we are not willing to pay for it. However, the amount we have to pay for success will depend on the size of our dreams. The price we have to pay is often called sacrifices. The three main ingredients that we must have, in order to start our quest for success are: unlearn, relearn and continue learning, steadfastness and perseverance, no matter how tough things get, hold on to our dreams and continue to walk down the path of success. But then, we must always remember that we must be ready to pay the price of success. The rewards of success may come, if we ready to deliver ample time, effort, to keep aside comfort, money and sometimes your dignity.
Isnin, 31 Mei 2010
Bahasa Pertuturan
Saya teringat kata-kata Prof Madya Arbak Othman, bahawa bahasa itu sebagaimana yang dituturkan oleh penutur jatinya. Dan disebabkan saya ini berpegang kepada pendapat Halliday bahawa bahasa itu fungsinya adalah untuk menyampaikan maklumat melalui ujaran, jadi pertuturan lisan itu sepatutnya menjadi rujukan yang paling tepat. Walaupun bahasa tulisan berbeza dengan bahasa pertuturan, sepatutnya bahasa lisan dirujuk apabila menghadapi permasalahan kegramatisan sesuatu ayat itu. Bahasa lisan berbeza kerana makna sesuatu ujaran itu kadang-kadang perlu disandarkan kepada persekitaran, rujukan tajuk ujaran dan juga lenggok bahasa badan si penuturnya.
Bagi pendokong aliran TG sepatutnya berasa senang hati kerana bahasa ujaran lisan biasanya ditandainya dengan unsur-unsur yang tidak dizahirkan atau diujarkan. Dalam konsep TG biasa disebut struktur dalaman atau deep structures. Dalam keadaan ini nampaknya pendekatan pragmatik lebih menyerlah kerana pendekatan ini mampu menghurai maksud ujaran yang taksa, yang tidak dinyatakan secara jelas oleh penuturnya. Tetapi makna sesuatu ujaran mampu ditafsir apabila sama ada pendengar atau sipenutur merujuki makna persekitaran, konteks dan kesan konteks sebelum mencapai kepada pentafsiran yang terakhir.
Maaf mungkin ulasan saya agak berbelit-belit tetapi itulah saya sering mengutarakan bahawa semakin kita banyak belajar kita semakin berasa banyak lagi yang kita nak tahu.
Langgan:
Catatan (Atom)