mygajus ( the official site of Dr. Hussin )
Blog ini saya khususkan kepada sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat tentang apa-apa sahaja tajuk yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.
Sabtu, 20 Julai 2013
Hanya Pendapat Saya Tentang Bahasa
Saya begitu tertarik dengan fenomena penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu. Kita tahu, bahawa sifat semulajadinya bahasa dalam keluarga Austronesia itu dicirikan oleh penggunaan imbuhan untuk menerbitkan makna yang ingin disampaikan. Dan sifat semula jadi ini yang agak menghalang proses pembentukan kata bahasa Melayu. Yang menyebabkan penutur bahasa banyak membuang masa membicarakan proses morfologi yang bercelaru ini. Pengimbuhan yang pelbagai; imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan begitu kompleks sifatnya. Ciri ini diburukkan lagi dengan adanya proses reduplikasi atau penggandaan dalam sesetengah perkataan. Yang anihnya perkataan yang sudah menerima imbuhan, perlu mengalami proses penggandaan, dan akibatnya timbul kecelaruan dalam penulisan.
Pada pendapat saya, pihak perancang bahasa, seharusnya bersikap rasional dalam melaksanakan kodifikasi bahasa. Seharusnya pengumpulan data secara lapangan itu diutamakan, dan bukannya perancangan itu melalui bahan rujukan yang tidak konsisten dengan perkembagan penggunaan bahasa itu sendiri. Maksud saya, penggunaan dalam kalangan penutur jati itu amat penting untuk dikaji. Pada bahasa yang penutur jati gunakan itulah bahasa yang betul. Bukannya kita yang berhak mengatakan itu, ini tidak betul, tidak gramatis dan tidak betul nahunya. Apa hak kita sebenarnya.
Kerana saya mengkaji ujaran, maka saya amat suka jika pembicaraan kita difokuskan kepada perkembangan bentuk ujaran. Saya percaya bahasa Melayu itu perlu disebut sebagaimana ditulis. Hal ini demikian kerana sebutan bahasa Melayu selari dengan bunyi suku kata sebagaimana dieja. Dan inilah yang sepatutnya diikuti. Tetapi tidak, para pemuka bahasa suka membuat rumus, tetapi mereka sendiri yang melanggarinya. Perkara ini saya sedari, semasa saya berkesempatan berbual dengan orang biasa ketika melakukan lawatan di Indonesia. Dia bertanya “ Mengapa Pak ya, di Malaysia istri dieja isteri di Malaysia, di sini berbeda Pak, istri itu jelas sebagaimana yang kita ujarkan”. Dan banyaklah perkataan lain, yang demikian. Saya juga amat kecewa kerana sebahagian besar perkataan yang terdapat dalam kamus itu, sama ada kita tidak pernah jumpa, dan tidak pernah menggunakannya.
Saya bersikap demikian kerana, malas memikirkan polemik yang berpanjangan tentang masalah bahasa yang sepatutnya tidak menjadi masalah. Bahasa itu berevolusi dan berkembang. Dan keberadaan bahasa itupun kerana adanya penutur yang bersedia dengan senang hati dan bersuka rela untuk menggunakannya. Kalau tiadanya penutur jati, tiadanya keperluan menggunakan bahasa ini, saya fikir sudah lama bahasa ini terkubur.
Sebagai kesimpulannya, saya harap pembaca faham, mengapa saya agak berbeza pendirian dalam hal-hal bahasa. Saya sayang bahasa ini dan tetap optimis tentang perkembangannya. Tetapi perlu juga disedari bahawa pembicaraan bahasa itu bukannya bertujuan merumitkan pemahaman penggunaannya. Perlu juga disedari bahawa bahasa itu juga hak masyarakt penutur bahasa itu. Jadi dalam apa juga perkembangannya, ita perlu secara konsisten merujuki mereka sebagai sumber untuk mencari kebenaran. Wasalam
11.00 Malam
20 Julai 2013
Di Kamar sepi studiku.
Jumaat, 19 Julai 2013
Mengapa saya berfikir begini ?
Malam bukannya semakin larut, tetapi sebenarnya waktu pagi sudah menjenguk, tetapi saya masih di hadapan monitor ini. Yea, tadi selepas sembahyang terawih, saya lantas tidur, mengantuk. Yealah dalam usia begini, terasa mengantuk tu sudah semacam satu kemestian. Tiba-tiba saya terjaga, dan dalam kenanaran itu saya terlihat jam di handphone menunjukkan pukul 1300, dan saya lantas bangun.
Dan kita selalu terfikir bahawa, memang betul kita itu hebat, dan kita suka menjadi hebat apabila kita seronok melihat orang lain lemah. Kita akan berasa kita lebih hebat, tetapi percayalah, kalau kita ini hanya insan biasa, kita sebenarnya tidaklah sehebat mana. Manusia ini biasanya paranoid, maksudnya takut untuk dianggap lebih lemah. sikap ini mendoromg manusia itu suka mencari kelemahan orang, dengan tujuan untuk mungkin menutup kelemahan yang ada dalam dirinya.
Pada saya, setiap insan itu mempunyai keunikannya sendiri, kehebatannya sendiri, keistimewaannya sendiri dan ini jelas bahawa perseimbangan kejadian manusia itu terungkap dalam tindak tanduknya apabila kita berhadapan dengannya. Saya selalu bersikap positif dengan manusia yang saya ajak berbicara, tetapi saya biasanya akan kecewa bahawa seseorang itu beranggapan dia lebih baik, lebih bagus, lebih alim, dan segala-galanya lebih bagus. Walau bagaimanapun saya menyedari sikap demikian adalah natijah daripada perasaan takut untuk menerima kenyataan, sebenarnya diri sendiri lemah, kurang mahir dan kurang alim mungkin. Saya amat faham bahawa perasaan untuk mengiakan andaian sebenarnya, satu sikap semula jadi manusia.
Dalam berteleku saya biasanya mengatakan, Ya Allah aku ini makhluk-Mu yang amat lemah, aku pasrah di hadapan-Mu bahawa aku hanyalah hamba-Mu yang amat kerdil. Maafkan hamba-Mu ini, Hamba-Mu ini mengakui bahawa pencarian keredhaan-Mu, hanya pada-Mu sahaja.
Saya selalu mengatakan bahawa saya tidak mahu mencari apa-apa dalam hidup ini. Kerana saya tidak pernah mahu meletakan keperluan peribadi mengungguli keperluan lain. Hanya satu sahaja yang saya kehendaki dalam hidup ini, yaitu keredhaan-Mu
Yea, mungkin orang tidak faham bahawa hubungan sesama manusia itu saling menimba maklumat. Apa yang kita ujar, sebenarnya umpama bingkisan yang di dalamnya terungkap beberapa tanda ( sign ) yang memerlukan tindak balas. Maklumat akan terungkai apabila kita bertindak balas terhadap tanda tadi. Tidak mungkin kita faham seseorang itu dengan hanya mendengar satu ujarannya sahaja. Ujarannya itu berkemungkinan boleh dirungkai, jika kita mengetahu latarnya. Kadang-kadang tanpa diberitahupun kita mungkin boleh mengetahui apa yang cuba dirahsiakan.
20 Julai 2013
330 pagi
Ahad, 17 Februari 2013
The Legendery Malay's Warrior
Nota:
Berdasarkan artikel ini, saya terus teruja untuk membuat kajian tentang Epik hebat bangsa Melayu ini. Mungkin karya bukannya karya terawal, tetapi apabila membacanya kita akan terasa bahawa penulis epik ini mempunyai pemikiran yang tajam dan penceritaannya banyak memaparkan unsur pemikiran yang tinggi. Pemikiran yang disajikan secara analogi dan tersirat mengajak kita berfikir semasa membacanya. Tetapi ciri diduktif epik ini terlantar begitu sahaja, kerana pembaca muda sekarang ini gagal merungkai unsur ketersiratan epik ini.
Tesis PhD saya cuba menerokai unsur ketersiratan yang terdapat dlam epik ini. Usaha saya itu mungkin masih begitu daif dan masih di peringkat awal. Saya mengharapkan agar ramai lagi sarjana yang berminat untuk mengkajinya agar visi penulis epik ini tidak terus terkubur begitu sahaja.
Dr Hussin Bin Sarif
A name that cannot be separated from the word Melaka is that of Hang Tuah. Considered by many as a legend and a man with supernatural powers, Hang Tuah made a name for himself as a popular warrior during the Melaka Sultanate era. Together with his four companions – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir and Hang Lekiu. The five of them had been in each other’s company since their childhood.It was said that Hang Tuah’s parents, father Dang Mahmud and mother Dang Merdu Wati, migrated from Bentan to Melaka in search of a better life where they settled in Kampung Duyung.
From his early days, Hang Tuah and his four friends embodied comradeship and stood by each other through thick and thin. They even dug a well at their village which came to be known as the Hang Tuah Well until today.
As they grew older, Hang Tuah and his buddies learnt the Malay art of self-defence (or silat) from a renowned guru named Adiputra in a cave somewhere in a remote part of Melaka. Their courage and mettle, coupled with their expertise in martial arts, all the five friends helped in keeping the peace in Melaka.
The turning point in Hang Tuah’s life came when he save the Bendahara (chief minister) from falling victim to a man who ran amok in town. When Sultan Mansor Shah (1456-1477) heard about Hang Tuah’s bravery, he was made the Laksamana (admiral) cum Syahbandar (harbour master). His friends were appointed the knights of Melaka.
Back in those days, accepting invitations and calling on foreign countries as far as China was the norm for the Sultan of Melaka and Hang Tuah was a constant aide to the Sultan on such visits. During the sojourn to Majapahit, Taming Sari, a famous Majapahit warrior, challenged Hang Tuah to a duel. After a fiery fight, Hang Tuah emerged as the winner and the Sultan of Majapahit bestowed Taming Sari’s kris, which is said to be the source of Hang Tuah’s magical powers, to Hang Tuah.
Apart from carrying the responsibilities as the Laksamana and the Syahbandar, Hang Tuah was always assigned to the task of being the Sultan’s ambassador in fostering closer ties with the Sultan’s allies including China, India, Siam and Turkey. According to Hikayat Hang Tuah, in his blind loyalty to the Sultan, Hang Tuah sailed to Inderaputra (Pahang) to persuade the already engaged Tun Teja, the princess of Pahang to be the Sultan’s companion. Thinking that Hang Tuah himself would be marrying her, Tun Teja eloped with him to Melaka. However, it was only during the voyage home, that Hang Tuah revealed the truth.
(There are actually two separate accounts on the incident. Hikayat Hang Tuah stated that it was Hang Tuah who persuaded Tun Teja to elope but in Sejarah Melayu, or the Malay Annals, it was Hang Nadim.)
