Rabu, 15 Julai 2009

Teori Wacana

Teori Wacana bermula dengan teori lambing ( the theory of the sign ) yang pertama kali diutarakan oleh Ferdinand de Saussure ( 1916 ). Dalam teorinya itu Saussure menyatakan bahawa bahasa sebagai lambing terdiri daripada significant ( signifier ) dan signifie ( signified ) Yang dimaksudkan dengan significant atau signifier itu adalah imej bunyi ( dan kemudiannya imej grafik ), sedangkan signifie atau signified itu adalah konsep yang kemudian berkembang menjadi makna. Kedua-dua signified an significant ini menghasilkan kata yang tertumpu pada rujukan, yakni benda yang dirujuk oleh kata. Dalam teori lambing, signified an significant tidak boleh dipisahkan, kerana kedudukan kedua-duanya itu diumpamakan sebagai dua permukaan daripada satu duit syiling. Dalam perkembangan ilmu linguistic moden, tumpuan diberikan kepada sebelah sahaja daripada lambing yang berkenaan, iaitu imej bunyi, yang didalamnya terkandung fonem, kata, frasa, klausa, dan ayat. Oleh sebab teori lambing ini bermula dengan aliran strukturalisme, maka tumpuan analisis bahasa adalah kepada lambing-lambang, daripada bunyi hingga kepada ayat, berdasarkan struktur. Bahkan aliran TG yang diutarakan oleh Noam Chomsky masih berkisar pada bahagian lambangseperti yang disebut di atas itu, tanpa memberikan pemberatan kepada makna seperti yang terdapat dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Bagi aliran-aliran ini, kedudukan konsep yang berkembang kepada makna tidak diteruskan lebih jauh daripada makna kata dan makna ayat. Aliran-aliran ini memaparkan bahasa sebagai entity atau kewujudan yang abstrak, dan bagi mereka pemaparan bahasa yang paling abstrak itulah yang dianggap paling baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan