Selasa, 16 Februari 2010

Sebuah Pemikiran tentang HHT

Saya amat pesimistik terhadap Hikayat Hang Tuah. Walaupun banyak karya lain yang menceritakan kehebatan bangsa kita tetapi yang bermotifkan unsur deduktif agak sukar ditemui. Oleh itu saya fikir generasi muda perlu digesa untuk membaca kisah-kisah keagungan bangsanya sendiri. Saya khuatir hambatan pemodenan dan terpinggirnya golongan pendokong kesusasteraan akan menjunamkan lagi pegangan golongan ini daripada berbangga menjadi manusia Melayu.Keperluan kita sekarang adalah untuk memartabatkan seorang idola yang bakal dicontohi tentang kehebatan, kebijaksanaan dan keunggulan jiwa Melayunya. Tapi untuk mengatakan manusia Hang Tuah itu seorang Melayu tulin juga agak mengusarkan.
Pertama, kalau dilihat pada Sulalatus Salatin edisi A Samad Ahmad, Hang Tuah dikatakan berasal dari Tanah Bugis, iaitu Makasar, dan nama asalnya Daeng Mempawah. Daeng Mempawah yang masih muda diangkat menjadi anak angkat Bendahara (Paduka Raja?) dan dibawa ke Melaka. Sesiapa yang menyimpan edisi ini boleh memeriksa sendiri. Walaupun ada sarjana Barat yang menolak episod ini, kerana kononnya ia ditokok tambah kepada tulisan asal Tun Seri Lanang (atau Tun Bambang, bergantung pada mazhab sejarah anda!) pada zaman kemunculan kuasa Bugis di Johor-Riau. Kalau tak silap, Shellabear turut menolak episod Hang Tuah.
Bagaimanapun dari perspektif lain, orang Bugis telah lama menjelajah ke seluruh Nusantara malah hingga ke Madagaskar (dan menjadi Melayu di sana) dan telah banyak melahirkan pahlawan hebat serta beberapa dinasti pemerintah di Riau, Johor, Aceh dan Selangor. Jadi, asal orang Bugis yang lebih hampir dan mungkin lebih besar kemungkinannya. Dari perspektif keMelayuan pula, masyarakat Melayu Melaka sudah menerima konsep kahwin campur, termasuk dalam keluarga diraja, dimana beberapa sultan terakhir kebanyakkan mempunyai darah India Muslim di sebelah ibu. Beberapa pembesar istana dalam sejarah Melayu juga bergelar Khoja, gelaran yang asalnya untuk orang-orang Islam yang berasal dari benua kecil India, jadi tiada masalah menimbulkan jati Melayu atau tidak keturunan seseorang tokoh itu kerana konsep Melayu dan memelayukan begitu luas di zaman itu. Melaka tak ada kad pengenalan pintar.
Satu perkara yang ingin saya bangkitkan adalah kita sering membaca dan mencedok bahagian-bahagian kecil dari karya sejarah seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin, tanpa melihatnya secara menyeluruh. Generasi sekarang barangkali yang paling kurang mentelaah karya ini, walaupun terdapat bahagian menarik yang boleh kita renungi. Selain aspek pengajaran moral dan poetic justice yang sering dibincangkan sarjana, banyak aspek budaya dan teknologi yang kadang-kadang terselit dalam Sulalatus Salatin contohnya:, dalam suatu episod, seorang panglima Melaka berjaya melarikan seekor gajah milik Sultan Pahang melalui jalan laut. Pekara yang menarik kita fikirkan adakah saiz jong tersebut sehingga boleh memuatkan seekor gajah matang, serata melayarkannya dari muara Sungai Pahang ke Melaka.
Begitu juga aspek peperangan, orang Melaka yang banyak melibatkan peperangan di laut, perahu melanggar perahu, sedikit perang darat kerana masyarakat dahulu lebih rapat dengan air dan lautan dan banyak lagi aspek lain yang boleh ditinjau. Kegeniusan manusia Melayu itu tentunya dicatat oleh pengarang epik dengan tujuan agar generasi sekarang boleh mengkajinya.
Saya masih beranggapan ada sesuatu yang tersirat dalam penulisan epik ini. Walaupun banyak orang yang anti Hikayat Hang Tuah cuba memomok-momokkannya, tetapi kita sebagai generasi pewaris bangsa ini janganlah terpengaruh dengan perlakuan menginjak-injak sejarah leluhur moyang kita

130 pagi
Putung sedepa menjadi sejengkal
Budak-budak sudah beralih tidur
Anak bujang sudah pulang bertandang,
Ayam jantan sudah berkokok
Mindaku tetap tak mahu berlabuh.

2 ulasan:

  1. saya bangga jadi bangsa melayu. Bangsa melayu dikatakan orang pertama yg mengelilingi dunia.ia ada diceritakan dalam buku yg bertajuk "Enrique mengundang jauh". kalau saya tidak silap. tetapi ada juga beberapa fakta yang menyangkal fakta ini yang menyatakan bangsa cina merupakan bangsa pertama yang mengelilingi dunia.ia turut di kuatkan lagi dengan kaum cina yg ada dimana-mana diserata dunia. fakta mana yg betul.masih lagi saya tertanya-tanya. Apa pon menurut H.M Tuah Iskandar. Bangsa melayu itu tidak akan berjaya selagi mempunyai penyakit hati. Penyakit hati yang dimaksudkan ialah Iri hati,busuk hati,khianat.dan byk lagi. disini saya ingin berkongsi sedikit tentang ketuan melayu. sememangnya bangsa melayu itu sendiri menjadi tuan dalam tanah melayu dahulu. tetapi kerana bangsa melayu tidak berusaha melawan penjajah maka zaman di zaman tanah melayu dijajah yang jadi "Tuan" dan yg dipanggil "Tuan" itu sndiri ialah penjajh.terutama British. kita boleh panggil diri kita "Tuan" tetapi jika kita tidak terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli mereka,memanggil kita Tuan tidak bermakna.dalam 53 tahun kita merdeka,kuasa politik ada pada kita. ini membolehkan kita panggil diri kita "Tuan". Tetapi kita tidak Tuan sepenuhnya. Kita boleh jadi Tuan dengan ertikata lain bermakna jika bangsa melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan sosial. ini boleh dihasilkan jika sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran dizaman teknologi ini. tetapi kita amat kurang berusaha kearah itu. kita lebih suka ambil jalan mudah.cnth hampir 80% yg tertipu dgn skim cepat kaya adalah melayu.lihat!. namun hari ini kuasa politik juga terlepas kepada orang bukan melayu, dan orang bukan melayu tidak menghormati orang melayu dan insitusi melayu. segala yang dianggap hak keistimewaan orang melayu disoalkan dan dicabar. manakala orang melayu pula hanya duduk diam serta rasa selesa. tidak mencuba menangkis semua ini dan mengukuhkan kedudukan mereka. sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang melayu. tetapi ini adalah usaha "passing the buck". nasib orang melayu ditangan orang melayu. kita tidak jadi "Tuan" dengan mengungkit sejarah semata-mata. kita boleh jadi "Tuan" jika kita berani bertindak,kita sanggup mengahadapi risiko,kita berusaha untuk mengatasi semua ilmu dan kecekapan sehingga kita tidak bergantung kepada sesiapa. penafian hakikat yang nyata dan benar tidak akan menghasilkan apa-apa. hanya dengan mengakui kita mempunyai masalah yg besar dan kita bertindak untuk mengatasi masalah kita barulah dapat kita tebus semula maruah kita.ketika itu tanpa memangil diri kita"Tuan" dunia akan iktiraf kita sebagai Tuan sebenar.

    BalasPadam
  2. Pertama saya bangga jadi bangsa melayu. Ada sebuah cerita yg ditulis oleh Hm Tuah Iskandar dalam buku yang bertajuk "Enrique mengundang Jauh" yang tidak setebal mana bukunya itu hanya 467 ms tetapi cukup mengambarkan kehebatan bangsa melayu kita. cerita tentang kehebatan bangsa yang dibenam jauh. Ia juga mengenai manusia bangsa melayu pertama iaitu Panglima Awang @ Ariberto@ Enrique manusia yang pertama membuktikan bulatnya bumi. Tetapi ada juga pendapat lain yang menyatakan bangsa Cina merupakn orang yg mengelilingi dunia.Ini dapat dibuktikan bangsa mereka berada dimana-mana di seluruh pelusuk dunia.em...masih tertanya-tanya..disini saya ingin memberi sedikit pendapat tentang "Ketuanan Melayu" Saya relist yang pegang kepada kenyataan . Memang bangsa melayu menjadi Tuan dalam Tanah Melayu dahulu. Tetapi kerana bangsa kita sndri tidak berusaha melawan penjajah maka dizaman Tanah Melayu dijajah menjadi "Tuan" dan yang dipanggil "Tuan" oleh orang melayu sendiri ialah penjajh British. KIta boleh panggill diri kita "Tuan" tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kepada mereka, memanggil diri kita "Tuan" tidak bermakna. Selama 53 tahun kita merdeka, kuasa politik ada pada kita. Ini membolehkan kita panggil diri kita "Tuan". Tetapi kita tidak "Tuan" sepenuhnya. Kita boleh jadi "Tuan" dengan etika yang bermakna jika orang melayu berkebolehan,dan berjaya dalam bidang eko dan sosial.Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran waktu kini. Tetapi bangsa kita amat kurang berusaha kearah ini. Walhal kita suka cari jalan mudah. Contoh seramai 80% yg tertipu dalam skim cepat kaya adalah golongan melayu..Nah...lihat... Hari ini kuasa politik sudah terlepas daripada tangan orang melayu dan orang bukan melayu tidak lagi menghormati orang melayu dan insitusi2 melayu. Segala-gala yang dianggap sebagai hak istimewa orang melayu disoal dan dicabar dan orang melayu tidak membuat apa-apa untuk menagkis semua ini dan mengukuhkan kedudukan mereka. Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang melayu. Usaha "passing the buck". Apa pon ansib orang melayu ada ditangan orang melayu sendiri.Kita tidak jadi "Tuan" dengan engungkit sejarah semata-mata. Kita boleh jadi "Tuan" jika kita berani bertindak,sanggup menghadapi risiko,berusaha menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.ini hanyalah pendapat sahaja...

    BalasPadam