Khamis, 23 Julai 2009

Cara Menulis Cadangan Kajian

Bagaimana hendak memulakan penulisan cadangan kajian ? Saya tidak pernah mengatakan bahawa menulis cadangan kajian itu mudah dan ada jalan pintas.Apa yang pasti kita selalunya cuba membuat sesuatu itu pada saat- saat akhir dan kita akan kalangkabut. Tapi tidak mengapa saya akan cuba sedaya upaya untuk menolong cikgu. Sila anggap kajian anda ini hanyalah berbentuk tinjauan, pandangan persepsi dan kajian kes. Oleh itu tajuk kajian anda seharusnya dimulai dengan perkataan: Tinjauan......., Kajian kes, Persepsi......Pandangan dan kalau cikgu-cikgu melakukan analisis kandungan, tulis tajuk cikgu, umpamanya, Tahap penguasaan..........atau Analisis penggunakan kosa kata di peringkat.......... dan sebagainya. Dalam bab satu,kita mulakan dengan mengenal pasti apakah masalah yang ada semasa cikgu-cikgu mengajar. Sila fahami bahawa kita ini sarjana muda pendidikan. Oleh itu kajian kita seharusnya ada kaitan dengan bidang pengajaran kita. Masalah tentunya yang ada kaitan dengan masalah penguasaan kemahiran berbahasa seperti masalah dalam penulisan, pembacaan, lisan, pemulihan, pengayaan ndan penilaian. Masalah-masalah dalam prapenulisan dan prabacaan memang amat banyak untuk dikaji. Perkara kedua, cikgu-cikgu mesti ingat kajian kita ini perlu menggunakan pendekatan yang mudah umpamanya secara tinjauan, persepsi, pemerhatian, dan analisa kandungan. Kajian tentang keberkesanan kaedah bukannya tidak boleh dilaksanakan, tetapi cikgu nanti terpaksa melalui prosedur kajian yang rumit dan sukar. Disebabkan cikgu hanya dikehendaki melakukan satu penulisan latihan ilmiah, saya fikir cikgu tidaklah perlu membuat sesuatu yang begitu sukar dan memerlukan kajian yang mendalam. Nanti kalau cikgu membuat kajian peringkat master dan PhD mungkin boleh cikgu-cikgu lakukan. Ketiga, kenalpasti latar belakang masalah, pilihlah masalah daripada bidang-bidang yang saya nyatakan di atas tadi. Selepas itu cikgu-cikgu barulah tulis apakah objektif kajian anda, tulis lebih kurang tiga atau empat objektif. Contoh Mengenal pasti masalah meulis huruf kecil, besar, mengenal pasti masalah dalam sebutan huruf vokal, mengenal pasti masalah menyebut kata satu suku kata, dua suku kata dan sebagainya. Biarlah masalah kajian kita kelihatan mudah tetapi kita betul-betul faham masalah yang kita kaji itu. Keempat, kemudian kita perlu bataskan kajian kita itu. Umpamanya kajian ini hanya ditumpukan ke atas cara-cara murid-murid tahun satu ketika melakukan aktiviti menulis. Kelima, berikan definisi istilah kajian anda, umpamanya Tinjauan ialah.......Menulis......., sekolah rendah........... Beri definisi mengikut pendapat pengkaji, ahli bahasa dan kamus dewan. Keenam, tulislah apakah kepentingan kajian anda. Umpamanya dapatan kajian ini akan memberi manfaat kepada guru-guru sekolah rendah dalam meningkatkan tahap p&p mereka. Dalam bab dua, Cikgu-cikgu carilah hasil-hasil kajian oleh pengkaji-pengkaji lalu yang telah membuat kajian tentang aspek penulisan umpamanya. Cikgu-cikgu boleh cari dialam buku-buku tentang kajian bahasa, jurnal-jurnal, majalah-majalah bahasa, kertas kerja dan tesis-tesis lepas. Cikgu-cikgu rujuk pada abstrak kajian itu. Cikgu-cikgu akan dapat gambaran kajian mereka itu tentang apa ? Carilahlah lebih kurang 5 atau enam kajian. Pastikan mematuhi bilangan muka surat yang dicadangkan. Dalam bab tiga, apa yang kita katakan sebagai kerangka kajian atau methodology kajian. Kita mulakan dengan reka bentuk kajian. Cikgu-cikgu boleh cadangkan carta aliran bagaimana kajian itu akan dilaksanakan. Mula-mula tajuk kajian, kemudian objektif kajian, kemudian sampel kajian, kemudian instrumen kajiannya apa, kemudian pelaksanakan kajian, kemudian dapatan kajiannya apa. Selepas itu cikgu-cikgu kena nyatakan tentang populasi dan sampel. Cikgu kena terangkan bagaimana mengenal pasti sampel. Sama ada sampel atau responden dipilih secara rawak, mengikut daftar kedatangan, mengikut kelas, lelaki perempuan. Boleh juga menggunakan cara urutan ganjil atau genap dalam daftar kedatangan. Pokoknya cara cikgu memilih sampel atau responden itu mesti sistematik. Seterusnya, cikgu mesti terangkan apakah instrumen yang bakal cikgu gunakan, umpamanya set soal selidik, senarai semak, soalan-soalan temu ramah, garis panduan pemerhatian dan kalau cikgu-cikgu membuat analisis kandungan apakah kriteria yang anda fokuskan dalam meneliti analisis kandungan itu. Contoh bentuk tulisan, kekemasan, kerelevanan, kesinambungan suku kata dan sebagainya. Pokoknya bersistematik. Soal selidik, sebaik-baiknya cikgu-cikgu cari set soal selidik yang sudah sedia ada dalam tesis-tesis tujukan anda. Kemudian anda ubah suai soalan-soalan yang ada kepada soalan yang sesuai dengan kajian cikgu. Soalan-soalah yang cikgu-cikgu telah ubah suai perlu ditunjuk kepada pensyarah yang pakar dalam bidang kajian untuk tujuan pengesahan. Kemudian anda juga perlu menulis bahawa soalan-soalan ini diadaptasi daripada kajian....... Set soalan itu perlu melalui proses kajian rintis iaitu soalan itu harus diberi kepada satu kumpulan pelajar-pelajar lain selain daripada kumpulan kajian. Kemudian perlu dianalisis daripada aspek validiti dan reliabilitinya. Ini kena menggunakan perisian SPSS. Kemudian cikgu-cikgu kena terangkan bagaimana pengumpulan data dilakukan. Contoh, sebanyak empat puluh soal selidik dibahagikan kepada responden terdiri daripada murid-murid tahun satu kelas............. Kemudian set soal selidi dipunggut dananalisis datanya. Kalau set soal selidik itu banyak kita kena menggunakan SPSS, tetapi kalau sedikit kita boleh gunakan pengiraan biasa. Pastikan bahawa cara kita menganalisis itu menggunakan data, min, peratus, perata, mod dan yang berkaitan dengan maklumat pengkatogerian. Maksudnya kita boleh lihat kelompok yang baik, lemah,atau yang mengikut kriteria yang telah kita cadangkan. Umpamanya minat, pengaruh latar belakang, cara menulis, cara membaca atau sebagainya mengikut objektif kajian anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan