Jumaat, 9 Julai 2010

Hanya Sekadar Pendapat

Kadang-kadang kita yang terdidik dalam ilmu ketatabahasaan ini terlalu taksub kepada pegangan ilmu itu. Sedangkan ilmu tatabahasa itu sebenarnya adalah ilmu luaran yang menempel kepada hanya cuba menstruktur sesuatu bahasa itu. Aturan semulajadinya sepatutnya dipunyai oleh penutur jati sesuatu bahasa itu.

Olehitu, kita dapati bahawa bahasa pertuturan sering berbeza dengan bahasa tulisan. Bahasa pertuturan adalah ujaran yang dituturkan oleh si penutur kepada si pendengar. Dalam proses ujaran yang bertimbal balik itu, si penutur akan cuba menyampaikan maksud ujaran sehinggalah si pendengar memahaminya. Hal ini menyebabkan kadang-kadang si penutur akan menambah ujaran-ujaran yang relevan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada si pendengar. Si pendengar pula biasanya akan cuba memahami ujaran yang dikeluarkan oleh si penutur dengan menginterpretasi maksud ujaran si penutur. Pemahamannya juga kadang-kadang bersandarkan juga kepada pengetahuan latar belakang, pengetahuan yang lalu, andaian, konteks persekitaran, ketika perlakuan ujaran itu berlaku.

Dalam konteks penulisan, suasananya agak berbeza. Penulis agak terikat dengan aturan tatabahasa. Dan aturan tatabahasa itu adalah andaian penghurai tatabahasa terhadap maksud peraturan tatabahasa yang betul. Pengguna bahasa berpandukan kebolehan berbahasa (ompetence)dan secara semulajadinya si penutur akan berkebolehan berbahasa(performance). Kebolehan ini apa yang dikatakan oleh ahli linguistik sebagai'innetness'
ataupun satu anugerah tuhan. Tanpa mengikuti pendidikan tatabahasa secara formal, mereka berupaya menggunakan bahasa dengan betul.

Penutur jati sesuatu bahasa itu, selain daripada mematuhi aturan tatabahasa, mereka juga berupaya menggunakan bahasa itu secara kreatif. Umpamanya dalam bahasa Melayu unsur kekreatifan itu jelas dalam bahasa kiasan, sindiran, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Unsur-unsur metafora, perlambangan, gaya bahasa yang puitis juga banyak digunakan. Kadang-kadang kekereatifan mereka itu melangkaui peraturan tatabahasa. Dan kita tidak boleh katakan mereka menggunakan bahasa yang tidak gramatis. Kadang-kadang kita ingin bertanya, kita berhak atau tidak mengatakan mereka menggunakan bahasa yang salah, sedangkan itulah bahasa yang mereka gunakan seharian. Mereka juga mampu berinteraksi dengan menggunakan bahasa itu. Sedangkan kita orang asing, yang cuba menunjukkan kepada mereka bahawa mereka menggunakan bahasa yang salah aturan tatabahasanya.

Bagi saya, apa yang mereka ujarkan itu betul, walaupun kita katakan tidak gramatis. Betul di sini dalam konteks, mereka sebenarnya sedang mengaplikasikan unsur kekreatifan dalam berbahasa. Unsur kekraetifan sebetulnya melangkaui tingkat penafsiran peringkat semantis ataupun kita katakan ujaran mereka itu perlu ditafsir secara pragmatis.

Kesimpulannya, boleh kita katakan pertuturan mereka sudah mencapai ke peringkat paling atas dalam pentafsiran makna. Ahli-ahli linguistik aliran falsafah mengatakan pertuturan mereka sudah mencapai peringkat tertinggi dalam huraian tatabahasa.

1 ulasan:

  1. bahasa yang kita pertuturan seharian tidak perlu dipersalahkan kerana kita faham maksud apa yang hendak disampaikan. tetapi sebagai guru yang mengajar bahasa melayu di sekolah terikat dengan penggunaan tatabahasa yang betul dan mengajar cara penggunaan bahasa yang betul.

    "KITA JANGAN IAKAN APA YANG SALAH TETAPI KITA BETULKAN APA YANG SALAH"

    BalasPadam