Hang Tuah’s popularity soon became the envy of a few noblemen and this led to one of them, Pateh Karma Wijaya, to fabricate a story that Hang Tuah was having an illicit affair with one of the palace’s lady-in-waiting. Without a fair trial, the Sultan sentenced Hang Tuah to death for the alleged offence. However, the Bendahara who know the truth, went against the Sultan’s orders and hid Hang Tuah in Ulu Melaka.
This became the turning point in the relationship between Hang Tuah and his best companion Hang Jebat. Believing that Hang Tuah was innocent, Hang Jebat avenged his death, first by killing Pateh Karma Wijaya. The Sultan was unable to do anything as none of his warriors dared to challenge the ferocious Hang Jebat. Only then did the Bendahara confided in the Sultan and told him that Hang Tuah was still alive. Ordered to be brought before him, the Sultan later instructed Hang Tuah to kill Hang Jebat, which he did after a long grueling fight.
Another event which was widely written about Hang Tuah’s exploit was his journey to Gunung Ledang (Mount Ophir) at the Melaka-Johor border to ask for the hand of the beautiful Puteri Gunung Ledang for the Sultan. Having met the princess, Hang Tuah was taken aback when she stated the dowry or wedding gifts – a golden bridge linking Melaka with the top of Gunung Ledang, seven trays each of mosquitoes and germs liver, seven jars of virgins’ tears and a bowl of Raja Ahmad’s (the Sultan’s son) blood.
Hang Tuah was deeply disheartened when he heard this, as he knew that the Sultan will not be able to fulfill the conditions. Legend has it that Hang Tuah, who was overwhelmed by his disappointments, flung his kris into the river and vowed only to return to Melaka if it recurfaced, which he never did. It was also said that he then vanished into thin air.
However, it was not known how Hang Tuah died but his body was said to be have been buried in Tanjung Kling, where his tomb can still be seen until today. It was also said that the embittered Sultan was not even present at Hang Tuah’s burial
Sabtu, 9 Februari 2013
TEORI RELEVANS
Teori relevans telah dicadangkan oleh Sperber dan Wilson (1986) bagi menggantikan teori Grice. Teori relevans mencakup fakta tentang pembentukan dan pemilihan konteks serta prinsip relevans. Teori ini juga menekankan aspek perbualan lisan, kesan poetik, dimensi penggunaan bahasa dari segi deskriptif dan interpretif, ujaran literal, metafora, ujaran gemaan, ironi, dan juga pertuturan (speech acts). Seperti yang telah dikatakan di atas, teori ini lebih menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami antara penutur dan pendengar. Selain itu, penutur seharusnya dapat menjamin yang diperbual itu benarbenar relevan serta sesuai untuk difahami oleh pendengar. Dengan kata lain, penutur dapat memastikan yang diperkata itu mempunyai ciri relevan yang optimal. Relevan yang optimal bermaksud setiap ujaran itu mempunyai kesan kesan konteks yang maksimum yang dapat dirumuskan dalam masa sesingkat mungkin. Dengan itu, konteks haruslah seimbang dengan masa memproses bagi menghasilkan kandungan maklumat yang diharapkan.
Apabila sesuatu ujaran disampaikan, menjadi tanggungjawab si penutur untuk menjamin maklumat yang disampaikan itu relevan dan setimpal dengan perhatian yang diberikan oleh pendengar apabila diproses mengikut konteks. Bagi pendengar dia cuba untuk memperoleh kesan konteks yang mencukupi dan kesan ini mestilah mudah untuk diperoleh. Kerjasama yang erat ini memungkinkan maklumat dapat disampaikan dengan mudah bagi penutur dan bagi pihak pendengar pula dapat menerima maklumat yang tepat dan jitu. Untuk memproses maklumat dengan tepat, teori relevan telah menetapkan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan kos memproses. Tiga gagasan ini dibantu oleh subgagasan yang lain iaitu pengayaan, pemilihan rujukan, dan penyahtaksaan maklumat bagi melicinkan penginterpretasian makna. Konteks adalah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Ia tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir. Konteks juga dapat melibatkan masa depan, hipotesis santifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran si penutur. Kesemuanya memainkan peranan dalam interpretasi. (Sperber dan Wilson; 1986:15). Kita seharusnya sedar bahawa pembinaan konteks adalah bahagian terpenting dalam penginterpretasian ujaran, perkara yang berlaku iailah daripada bentuk proposisi yang didengar, si pendengar akan menetapkan konteks yang sesuai bagi melahirkan (kesan konteks).
Selain konteks, kesan konteks juga penting bagi menghuraikan proses pemahaman sesuatu ujaran. Sesuatu ujaran dianggap lebih relevan jika mempunyai lebih kesan konteks. Soalnya sekarang apakah yang dimaksudkan dengan kesan konteks? Kesan konteks ialah andaian awal yang ada pada pendengar. Dalam perbualan pendengar akan menggabungkan atau memperkuat atau menggugurkan konteks yang dikemukakan oleh penutur dengan andaian awalan yang sedai ada bagi menghasilkan kesan konteks. Bagaimana kesan konteks terbina? Dalam perbualan, pendengar akan membina kemudiannya memproses beberapa andaian sebagai wacana awalan. Latar belakang konteks akan terus berubah selagi ada maklumat baru ditambah. Iai bermakna kita akan terus membuat andaian baru kepada andaian yang telah sedia ada dan juga telah diproses pada peringkat awalnya. Jadi, bagi mengelakkan kekeliruan, pendengar mestilah sentiasa sedar bahawa apabila beliau menginterpretasi sesuatu ujaran, beliau tidak hanya terbatas kepada andaian lama yang telah sedia ada. Tetapi juga harus peka dengan kehadiran maklumat serta andaian baru.
Seterusnya, kos memproses ialah usaha pendengar dalam memproses maklumat atau makna ujaran. Sekirnya ujaran itu dapat difahami dengan mudah, maka kos memproses maklumat bagi ujaran tersebut dapat dianggap rendah. Tetapi jika ujaran yang dihasilkan itu dipenuhi dengan soalan-soalan, ia akan meningkatkan lagi kos memproses sesuatu ujaran. Sesuatu ujaran akan dianggap kurang relevan sekiranya kos memproses tinggi. Bagi pihak penutur, os memproses penting bagi memastikan ujarannya dapat difahami dengan mudah oleh pendengar
The Wisdom of the Malay Proverbs
(Transcribed Article )
Malay proverbs are traditional wisdom, which are constructed under different forms, patterns and images with the assistance of different rhymes and beautifully arranged rhythms. They can be obtained in various forms: from the shortest (but isolated) one-word proverb (e.g. terijuk) to the most common two-word simpulan bahasa30 (e.g. panjang tangan, kaki bangku); and from a simple single perumpamaan (e.g. seperti isi dengan kuku) to a lengthy and complex proverbial saying (e.g. adapun buah pria itu, kalau ditanam di atas batas sagu, dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan, serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila dimasak pahit juga ‘You may plant the bitter cucumber on a bed of sago, and manure it with honey, and water it with treacle, and train it over sugarcane, but when cooked it will still be bitter’ [MBRAS 3: 14]). Therefore, the common definition of proverb as “sense, short, salt” does not fit in the Malay context. Even though it is very rare, proverbs sometimes do also appear in the form of a quatrain, or known as pantun in Malay. Pantun in its most basic form is a four-line verse. Each line is normally composed of between eight to twelve syllables and usually about four to five words. Physically it is divided into two sections. The first two lines are called pembayang (foreshadower) by the Malays (or sampiran by the Indonesians); the latter two lines are known as maksud or meaning. The external music of the poem depends on its ab-ab rhyme scheme. There are a handful of examples quoted in MBRAS (1992):
Bangsal di hulu kerapatan,
Sayang durian gugur bunganya;
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian apa gunanya?
Have a hut upstream hard-by,
alack, the durian has shed its blossom:
Repentance in time is profit,
repentance afterwards – of what use can it be?
(MBRAS 29: 37)
Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.
The gosling died drowned,
it died drowned in briny water;
Wealth ruins courtliness,
and poverty ruins discretion
(MBRAS 9: 47)
In terms of the Malay proverbial patterns, there are two which are rather commonly found: (i) Proverbial comparison; and (ii) Cause-effect proposition. Proverbial comparison or analogous proverbs are proverbs which use comparative markers like bagai [e.g. bagai pinang dibelah dua ‘like an areca nut split in two’ (MBRAS 175: 87)], bak [e.g. bak anjing tersepit ‘like a dog that is sandwiched’]31, laksana [e.g. laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak ‘like the dedap flowers, crimson but scentless’ (MBRAS 47: 179)], seperti [e.g. seperti pinang pulang ke tampuk ‘like a betel nut which returns to its calyx’ (MBRAS 175: 89)], ibarat [e.g. ibarat dakwat dengan kertas, bila boleh renggang terlepas? ‘like ink on paper, when can the two be sundered and parted?’ (MBRAS 57: 12)], umpama [e.g. umpama kijang dirantai dengan mas, jikalau ia lepas, larilah ia juga ke hutan makan rumput ‘like a deer secured with a golden chain, which if set free runs off to the forest to eat grass’ (MBRAS 113: 168)] and pantun.32 These kinds of proverbial comparison are normally known as perumpamaan. The use of simile and analogy are quite common among the Malays. The state of poverty is to be compared like a fowl: seperti ayam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ‘like a fowl which eats in the morning what it scratches up in the morning, and eats in the afternoon what it scratches up in the afternoon’ (MS 100). A state where people are left without a leader is said to be seperti anak ayam kehilangan ibunya ‘Like chicks losing their mother’ (MS 57). The use of dog as analogy in Malay proverbs is quite numerous. The situation where brothers are always engaged in a quarrel is metaphorically compared to the relationship between a dog and a cat: Seperti anjing dengan kucing ‘like dog and cat’ (MS 46). The person who is very happy to get what he wanted is described as bagai anjing berjumpa pasir ‘Like a dog finding a sandbank [running heedlessly hither and thither for sheer joy]’ (MS 122). There are also proverbs which are metaphorical like masa itu emas ‘Time is gold.’ The richness of analogous proverbs can be shown through the own words of the compiler of Mestika Bahasa (1965), Muhammad Yusof Mustafa. According to him in his preface, it is difficult to arrange proverb collections alphabetically as there are just too many proverbs which use the comparative marker (e.g. seperti, bagai). As he put it: “banyak benar peribahasa yang berawalkan dengan perkataan-perkataan tersebut” (too many words begin with those words) (1965, vi). Cause and effect proverbs are proverbs that stress on the causal relationship between two inter-related events. This causal relationship is presented either through a hypothetical proposition or a nonhypothetical proposition. Hypothetical causal proverbs are proverbs confined to the use of the hypothetical “if” (jika, seandainya, kalau, jikalau, sekiranya) or “if… then…” (Jika… maka…; Kalau… masakan…) to elaborate a relationship. These can be seen in proverbs like: kalau benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau (if a good seed falls into the sea, an island will spring up – MBRAS 93: 29) and kalau tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagu? ‘If you do not split the trunk of the palm, how can you get the sago?’ (MBRAS 95: 38).33 Causal relationship sometimes can also be presented without the use of a hypothetical marker. Such proverbs are ada gula, ada semut ‘where there is sugar, there will be ants’ (KIPM 1: 10; MS 223), ada bangkai, adalah hering ‘where there is a carcass, there will be vultures’ (KIPM 1: 4; MS 223), siapa makan cabai dialah merasa pedas ‘he who eats chillies will get his tongue burned’ (MS 9) and siapa makan nangka dialah kena getahnya ‘He who eats the jackfruit will get sticky fingers’ (MS 9) (For a detailed analysis of logical proverbial patterns, see Chapter 4). Besides having their own identity of forms and patterns, Malay proverbs also demonstrate the colourful choices of local images like plants, animals and objects that can be available in their surrounding or of what they have experienced in life. The image of plants or flora can be found quite commonly in their sayings. A few examples can be quoted here in order to elaborate how the Malays have been creating their proverbs by using the richness of their environment – plants (e.g. pohon/pokok/ tree, rumput/ grass) and certain parts of a plant (e.g. duri/thorn): Kalau tidak kerana angin, masakan pokok boleh bergoyang ‘If not for the wind, how could the tree sway’; Bicarakan rumput di laman orang, di laman sendiri rumput sampai ke kaki tangga ‘To concern oneself with the weeds in someone else’s garden and have them growing up to the doorstep in your own garden’ (MS144); adakah duri dipertajam? ‘Does one sharpen torn?’ (MS 29); Umpama Akar seruntun, sungguh pahit menjadikan ubat ‘Like a handful of roots, though they be bitter, they make good medicine’ (MS 39), vegetables (e.g. cendawan/mushroom, mentimun/ cucumber): Seperti cendawan tumbuh selepas hujan; Mentimun dengan durian ‘Like cucumber and durian,’ fruits (e.g. amra, kedundung, cempedak, nangka, tembikai/ water-melon, durian): Amra jangan sangka kedondong ‘Do not mistake a hog-plum for a kedondong’ (MS 6); daripada cempedak baik nangka ‘The nangka is better than the cempedak’ (MS 99); bagaimana tembikai nak berlaga dengan durian? ‘How is a watermelon going to take on a durian?’ (MS 215) and rice and things that are related with it (e.g. padi, nasi, kerak, dedak, beras, sekam): Ada beras taruh di dalam padi ‘If you have rice, keep it among the unhusked grain’ (MS 185); ada nasi di balik kerak ‘There is (edible) rice behind the kerak’ (MS 40) and api di dalam sekam ‘Like fire in chaff’ (MS 104). There is no doubt that rice (and things that related with it) becomes the favourite choice in Malay proverbs as the Malays are an agrarian society. They earned their living mainly through the paddy industry and rice is also their main food. Malay proverbs sometimes also exploit the behaviour of animals to represent the meaning of life or situation. Animals which get the attention of the Malay proverbs are mammal types (e.g. especially dogs, elephants, tigers and buffaloes as well as cats, deer, badak/ rhinoceros, kera/ monkey, kuda/ horse, kaldai/ donkey, pelanduk/ mouse deer and babi/ pig): Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah ‘When elephants meet in conflict, a mouse deer that gets between them is sure to perish’ (MS 97); seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau terpalit ‘If one buffalo is muddied, the whole herd becomes dirty’ (MS 48); asal kuda itu, kuda juga; dan kaldai itu kaldai juga ‘If you are born a horse, a horse you are; and if you are born a donkey, a donkey you are’ (MS 73); anak badak dihambat-hambat ‘Chasing a young rhinoceros’ (MS 80); anak kera nak diajar memanjat ‘Giving lessons in climbing to a young monkey’; berhakim kepada beruk ‘go to the monkey for justice’ and anak harimau menjadi kucing ‘The tiger cub has turned into a pussy’ (MS 89). Proverbs that are related with birds (e.g. ayam, bangau, itik, enggang, helang, pipit, gagak, kukur): Burung gagak pulang ke benua, hitam pergi, hitam balik ‘The crow goes home: black he goes forth and black he returns’ (MS 152), bangau kekasihkan kerbau ‘The paddy bird’s sweetheart is the buffalo’ (MS 138) and bagai pungguk rindukan bulan ‘Like the owl moping for the moon’ (MS 107). Fishes (e.g ikan/ fish, ikan belida/ catfish, seluang, sepat/ sprat, cencaru/ horse-mackerel, yu/ shark, setoka/ ray,haruan/ a kind of freshwater fish, channa striatus) also attract their attention and play a significant part in the Malay proverbs; for example: Ada air, adalah ikan ‘Where there is water, you will find fish’ (MS 222); ikan belida, sisik ada, tulang pun ada ‘The catfish has scales as well as bones’ (MS 222); cencaru makan petang ‘The horse mackerel feeds late’ (MS 19); anak seluang tipu umpan ‘The young seluang cheats the bait’ (MS 153); anak sepat ke tohor ‘like a sprat in the shallows’ (MS 52) and belut jatuh ke lumpur ‘the eel falls into the mud’ (MS 71). Proverbs that are related with amphibians (i.e. kura-kura/ tortoise, katak/ frog) are: Kura-kura memanjat kayu ‘tortoises can climb trees’ (MS 166) and seperti katak di bawah tempurung ‘like a frog under a coconut shell’. The use of reptiles (e.g. ular, sawa, buaya) as images can be seen from: Seperti ular kena palu ‘Like a stricken snake’ (MS 227); ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya; Adakah buaya menolak bangkai? ‘Is a crocodile going to say no to a carcass?’ (MS 31). Insects (e.g. nyamuk/ mosquito, lalat/ fly, semut/ ant, belalang/ grasshopper) and other types of invertebrate (e.g. udang/ prawn, lintah/ horse leech, pacat/ leech), even those that cannot be seen through our eyes (e.g. tungau/ mite, kuman/ mite) are also included in the Malay proverbs that bears testament to the colourful features of the Malay animal kingdom. These include: Marahkan nyamuk kelambu dibakar ‘angry with the mosquitoes, mosquito net gets burned’, Ada gula, adalah semut ‘Where there is sugar, there will be ants’ (MS 223); lalat cari puru ‘The fly flies straight to a sore’ (MS 223); ada padang, ada belalang ‘Where there is a grassy plain, you will find grasshoppers’ (MS 222); lintah menghisap darah ‘Like a horse leech sucking blood’ (MS 199); banyak udang, banyak garamnya ‘Many prawns, many flavourings’ (MS 53); macam pacat, sudah kenyang tanggal ‘Like a leech, which falls off the victim when it has had its fill of blood’ (MS 28) and seekor kuman di benua China dapat dilihatnya, gajah bertenggek di batang hidungnya tak sedar ‘A mite in China can be seen, but an elephant sitting on one’s own nose escapes notice’ (MS 144) (For the most dominant images appearing in the Malay proverbs repertoire and their
frequency, see Table 4.3).
Conclusion
The Malay proverbs are part of the Malay worldview. They have been created as the result of how the Malays perceive the relationship between human and human, between human and nature and also between human and the supernatural. The conception of good and bad values which they believe have given rise to do’s and don’ts is as suggested in the content and meaning of proverbs. Various forms, patterns and images have been used to convey these messages in the form of proverbs and this wisdom of the past has been used by authors and speakers from all walks of life and in different genres of writing and speaking. Despite the challenges ahead, proverbs continue to be a part of Malay culture that has displayed the values of kehalusan (fineness) and budi bahasa courtesy of that race.
Azam 2013
Untuk memulakan bicara ini, saya harapkan kefahaman sudah dimaklumi bahawa sebagai satu bangsa yang agung, bangsa kita telah melalui perubahan zaman yang begitu lama sekali. Bangsa Melayu telah mendiami Alam Nusantara ini sama lamanya dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Buktinya penemuan fosil ‘Java man’ yang berusia setanding dengan ‘Peking man’ dan juga fosil yang ditemui di Benua Afrika. Tetapi malang bagi bangsa Melayu kerana catatan sejarahnya, sama ada terpenggal-penggal oleh perubahan alam, geopolitik ataupun asakan pengaruh luaran. Mungkin juga maklumat –maklumat tentang sejarah kesinambungan bangsa itu terhapus catatannya kerana kehilangan dokumentasi sejarah kesusasteraan bangsa dalam bentuk tulisan.
Perubahan zaman memperlihatkan bahawa selepas tamatnya era Perang Dunia Kedua, setiap bangsa di dunia berebut-rebut untuk membebaskan daripada pengaruh isme. Perkembangan isme membuatkan dunia dihayalkan oleh perjuangan kaum proletariat menentang kaum borjuis. Tokoh-tokoh seperti Federich Engel, Karl Marx, Lenin, Tolstoy, Stalin dan sebagainya, amat menarik perjuangan kaum proletariat. Tetapi nyatanya dendangan kemakmuran dan kesamarataan amat menghampakan akhirnya. Satu demi satu negara-negara yang mendokong isme tadi mula meninggalkan fahaman komunisme, dan sosialisme,
Manusia dijadikan tuhan dengan mempunyai nafsu. Nafsu inilah yang sering gagal untuk dikawal oleh manusia. Sifat kemuliaan dan kekudusan terus terhapus akibat godaan nafsu. Nafsu untuk berkuasa, memerintah dan akhirnya bertindak kejam terhadap orang lain. Begitulah apabila kita imbas kembali keagungan tokoh-tokoh seperti Lenin, Stalin, Caucesque, Mao Tze Tung, Pol Pot, Heng Samrin, akhirnya terpadam akibat tindakannya yang terlalu mengikut nafsu untuk kekal berkuasa. Janji-janji manis yang sentiasa ditabur bagi mendorong kaum proletariat untuk berjuang akhirnya dinodai dengan kekejaman dan penindasan.
Di negara kita juga tidak terkecuali daripada tempias keghairahan untuk mendukung isme tadi. Perjuangan kemerdekaan yang berpanjangan mengakibatkan kaum nasionalis terpaksa berkompromi dengan golongan komunis untuk dijadikan landasan. Pada dekad itu pula kita lihat kecemerlangan perjuangan kaum komunisme di Indonesia. Kelompok yang mendukung kesusasteraan dan penulisan ( golongan yang terpelajar ) tertarik kepada fahaman perjuangan kaum buruh menentang kelompok ka[italis, yang kebetulan didominasi oleh golongan penjajah barat. LEKRA amat cemerlang sekali dalam mendepani aspirasi golongan tertindas di Indonesia. Tokoh-tokoh seperti Tan Malaka, Subandario dan akhirnya Sukarno tertarik kepada perjuangan isme ini. Akibat daripada senario ini memberi impak yang begitu besar kepada perkembangan perjuangan kemerdekaan di negara kita. Kelompok yang terdidik dalam bidang kesusasteraan dan penulisan lebih menonjol. Golongan ini mempunyai semangat waja dalam memimpin penentangan terhadap penjajah. Pun begitu kita agak musykil kerana perjuangan menghalau penjajah begitu hebat dilakukan tanpa memikirkan persediaan mental, dan fizikal andainya kaum penjajah berjaya dihalau lebih awal. Kita lihat tokoh-tokoh seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakih, Ahmad Boestamam lebih mirip landasan perjuangan mereka kepada fahaman ini. Kita juga tahu mereka juga orang yang begitu sayangkan bangsanya, Tetapi kemelut itu telah menjadi sejarah negara kita. Mungkin generasi muda gagal untuk memahami dan tidak berkesempatan untuk mengetahuinya. Sama ada ada kepentingan lagi untuk memberitahu golongan muda tentang kisah ini, pun boleh dibincangkan. Kerana sudah ada kefahaman, yang entah siapa yang menyarankan, sudah tidak perlu mengingati perkara yang telah berlalu. Apa yang perlu difokuskan ialah tentang bagaimana kita perlu mendidik anak-anak muda ini untuk menghadapi masa depannya. Cabaran dunia yang semakin mencabar, menyebabkan kita perlu memperlengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kepakaran untuk survival dunia globalisasi ini.
Kesimpulan yang boleh kita lihat di sini adalah tentang kepentingan dan keperluan pendidikan. Kefahaman tentang sejarah mungkin mampu memberi pendorong kepada generasi muda supaya mempunyai iltizam dan kesungguhan dalam berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan, dan kehebatan tokoh-tokoh pendokong bangsa
Jumaat, 8 Februari 2013
Penjernihan Minda
Saya kadang-kadang memikirkan mengapa kita harus bertegang urat hanya kerana untuk memikirkan sesuatu yang sia-sia sahaja. Mungkin kita yang berbangsa Melayu itu memang suka berbalah dan gagal untuk hidup rukun damai. Dalam suasana politik berasaskan kaum, keturunan, kenegerian, kelompok yang kaya dan yang miskin, kita masih berbangga bahawa kita adalah salah satu negara yang mengamalkan sistem Demokrasi. tapi saya selalu berfikir sistem Demokrasi yang tulen gagal untuk dilaksanakan, kerana rakyat negara ini masih dikelompokan mengikut pembahagian yang saya sebutkan tadi. Kebebasan untuk memilih agak sukar dilaksanakan kerana secara tidak disedari pemilihan lebih dipengaruhi oleh kelompok-kelompok tadi. Jadi untuk memastikan pilihanraya di negara kita itu adil, tidak mungkin.
Lanjutan daripada pemikiran di atas tadi saya ingin menyarankan konsep pemerintahan secara demokrasi mungkin boleh dinilai semula. Disebabkan negara kita itu pelbagai bangsanya, agamanya, rasnya dan pemikirannya, ada baiknya kita adakan mekanisme, bagaimana untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang dapat mempastikan setiap kelompok itu dapat diwakili. Maksudnya pemilihan secara pilihanraya umum pada saya sudah tidak relevan lagi. Hujah saya mungkin perbelanjaan yang begitu besar untuk mengadakan pilihanraya dapat dijimatkan. Kemudian kelompok yang kurang matang tentang politik dapat diminimakan. Mengapa saya berkata demikian, saya dapati bahawa ada sekelompok rakyat negara ini yang hidup matinya kerana politik. Saya dapati kelompok ini menghabiskan masa yang berharganya hanya untuk melaga-lagakan orang, memfitnah, mengagalkan apa juga perancangan yang baik untuk rakyat. Jadi mengapa kita harus biarkan orang-orang semacam ini, yang merugikan negara, memporak perandakan masyarakat dan membodohkan diri mereka sendiri. Saya berasa ada baiknya, masa yng begitu berharga itu diperuntukan untuk memperbaiki diri sendiri.
Dalam konteks orang-orang Melayu, apa yang kurang pada mereka. Kalau mereka rajin berusaha bersungguh-sungguh, saya fikir mereka boleh maju dan kaya raya. Peluang untuk maju dan untuk kaya terbuka seluas-luasnya. tetapi malangnya mereka lebih tertarik untuk menyalahkan orang lain, dan masalahnya mereka gagal untuk mengkui diri mereka sebenarnya yang malas, dan lemah. Saya masih teringat lagi bagaimana orang Melayu itu menjadi marah, apabila disuruh untuk menjadi rajin. Mereka selesa untuk bermalas-malas dan menyalahkan orang lain jika mereka kurang berjaya dan kurang kaya.
Mereka terpengaruh dengan dakyah, bahawa kekayaan negara ini dibolot oleh kalangan tertentu. Tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka itu pemalas, tidak bijak untuk merebut peluang yang tersedia. Percayalah bahawa tidak ada yang percuma di dalam dunia ini. Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berusaha. Kita tidak boleh bersandarkan kepada negara berkebajikan. Kita tidak boleh mendapatkan sesuatu itu secara percuma, sebaliknya kita perlu berusaha. Ingatlah bahawa sesuatu yang kita dapati secara percuma itu, sebenarnya adalah sebagai racun yang akan memusnahkan jiwa kita sebagai insan di dunia ini secara perlahan-lahan. Olehitu saya ingin mengingatkan bahawa janganlah sentiasa menyalahkan orang lain hanya untuk menutupi kelemahan diri sendiri. Buanglah perasaan ego, kerana keegoan itu tidak memberi apa-apa menfaat kepada kita sebaliknya akan lebih menampakan kebodohan dan kurang berilmunya kita. Wasalam.
Khamis, 7 Februari 2013
Sastera Pencetus Perubahan Masyarakat
Pada zaman ASAS 50 terdapat polemik antara Sastera Untuk Masyarakat ataupun Sastera UntuK Seni. Polemik itu menjadikan golongan yang berkecimpung dalam penulisan pada masa itu terbahagi kepada dua kelompok. Dan ternyata golongan yang mendokong Sastera Untuk Masyarakat mendapat dokongan ramai. Mutakhir ini saya sebagai pemerhati sastera tanah air agak kecewa kerana perkembangan sastera semakin malap dan keadaannya semakin kritikal. Masalah ini bersandarkan kepada golongan yang pandai membaca dan menulis tetapi malas untuk menulis. Bukan setakat malas menulis tetapi malas juga dalam membuat pembacaan. Jadi pada fikiran kita yang waras ini, siapalah agaknya yang masih sudi membaca karya-karya sastera ini.
Dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini, saya sering mengatakan bahawa hasil-hasil sastera sama ada berbentuk puisi, novel, cerpen, drama dan sebagainya agak sukar difahami oleh pembaca. Andaiannya begini, kalau kita sempat bertanya berapa orangkah yang membaca cerpen yang tersiar dalam akhbar pada setiap minggu. Jawapannya tentulah menghampakan. Hasil tinjauan saya secara rambang, mereka tidak mahu membaca cerpen-cerpen itu kerana mereka tidak faham. Jadi di sini maksudnya, masyarakat tidak memahami mesej yang cuba disampaikan dalam cerpen-cerpen tersebut.
Pada pendapat saya ada perlunya kita membuat satu garis panduan tentang hasilan-hasilan yang hendak kita tujukan. Mungkin ramai yang tidak setuju ( terutamanya bagi kelompok penulis yang tersohor). Saya tidak menyalahkan golongan ini. Kerana bagi saya golongan ini sudah mempunyai pemikiran yang tinggi dan tidak berasa nikmat jika membaca karya-karya yang hanya berbentuk catatan semula apa yang berlaku dalam masyarakat. Pada saya pun, saya lebih berminat untuk menikmati karya-karya yang sukar difahami, kerana di sebaliknya ada unsur falsafah dan unsur tersirat yang akan mencabar minda kita.
Akhirnya, pada sayalah untuk berlaku adil, kita harus memberi tumpuan untuk siapakah sesuatu hasil penulisan itu hendak kita tujukan. Yang lebih penting adalah bidang kesusasteraan terus subur hingga ke generasi akan datang
Kepentingan Minda
Semua orang yang pernah melalui alam persekolahan akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak merangsang minda. Tuhan telah mengurniakan kepada kita otak dan dalam otak inilah proses pemikiran berlaku. Inilah yang dukatakan Minda. Minda merujuk kepada keupayaan berfikir pada setiap manusia makhluk tuhan di dunia ini.
Tetapi malangnya dalam kurikulum persekolahan kita nampaknya peranan minda itu dikesampingkan. Kita tidak tahu sama ada keadaan itu disengajakan ataupun para pengubal kurikulum kita terlepas pandang. Kita menjadi risau peneraju dan pengubal kurikulum kita tidak mempunyai ilmu yang betul-betul mantap tentang proses penggubalan itu. Mungkin orang akan marah dan mencela saya kerana melontarkan perkara ini. Saya fikir tidak perlu prejudis terhadap apa yang saya lontarkan. Saya hanyalah insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mengemukakan masalah ini.
Pelajar-pelajar yang terlahir daripada sistem persekolahan kita nampaknya kurang kompeten dan berkebolehan. Hatta tidak mampu untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan. Keadaan ini berlaku tentulah ada tempangnya. Adakah sekolah, guru ataupun kurikulumnya. Saya fikir masalah ini bersaling kait.
Pada saya, kurikulum persekolahan kita perlu dirombak, agar penyerapan kaedah pembelajaran yang prosktif dan inovatif di tegaskan. Saya yang terlibat dalam pedagogis atau kaedah pengajaran amat teruja kepada peranan kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran yang lebih kepada penemuan, uji kaji dan mementingkan proses, perlu diaplikasikan dengan bijaksana.
Pelajar perlu didedahkan kepada proses penyelesaian masalah. Hal ini demikian kerana kita pasti menghadapi masalah apabila kita keluar ke alam pekerjaan. Tetapi kalau kita sudah tekankan peranan minda, bagaimana kita boleh memanipulasi peranan minda, kita mampu menyediakan modal insan yang kompeten bagi menghadapi cabaran Abad seterusnya.
Kesimpulannya, minda sebagai kurniaan Tuhan yang amat agung. Kita harus menghargai peranan minda tersebut agar sebagai manusia yang berakal kita dapat menamfaatkannya demi kecemerlangan hidup kita di dunia ini.
Isnin, 12 November 2012
KERELEVENAN YANG OPTIMUM DALAM PERCAKAPAN
Oleh:
Dr. Hussin Bin Sarif
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG KTHO.
Memang dalam pertuturan kita, tidak mungkin kita mampu memberi kefahaman yang menyeluruh kepada orang yang kita ajak bercakap. Olehitu menjadi keperluan kepada kita untuk memberi sebanyak mungkin maklumat kepadanya, agar si pendengar memahami secara literal tetapi juga mampu menggunakan mindanya untuk berfikir. Orang biasanya malas untuk menafaat mindanya ketika bercakap dan berhujah. Fenomena ini harus kita tangani sejak awal lagi agar tidak terus melarat sehingga menjejaskan keupayaannya untuk mendominasi ketika berhujah.
Menurut Sperber dan Wilson, Prinsip Relevans Komunikatif dan pencapaian kerelevan yang optimum merupakan kunci kepada teori relevans pragmatik. Menurut mereka, rangsangan ostensiflah yang mewujudkan andaian relevan yang optimum melalui usaha memproses dan kesan konteks. Oleh itu Sperber dan Wilson (1995:270) telah mengetengahkan prinsip relevans komunikatif. Dalam usaha memproses ujaran, pendengar berusaha untuk mencapai interpretasi yang relevan secara optimum dan setiap interpretasi yang optimum mestilah mencapai kesan kognitif yang mencukupi bagi menarik perhatian pendengar dan tidak memerlukan pendengar berusaha lebih untuk mencapai kesan yang dimaksudkan.
a) Rangsangan ostensif itu cukup relevan untuk pendengar memahaminya.
b) Rangsangan ostensif yang paling relevans bersesuaian dengan kebolehan dan pilihan penutur ( Sperber & Wilson 1995: 270 )
Setakat mana aras kerelevenan yang sebenarnya khalayak boleh menerima bagi membolehkan rangsangan ostensif diterima. Tentu setakat mana rangsangan itu boleh ditafsir oleh pendengar. Walau bagaimanapun maklumat yang lebih relevens akan lebih diberi perhatian dan difahami. Jadi ada kalanya aras relevens didapati adalah rangsangan menghampiri maklumat sebenar. Selain itu terdapat juga alasan mengapa penutur berkemungkinan gagal mengeluarkan rangsangan yang mungkin paling releven kepada pendengarnya, walaupun ini sebenarnya yang penutur kehendaki.
Berdasarkan prinsip relevens komuikatif setiap rangsangan ostensif yang dilahirkan akan menyampaikan kepada pendengar apa yang dianggap sebagai telah mencapai tahap kerelevenan yang optimum. Rangsangan untuk mencapai tahap optimum kepada pendengar jika mereka mendapati maklumat itu sekurang-kurangnya sudah cukup relevens tanpa membuang banyak masa untuk cuba mengintrepretasi. Keadaan ini akan merangsang proses perbualan seterusnya. Pendengar harus mengikuti aliran seterusnya yang memerlukan kurang usaha dalam mentafsir kesan kognitif. Dengan anggapan ujaran seterusnya itu sudah dalam konsep yang betul dan menerima intrepretasi pertama yang memenuhi ekspektasi kerelevenan.
Secara urutan, ia boleh diterang sebagai berikut:
Mengikuti aliran dengan kurang penumpuan dalam memproses kesan kognitif:
3. a) Menganggap intrepretasi ( tugasan referen, asumsi konteksual, implikasi, dll ) menuju kepada pemahaman.
b) Berhenti jika telah berpuashati terhadap ekspektasi yang relevens.
Analisis perlakuan teori relevens dalam perbualan:
Hussin dan Hassan bercadang untuk pergi bercuti dengan menaikki kereta, dan mereka sibuk bersiap sedia. Husin bercakap kepada Hasan.
4. 1) Kereta itu terbuka
Sebenarnya, kata-kata Husin mengandaikan kereta itu tidak berkunci. Proposisi tadi menyebabkan Hasan memasukkan barang-barang tanpa menunggu Husin membuka pintu kereta. Ujaran pertama iaitu ( kereta mereka punyai tidak berkunci ) diujarkan dan prososisi yang berbentuk eksplisit. Ujaran ini dalam istilah relevence-theoritic ialah explicature, dan kedua yang menurutinya ialah implicature.
Seterusnya kita lihat bagaimana Hasan mengenal pasti rangsangan ostensif yang dikeluarkan oleh Husin. Dia mengatakan kereta itu terbuka. Menurut prinsip relevens komunikatif, ujaran Husin ‘Kereta itu terbuka’ membawa andaian yang mencapai kerelevanan yang optimum kepada Hasan. Hal ini akan membolehkan Hasan mendapatkan kesan kognitif yang mencukupi daripada ujaran itu, dan ia tidak memerlukan usaha yang sia-sia. Husin akan menganggap ujaran Hasan relevens. Husin akan mencapai pemahaman bahawa mereka mempunyai kereta, mereka akan pergi bercuti pada hujung minggu dan pada kebiasaannya kereta itu berkunci apabila diletakkan di tempat letak kereta. Oleh itu intrepretasi dalam perbualan di atas; kereta merujuk kepada kereta yang dimiliki oleh Husin dan Hasan,dan bila terbuka bermakna kereta itu tidak berkunci dan mudah untuk digunakan. Daripada intrepretasi proposisi perbualan ini Husin boleh mendapat pemahaman secara kontekstual jika dia boleh memberikan jangkaan kontekstual dan disebabkan asumsi kontekstual itu berdasarkan daripada latar belakang kognitif tentang memasukkan barang-barang dalam kereta untuk persediaan pergi bercuti, maka Hasan pada dasarnya dapat memahami dengan mudah.
5) a) Jika kereta itu tidak berkunci, kemudian Husin dan Hasan
boleh memasukkan barangan ke dalam kereta tanpa
menunggu antara satu sama lain.
b) Husin dan Hasan boleh memasukkan barangan ke dalam
kereta tanpa menunggu
Implikasi kontekstual 5(b) membolehkan timbulnya banyak lagi kesan kognitif, sebagaimana berikut, semuanya semacam berkaitan dengan perhatian dan situasi.
6) a) Jika Husin dan Hasan boleh memasukkan barang ke dalam kereta tanpa menunggu antara satu dengan lain, kerja
memasukkan akan lebih cepat.
b) Kerja memasukkan barang-barang akan lebih cepat
c) Jika kerja memasukkan barang-barang cepat, mereka tidak
akan lewat untuk memulakan perjalan .
d) Mereka tidak akan lewat untuk memulakan perjalanan.
Seterusnya Husin boleh menambah lagi kesan kognitif dengan kurang usaha memproses. Dan dengan tanggapan bahawa ujaran itu telah mencapai tahap relevens yang optimum. Pada tahap ini pendengar boleh berhenti proses menginterpretasi dan menerima maksud sebenar intrepretasi sebagaimana yang dihajatkan oleh penutur.
Mungkin terdapat lagi intrepretasi lain yang boleh membawa kefahaman lain daripada kesan kognitif, contohnya kereta itu terbuka kerana telah dipecah orang. Namun, intrepretasi ini bukannya baru kepada Husin dalam aliran pemahamannya. Mentafsir maksud ini mengakibatkan proses penolakkan (elimination) berlaku kepada tanggapan maksud yang sebenarnya. Keadaan ini sebenarnya memerlukan tambahan usaha dalam membuat tafsiran. Oleh itu jika kesan lain ( tafsiran kedua ) diambilkira, tambahan pula usaha untuk memahami perlu dilakukan termasuklah proses membuat andaian dan kemudian berlaku pula proses menidakkan intrepretasi pertama tadi. Seterusnya ujaran tidak mungkin mencapai tahap relevens yang optimum kepada intrepretasi kedua tadi. Proses inilah yang menyebabkan prosedur relevence-theoretic comprehension membolehkan pendengar untuk menerima interpretasi pertama yang memenuhi kehendak ekspektasi relevens pendengar sebagai satu yang dikehendaki oleh penutur dan akan memberhentikan proses pemahaman setakat itu sahaja.
Lihat semula implikatur 5 dan 6. Sementara semua implikatur ini menambah pengukuhan relevens pada 7, dan mudah diaplikasikan dengan sedikit usaha, ada tanda yang menunjukkan implikatur di 5 lebih memberi lebih kesan daripada pada 6 adalalah mungkin untuk membuat andaian kesemua implikatur lebih kurang dengan 6, contohnya:
7) a. Jika proses memasukkan cepat, kemudian Husin dan Hasan mungkin akan sampai sejam lebih awal
b. Husin dan Hasan akan tiba di destinasi sejam lebih awal.
c. Jika proses memasukkan cepat, kemudian Husin dan Hasan boleh melepasi persimpangan jalan utama yang sesak
sebelum waktu puncak.
d. Husin dan Hasan boleh melepasi persimpangan jalan utama yang sesak sebelum waktu puncak.
Kesemua implikatur ini boleh diterima, dan bukannya mudah untuk memilih yang manakah maksud yang cuba disampaikan oleh penutur dan yang mana bukan. Menjadi satu kebiasaan penutur perlu mempunyai tujuan dan maksud dalam mengujarkan implikatur-implikatur tersebut, tetapi pendengar harus bertanggungjawab untuk memilih yang mana satu yang perlu difikirkan. Sebaliknya pendengar boleh membuat kepastian apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh penutur yang menghampiri implikatur pada 5, atau sebaliknya tanggapan relevans yang optimum tidak boleh dipastikan. Ada perbezaan dalam aras tanggung jawab yang perlu pendengar beri tumpuan dalam memilih kepelbagaian implikatur. Tanggung jawab akan menjadi rendah ( jika penutur memberikan pendengar sedikit sahaja pilihan ), tetapi meningkat jika pendengar dibiarkan memilih pelbagai andaian lain. Menurut Sperber & Wilson ( 1995 ), dalam tahap pertama tadi, implikatur itu diberi penekanan yang lebih ( strong implicature ), menakala pada tahap kedua, implikaturnya kurang diberi tekanan ( weak implicature ). Oleh sebab penutur berkehendakkan ujarannya difahami, komunikasinya berjaya, maka setiap tingkah laku komunikasinya mestilah menunjukkan bahawa penutur berkehendakkan ujarannya relevans pada pendengar ( Sperber dan Noveck, 2004 ).
Penutur yang mahu akan ujarannya difahami mestilah mengekang pemilihan konteks. Hal ini kerana pemilihan konteks yang betul dengan kos memproses yang minimum dianggap sebagai cara yang berkesan untuk mengekang penginterpretasian ujaran mengikut prinsip relevans ( Blakemore, 1992:137 ). Dengan kata lain, pemprosesan maklumat manusia memerlukan usaha mental untuk mencapai kesan kognitif. Usaha untuk memberikan perhatian, mengingati dan menaakul diperlukan dan suatu kesan akan dicapai akibat proses pengubahan pada andaian atau kepercayaan pendengar melalui penambahan andaian baru, pengguguran andaian lama, dan perubahan dari segi darjah andaian atau kepercayaan lama.
Sebagai kesimpulan, Teori Relevans menerangkan komunikasi ostensif sebagai berikut, Pengeluaran rangsangan ostensif memerlukan pelaburan usaha untuk memproses maklumat oleh pendengar. Disebabkan minda kita berusaha untuk mengenal pasti punca informasi yang paling relevens, jika penutur mahu ujarannya difahami, dia perlu menggunakan rangsangan yang paling relevans dipersembahkan kepada pendengar untuk memahaminya.
Every act of ostensive communication communicates a presumption of its own optimal relevance.
(Sperber & Wilson, 1986:158).
Bagi setiap bentuk komunikasi ostensif memberi rangsangan pemahaman yang paling relevans.
(Sperber & Wilson, 1986:158).
Pendengar sebaliknya boleh menginterpretasi rangsangan tersebut dengan andaian ianya rangsangan yang paling relevans kepadanya. Ini akan memberikan justifikasi terhadap penerimaan intrepretasi paling awal yang akan memuaskan kehendak atau tujuan relevens yang paling optimum ( optimal relevence ).
Ahad, 28 Oktober 2012
Berwaspadalah terhadap Idealisme
Assalam-o-Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu,
O Noble Readers! Firstly it should be noted that ALLAH did not create jin or human except his worship. ALLAH says in quran,
“And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone).” [Surah adh-Dhaariyaat 51:56]
Suhanaullah, ALLAH maha besar menjadi peringatan kepada kita makhluk, bahawa kejadian kita di dunia ini adalah untuk beribadat kepada-Nya. Kita manusia bukannya berhak mengatakan kita berkuasa dan menindas orang lain. Keruntuhan rejim Muammar Ghadafi di Libya menjadi contoh yang paling tragis. Manusia bernama Ghadafi menjadi begitu hebat selepas berjaya menggulingkan pemerintahan beraja. Dan pada masa itu rakyat kebanyakan begitu tertunggu-tunggu bagaimana hidup bebas daripada kongkongan pemerintahan beraja. Tetapi malangnya sejarah tetap berulang, apabila seseorang itu mendapat kuasa dan dalam sekelip mata sahaja, manusia itu akan alpa untuk memeggang amanah kuasa yang didapatinya. Ghadafi begitu berkuasa kerana corak pemerintahan di bumi Libya itu tidak sebagaimana di negara-negara moden lainnya.
Saya sering tertanya-tanya apakah sistem pemerintahan yang kita warisi daripada keagungan pemerintahan Turki Utthamaniah itu. Apakah sistem yang boleh mengelakkan pemusatan kuasa mutlak kepada khalifah. Dan biasanya kita diberitahu bahawa dalam Islam kita ada bai’ah atau sokongan secara kolektif. Tapi dalam konteks negara-negara Islam di Timur Tengah nampaknya tidak berlaku demikian. Cuba kita lihat Negara Arab Saudi, Mesir dan lain-lain lagi tidak mempraktikan cara tersebut. Di Sudan, yang cuba menguatkuasakan daulah islamiah juga tidak nampak kecemerlangannya. Kalau kita lihat di Somalia, di antara kelompok-kelompok yang berbalah itu ada yang cuba menguatkuasakan pemerintahan secara Islam, tetapi negara itu terus hancur. Saya tidak mahu mengatakan orang-orang Islam gagal mentadbir negara masing-masing dan selalunya kita menyalahkan orang Barat dan Yahudi menyebabkan masalah itu berlaku.
Dalam konteks negara kita, nampaknya cara pemerintahan yang kita warisi daripada pihak Barat menampakkan kewajarannya. Kita dapat mengasingkan kuasa antara Parlimen, kuasa eksekutif dan undang-undang. Kita mempunyai satu sistem yang memastikan adanya ‘check and balance ‘ dalam melaksanakan pemerintahan. Saya tidak pernah nak mengatakan sistem pemerintahan ini begitu ideal tetapi sekurang-kurangnya kita terhindar daripada masalah yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Timur Tengah. Kita sekurang-kurangnya ada hak untuk bersuara, walaupun hanya satu undi.
Kita sambung kemudian, jika ada maklumat baru.
Sabtu, 27 Oktober 2012
Sudut Pandang
Kadang-kadang kita yang terdidik dalam ilmu ketatabahasaan ini terlalu taksub kepada pegangan ilmu ini. Sedangkan ilmu tatabahasa itu sebenarnya adalah ilmu luaran yang menempel kepada hanya cuba menstruktur sesuatu bahasa itu. Aturan semulajadinya sepatutnya dipunyai oleh penutur jati sesuatu bahasa itu. Oleh itu, kita dapati bahawa bahasa pertuturan sering berbeza dengan bahasa tulisan. Bahasa pertuturan adalah ujaran yang dituturkan oleh si penutur kepada si pendengar. Dalam proses ujaran yang bertimbal balik itu, si penutur akan cuba menyampaikan maksud ujaran sehinggalah si pendengar memahaminya. Hal ini menyebabkan kadang-kadang si penutur akan menambah ujaran-ujaran yang relevan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada si pendengar. Si pendengar pula biasanya akan cuba memahami ujaran yang dikeluarkan oleh si penutur dengan menginterpretasi maksud ujaran si penutur. Pemahamannya juga kadang-kadang bersandarkan juga kepada pengetahuan latar belakang, pengetahuan yang lalu, andaian, konteks persekitaran, ketika perlakuan ujaran itu berlaku. Dalam konteks penulisan, suasananya agak berbeza. Penulis agak terikat dengan aturan tatabahasa. Dan aturan tatabahasa itu adalah andaian penghurai tatabahasa terhadap maksuddan peraturan tatabahasa yang betul. Pengguna bahasa berpandukan kebolehan berbahasa (competence)dan secara semulajadinya si penutur akan berkebolehan berbahasa(performance). Kebolehan ini apa yang dikatakan oleh ahli linguistik sebagai’innetness’ ataupun satu anugerah tuhan. Tanpa mengikuti pendidikan tatabahasa secara formal, mereka berupaya menggunakan bahasa dengan betul. Penutur jati sesuatu bahasa itu, selain daripada mematuhi aturan tatabahasa, mereka juga berupaya menggunakan bahasa itu secara kreatif. Umpamanya dalam bahasa Melayu unsur kekreatifan itu jelas dalam bahasa kiasan, sindiran, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Unsur-unsur metafora, perlambangan, gaya bahasa yang puitis juga banyak digunakan. Kadang-kadang kekreatifan mereka itu melangkaui peraturan tatabahasa. Dan kita tidak boleh katakan mereka menggunakan bahasa yang tidak gramatis. Kadang-kadang kita ingin bertanya, kita berhak atau tidak mengatakan mereka menggunakan bahasa yang salah, sedangkan itulah bahasa yang mereka gunakan seharian. Mereka juga mampu berinteraksi dengan menggunakan bahasa itu. Sedangkan kita orang asing, yang cuba menunjukkan kepada mereka bahawa mereka menggunakan bahasa yang salah aturan tatabahasanya. Bagi saya, apa yang mereka ujarkan itu betul, walaupun kita katakan tidak gramatis. Betul di sini dalam konteks, mereka sebenarnya sedang mengaplikasikan unsur kekreatifan dalam berbahasa. Unsur kekraetifan sebetulnya melangkaui tingkat penafsiran peringkat semantis ataupun kita katakan ujaran mereka itu perlu ditafsir secara pragmatis. Kesimpulannya, boleh kita katakan pertuturan mereka sudah mencapai ke peringkat paling atas dalam pentafsiran makna. Ahli-ahli linguistik aliran falsafah mengatakan pertuturan mereka sudah mencapai peringkat tertinggi dalam huraian tatabahasa.
Apa yang menjadi kerisauan saya sebagai linguis adalah; pakar-pakar tatabahasa Melayu lebih memikirkan bahasa itu sebagai ilmu, dan bukannya medium untuk menyampaikan ilmu. Jadi aspek isi ataupun bahan yang diperkatakan itu menjadi aspek yang sekunder. Fenomena inilah yang menyebabkan bahasa Melayu tampangnya agak janggal dan seolah-olah tidak mampu untuk berperanan sebagai bahasa ilmu. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila orang yang mendakwa pandai berbahasa Melayu dan mengajar bahasa Melayu hanya memberi tumpuan kepada pembicaraan sastera dan tatabahasa sahaja.
Pengamal dan pendidik bahasa Melayu patut menyedari bahawa untuk bahasa itu berkembang dan terus relevan dalam dunia abad akan datang, bahasa Melayu harus terus menambah aspek larasnya. Mereka perlu terus meneroka bidang-bidang baru agar kosa kata,ungkapan, ayat, wacana dan konsep pemikiran terus berkembang. Saya juga agak gundah apabila melihat para pengamal bahasa Melayu ini bersikap sombong, kurang membuat kajian dan sentiasa menganggap ilmu yang ada padanya itulah sandarannya sampai mati. Kalau inilah sikap mereka , bagaimana kita nak mengatakan bahawa bahasa Melayu itu tetap relevan kerana ilmu dalam apa bidang sekalipun akan tetap berkembang.
Bingkisan Untuk Nyanyi Sunyi ( Karya Dr. Maskiah )
Asalamualaikum, moga sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa.
Terlebih dahulu saya ucap terima kasih, kerna sudi memberi kesempatan kepada saya membaca dan menghayati karya Dr. yang saya rasa amat istimewa. Terus terang saya katakana saya tidak mampu dan tabah untuk menghasilkan karya begini. Dr. saya rasa begitu hebat. Mungkinamat meninati karya-karya meruntun jiwa, yang saya kira hanya mampu dihasilkan oleh individu yang sama ada mengalaminya sendiri mahupun yang berlatar belakangkan bidang kesusasteraan.
Saya seharusnya mengakui bahawa penulis novella ini seorang yang hebat, hatinya keras , cekal tetapi ada kelembutannya. Saya cuba berlaku adil dengan mengkesampingkan persepsi saya terhadap penulis. Saya, terus terang berasa kagum kerana penulis berupaya menghasilkan satu penceritaan yang panjang, temanya ( bisa dikatakan sebagai kisah cinta yang tidak kesampaian ), plotnya,( bisa menyebabkan jantung menjadi tegang ), Watak dan perwatakan juga menyakinkan. Boleh dikatakan satu kebijaksanaan kerana penulis mengembangkan plot penceritaan melalui persamaan dan kebetulan. Walaupun di dunia nyata agak sesuatu yang tidak mungkin, saya rasa, tetapi saya senang kerana penulis begitu berani mengungkapkan episod-episod yang tragis ( kemungkinan berlaku dalam masyarakat kita agak kurang menyakinkan- maaf kalau saya silap ). Mungkin penceritaan yang dipaparkan adalah lukisan kehidupannya yang sebenar.
Saya amat percaya penulis amat berteliti dan hasilnya berjaya sebenarnya dalam mengungkapkan penceritaan yang secara jujur dapat meluahkan perjalan hidupnya secara bersahaja tetapi bersandarkan kebenaran. Hujah saya mungkin berlandaskan kepada apa yang saya telah maklumi, bahawa latar belakang pengetahuan kesusasteraan lewat yang telah dipelajari di tingkatan 6 mahupun di universiti tahun pertama adalah berkisar mentelaah karya-karya agung daripada penulis-penulis tersohor seperti Abdul Mois, Marah Rusli, Bung Hamka, Amir Hamzah dan ramai lagi. Penulis-penulis ini Berjaya menghasilkan karya-karya bernada melankolik dalam meladeni roman cinta yang tidak kesampaian dengan begitu mengesankan. Saya mengakui bahawa saya seorang yang agak revolusienar , agak kurang menghayati kisah cinta ( kerana saya kan tidak pernah bercinta – manusia tanpa jiwa ! )Mungkin saya lebih meminati karya-karya penulis seperti Arkdiat Karta Mihardja, Pramoedaya Anata Toer, Rustam Affendi . Manusia gelandangan bisa berkarya secara jujur, juga manusia gagal bercinta bisa mengungkapkan karya-karya yang lunak dan puitis. Saya masih ingat kata-kata seorang ahli falsafah, manusia mengingati tuhan ketika susah, kesempitan dan kekeciwaan. Pendapat begini sentiasa saya bantah kerna dogma begini sering menyebabkan orang-orang Islam takut untuk menjadi kaya.
Saya fikir Dr. amat meminati novel – novel seperti Layar Terkembang, Senja di Jakarta, Salah Asohan, Siti Nurbaya, Tenggelamnya Kapal Van Der Vigh , Di Bawah Lindungan Kaabah dan juga Hikayat Faridah Hanum.. Dan saya berasa bahawa tema yang cuba disampaikan berkisar kepada cinta yang tak kesampaian. Asas penceritaan sedemikian menjadikan plot yang digarap oleh Dr secara deduktif mencerminkan pengalaman pembacaan novel-novel yang saya sebutkan di atas tadi. Saya tidak mengatakan perkembangan plot itu menyamai atau berasaskan novel-novel tersebut tetapi Dr telah dengan bijak, saya fikir telah mengimbas kembali kemudian menjelmakan pengalaman kehidupannya sealiran dengan plot-plot tadi.
Pada saya watak-watak Bihaqi dan Lukmanhakim itu memang jelas mendominasi lingkaran pemikiran Dr. Sementara watak Dr Arjuna itu bersifat antagonis yang sebenarnya sengaja diwujudkan bagi melindungi kekaguman Dr terhadap dua individu yang begitu agung dalam kehidupan Dr. ( maaf kalau saya salah ). Walau bagaimanapun saya seronok dan teruja untuk mendalami dan menyelidiki keberadaan pelajar-pelajar beraliran agama, maksudnya bersekolah agama, kemudian belajar di university. Saya seronok meneliti kehalusan tingkah laku, budi pekerti dan yang saya nak tahu apakah sebenarnya rasa hati mereka !
Saya secara jujur telah membacanya dengan begitu berminat kerana pada saya pergerakan plotnya hebat dan sentiasa menyebabkan tertanya-tanya , apa terjadi seterusnya. Tetapi saya gagal menanggapi siapakah sebenarnya pembunuh Dr Arjuna. Sekali saya ucap syabas dan saya akan sentiasa menanti karya-karya Dr, seterusnya. Wasalam.
Begitu dan Begini
Begitu dan Begini
Sesuatu yang menarik perhatian saya, dalam komunikasi dua hala terdapat kecenderungan untuk mengemukakan cadangan yang bertentangan dengan apa yang kita buat. Maksud saya orang tidak akan pernah bersetuju dengan apa yang kita lakukan dan sarankan. Apa juga yang kita buat bisanya tidak pernah dipersetujui oleh mereka. Umpamanya kita membeli sebuah kereta, dan apabila kita bertemu dengan mereka, secara spontan mereka akan mengatakan mengapa tidak membeli jenama ini, ataupun jenama itu. Tidak tahu saya apa sebabnya mereka berkata demikian.
Saya pernah mencuba, ketika saya mula-mula ingin menyambung pelajaran di UPM, dan telah saya duga sahabat saya itu mesti mengatakan mengapa tidak sambung belajar di UKM. Begitu juga ketika saya ingin memilih calon isteri, dan saya telah membuat pilihan yang saya kira sudah menepati ciri-ciri yang saya kehendaki. Saya masih teringat kawan saya itu bercakap mengapa tidak memilih dia. Saya menjawab dengan merengus, " Yang nak kawin sayalah, bukannya awak". Saya menyambung, " Ini hak peribadi saya, mengapa awak sibuk untuk campur tangan dalam pemilihan saya".
Kepelikan ini sebenarnya sudah lama saya fikirkan; bahawa manusia itu tidak pernah bersetuju dengan pendapat orang. " Humen beings used their mind to think, to suggest, to manipulate, to speculate and for sure they used their mind to benefit themselves". Jadi jangan hairan jika sesuatu yang kita lakukan itu, tidak akan pernah dipersetujui oleh orang lain. Apa yang kita katakan baik, belum tentu, saran an kita itu baik di matanya. Saya tidak pernah berasa hairan dengan sikap mereka itu, dan pada saya itu satu fenomena biasa.
Dr Hussin Sarif
IPG KTHO.
27.10.2012
Isnin, 27 Ogos 2012
Salam, dan kerana masih dalam suasana berhari raya, wajarlah saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita manusia ini memang terdedah untuk membuat kesalahan dan kesilapan. Kadang-kadang kita tidak menyedari, kerana yang tersinggung itu biasanya memendam dan menjeruk dalam hatinya, tanpa kita menyedarinya. Olehitu wajarkan kita sentiasa memohon kemaafan dengan orang lain pada setiap masa. Ketika kita di dunia jerkan kita mampu memohon maaf. Untuk itu kita harus berhati-hati dengan tutur kata kita, tindakan kita keputusan kita, manalah tahu sesuatu yang kita anggap sudah terlalu adil, sebenarnya masih tidak kelihatan adil bagi pihak yang lain.
Tetapi kalau kita asyik memikirkan apa orang lain kata, sampai bilapun kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kerana dalam masyarakat Melayu khususnya, nampaknya mereka tidak suka kita maju mendahului mereka. Kalau kita sama setarap dengan mereka barulah mereka suka kita. Inilah peliknya manusia Melayu ini. Saya sering memberi nasihat kepada kawan-kawan yang ingin maju dalam apa bidang sekalipun, yang penting bagi saya ialah kita perlu memekakkan telinga, kalau boleh gunakan mata dan minda, barulah kita boleh maju. Kalau kita sentiasa meminta nasihat dan pandangan orang lain, akhirnya kita akan gagal mencapai apa juga cita-cita yang kita hajati.
Rabu, 22 Ogos 2012
Sambutan Hari Raya 2012
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa jua yang saya kenali dan secara kebetulam terbaca blog saya ini. Tahun ini suasana hari raya sebgaimana pada tahun-tahun lepas, mengunjungi pusara arwah ibu dan ayah kemudian perlu juga bertemu dengan sanak saudara, adik beradik dan juga rakan kenalan. Cuma masanyanya begitu terhad kerana masing-masing dengan keperluan sendiri. Bukannya tidak ada masa yang menepati untuk bertemu, maklumlah, kita kan punya sedara mara, kawan-kawan yang berbeza, mana mungkinkan kita dapat menemui kesemuanya. Pada saya dengan adanya kemudahan alat telekomunikasi yang hebat sekarang, keperluan untuk mesti bertemu itu perlu difikirkan semula. Lagipun sekarang ini jalan raya penuh dengan kenderaan. Inilah masalahnya jika semua sudah berkemampuan menggunakan kereta sendiri. Mungkin akan sampai masanya jalan raya kita ini akan dipenuhi dengan kereta. Lagi menyesakkan ialah tabiat pemandu kita yang seolah-oleh mereka sahaja yang nak sampai cepat. Kadang-kadang saya fikir alangkah eloknaya kalau kita dapat kembali ke zaman tahun 70-an, ialah semasa saya masih kanak-kanak lagi, jalan raya kan lengang, kita naik kenderaan awam, bas, teksi, tak kiralah sapu ke tak sapu, tapi hakikatnya kita berasa selesa, tenteram, tidak terkocoh-kocoh dan berebut-rebut. Kita sampai juga ke destinasi, kita dapat juga beramah mesra dengan rakan taulan dan sedara mara. Sekarang ini apa yang kita katakan dunia kita ini serba pantas, kita tidak sempat juga untuk menemui semua sedara mara dan rakan taulan kita. Anih kan.
Kemudian tabiat kita berbelanja juga amat mengusarkan. Ada yang nampaknya nak berhabis-habisan membeli belah. Yelah orang berduit. Tapi kekadang kita fikir, ibadat berpuasa itu gagal mendidik nafsu manusia. Semuanya macam gila nak berbelanja baik membeli baju, kuih raya, dan juadah hari raya. Kadang-kadang sedih kita tengok makanan itu dibuang begitu sahaja. Mana tidaknya, semakin hampir sambutan hari raya, semakin banyak orang yang membudayakan menghantar makanan atau dalam masyarakat kita dikenali sebagai 'memunjung'. Bukannya setakat satu keluarga, kekadang sampai lima keluarga menghantar makanan dalam satu-satu masa. Anak-anak sudah tidak larat nk memakannya. Tak kanlah kita nak paksa. Akhirnya ke tong sampahlah destinasinya. Kena fikirlah budaya yang begini. Tujuannya baik tetapi perlaksanaanya yang tidak baik.
Baiklah kita kena fikirlah lagi apakah budaya dan amalan yang kita perlu lihat semula, agar kita tetap menjadi umat yang bertakwa dalam melaksanakan ibadah ini. Wasalam
Selasa, 17 April 2012
Mengapa Gaji Itu Perlu ?
Dalam apa bidang pekerjaan pun, kita bertujuan untuk mendapatkan gaji. Gaji itulah untuk kita menyara diri dan juga keluarga. Dan di negara kita gaji dibayar mengikut tahap pendidikan dan juga kepakaran. Sebab itu ada peperiksaan awam, sebagai kayu pengukur untuk membezakan pekerja di sektor awam. Tahap pendidikan inilah yang dijadikan asas perbezaan gaji yang dibayar oleh pihak kerajaan. Perkara ini tentulah sudah dimaklumi oleh semua orang dan sudah tidak perlu dipersoalkan lagi. Kalau tidak peperiksaan awam di negara kita tidak mempunyai nilai lagi. Lanjutan daripada itu tentulah sistem persekolahan kita akan hancur.
Dalam sektor swasta, disamping masih mengutamakan tahap pendidikan, maksudnya kelulusan dalam peperiksaan awam, juga telah mengambil kira tahap kepakaran dan kebolehan sebagai elemen tambahan dalam perbezaan pemberian gaji. Tetapi sektor swasta amat mengutamakan merit dan bagaimana seseorang pekerja itu dapat mengekalkan kepakaran dan kebolehannya. Kalau mereka gagal, berkemungkinan besar mereka akan diberhentikan atau dinasihatkan untuk berhenti. Ataupun prestasi perusahaan itu bergantung kepada keupayaan para pekerjanya. Kegagalan mengaji pekerja yang berdaya maju mungkin akan terus melumpuhkan operasi sesuatu perusahaan itu.
Senario ini harus difahami oleh semua orang. Maksud saya yang sudang bekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta. Cuma apa yang memusykilkan adalah keghairahan para pendokong sektor awam sekarang yang berlumba-lumba ingin mengejar kenaikan gaji tanpa memikirkan apakah seimbang dengan kerja yang disumbangkan. Apakah mereka jujur dalam melaksanakan tugas, menepati masa, melaksanakan sesuatu yang produktif terhadap organisasi. Tapi malangnya terdapat segelintir yang menjadi juara tidak berpuas hati ini adalah mereka yang sering ponting, sering menghilangkan diri, curi tulang, dan melakukan pelbagai tipu muslihat yang licik.
Percayalah sahabat-sahabat, bahawa sesuatu itu sudah ditakdirkan. Rezeki kita sama ada kita dalam sektor awam mahupun di sektor swasta sudah tertulis dan itulah rezeki yang bakal kita gunakan untuk menyara anak-anak kita. Tidak perlulah kita buat bising, tidak puas hati, nmengadu domba, mencucuk sana sini hinggakan organisasi menjadi tidak tenteram.

Ahad, 19 Februari 2012
Perubahan Minda
Salam. Semoga sejahtera dan sentiasa sukses selalu. Dalam dunia yang serba mencabar, kita masih sempat untuk berbalah dan bergaduh dalam hal-hal yang tidak sepatutnya. Orang Melayu sepatutnya terus menumpukan kepada usaha memajukan diri, negara dan bangsa. Pada saya prasarana untuk berjaya memang tekah tersedia dan menunggununtuk dimanfaatkan. Tapi sayang kita masih rela berebut pada sesuatu yang sudah menjadinhak kita. Pada saya ketua atau idola kepartian sudah tidak penting lagi. Yang seharusnya diberi tumpuan ialah bagaimana untuk kita memajukan diri kita demi menkamin kelangsungan kewujudan kita di dunia ini. Kalaumkita benar-benar nak membela bangsa dan agama, saya rasa kita perlu menolak perjuangan kepartian yang sempit.
Saya begitu kagum dengan Lee Kuan Yu, tentang bagaimana dia mampu menguasai minda dan pemikiran Melayu Singapura untuk terus tunduk kepada dominasi kekuasaannya. Saya membaca memoirnya dan sayantidak hairan bagaimana dia berjaya dengan misinya. Ketika orang-orang Melayu sibuk berhibur dimkelab-kelab malam, ketika orang-orang Melayu sibuk menjual tanah-tanah kerana nak berhibur, Lee Kuan Yu telah ke London untuk belajar undang-undang. Dia ada visi yang entah bagaimana boleh terjadi. kalau kita masih ingat bukannya tidak ada orang- orang Melayu yang hebat seperti Sdr Yusof Ishak, Presiden Melayu terakhir Singapura. Tapi semuanyantidak sehebat pemikiran Sdr Lee Kuan Yu yang boleh menjangkau ke hadapan.
Sdr Lee Kuan Yu juga boleh begitu bermesra dengan orang Melayu. Diamboleh makan, minum, berpakaian Melayu seperti bersongkok untuk mencari pengaruh. Kita tahu bahawamorang Melayu memang begitu menerima orang luar. Lebih-lebih lagi jika orang luar itu bersedia menjalin hubungan mesra dengan mereka. Dan inilah yang sebenarnya terjadi di Singapura. Satu peristiwa trajis bagi orang-orang Melayu. Kesan dan akibatnya apabila kita lebih mempercayai orang lain, bangsa lain untuk memperjuangkan untung nasib kita sendiri.
Natijah daripadaperistiwa tsebut, orang-orang Melayu sepatutnya gusar akan akibatnya. Tapi apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang memang amat mengecewakan. Kita orang-orang Melayu memang tidak pernah serik dan sentiasa alpa kepadanperistiwa lama. Sayansentiasa berharap agar fenomena ini akan berubah dan orang-orang Melayu selamat di umi tanah airnya sendiri.

Isnin, 23 Januari 2012
Muhasabah Diri
Sektor Pehidmatan awam di Malaysia adalah satu contoh sistem perkhidmatan awam yang eficen di rantau Asia, kalaupun bukannya di dunia. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan berterima kasih kerana kita telah mewarisi sistem perkhidmatan awam yang ditinggalkan oleh pihak penjajah British. Selepas merdeka sistem itu telah mengalami perubahan, penambah baikan hasil daripada buah fikiran anak-anak muda selepas merdeka. Dan hasilnya kita dapat terus menikmati sistem perkhidmatan awan yang jauh lebih baik daripada negara-negara lain, hatta yang pernah menjadi bekas tanah jajahan British. Ini bermakna hasi usaha dan buah fikiran rakyat kita sendiri hingga menyebabkan keadaan sekarang terjadi.
Awal sebelum menjelangnya tahun 2012, sektor perkhidmatan awam dikejutkan dengan SBPA. Pengenalan SBPA adalah hasil gabungan usaha untuk memenuhi kecemerlangan sektor ini dan juga memenuhi hasrat keseluruhan kemahuan penjawat awam. Penjawat awam seharusnya faham bahawa apa juga sistem baru diperkenalkan sudah tentulah ingin terus memperbaiki sistem yang sedianada. Hal ini menyebabkan ahli sektor awam menerima pilihan ini. Untuk mempersoal kewajaran untuk menandatangani opsyen inipun, saya rasa ahli sktor awam, tidak wajar untuk mempertikai. Pilihan untuk menerima atau menolak sudah tidak ada maknanya, kerana kita berkhidmat dalam satu organisasi.
Saya menjadi risau bila memikirkan sesetengah individu itu sering mempertikai itu dan ini, seolah-olah mereka lebih berkuasa dalam melaksanakan sistem dan perjalanan negara. Saya fikir tidak juga wajar apabila gelagat mereka seolah-olah merekandipaksa. Dan paling malang sekali mereka cuba memusuhi pihak perkhidmatan awam. seharusnya kita sebagai kaki tangan PA, perlu memikirkan apakah peranan kita untuk terus melonjakkan prestasi kerja. Bolehkah kita menyumbang? Boleh tak kita deliver? Apakah impak dengan wujudnya kita dalam PA.
Saya fikir pada subuh-subuh begini, selepas subuh kita menginsafi dan berasa bersyukur kita berada di bumi bertuah ini. Anggaplah Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Malaysia ini sebagai kita punya dan kita harus mendukungnya untuk terus berjaya. Janganlah kita biarkan diri kita termakan pujukan parasit-parasit yg sememangnya ingin menjahnamkan kerajaan yang baik dan cemerlang ini. Wasalam
-

Ahad, 22 Januari 2012
Idea di pagi Tahun Baru Cina
Salam. Sudah begitu lama saya tak menjenguk Blog saya ni. Sementalahan saya sibuk melayan perkara-perkra lain yang ada kaitan dengan pekerjaan. Saya selalu berfikir bahawa orang berilmu itu kadang-kadang agak sukar untuk mengeluarkan pendapatnya. Hal ini mungkin disebabkan dalam budaya kita amat tidak menyenangi kita mengeluarkan idea baru, pendapat mahupun saranan baru, kerana kita akan dianggap sebagai ' suka memandai-memandai' atau lebih parah lagi ada yang mengatakan kita ini sebagai ' Kaduk dah naik junjung'. Fenomena ini wujud dalam budaya Melayu yang tanpa kita sedari telah membantutkan perkembangan ilmu dan lonjakan kemajuan dalam kalangan orang-orang Melayu. kita yang memegang tampuk kekuasaan dalam apa juga institusi, sepatutnya menyedari bahawa idea dan pendapat yang baik dan revolusionar itu mesti datangnya daripada kita. Hatta pekerja di peringkat bawahanpun kalau kita beri peluang, mereka mampu mengeluarkan idea dan pendapat yang mantap dan kemudian boleh diaplikasikan dalam organisasi kita.
dalam soal perancangan, kita sepatutnya memahami apakah yang dimaksudkan perancangan itu. Perancangan sepatutnya disertai dengan bagaimanakah cara untuk merealisasikan objektif kita itu. Inisiatif perlu kita kemukakan terlebih dahulu, barulah kemudiannya kita boleh merancang berdasarkan kerangka yang kita sediakan. kalau tiada strategi bagaimanakah sesuatu objektif itu boleh dicapai. Saya amat maklum bahawa sesuatu kejayaan perancangan itu perlu bersandarkan kepada sumber pelaksana. Dalam konteks kita, sama ada sumber manusia kita itu mempunyai kepakarannya atau tidak. Kita juga perlu pastikan sama ada pelaksana itu memahami atau tidah Misi dan Visi yang telah kita cadangkan. Kepaduan dari segi sumber manusia, kepakaran dan keilmuan seharusnya diambilkira terlebih dahulu. hal ini demikian saya rasa, kerana pada akhirnya kita pelaksana inilah yang akan dipersalah jika perjalanan perancangan kita itu terbantut ataupun tidak menepati sasarannya.
Sekian, idea untuk pagi ini, wasalam

Khamis, 1 September 2011
Selamat Hari Raya - 2011
Salam. Saya ucap Selamat Hari Raya Eid Fitri. Saya mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon keampunan daripada pelawat blog saya, andainya saya tergelincir lidah, tersilap cakap, dan tersilap kata-kata. Kita manusia ini memang serba kekurangan dan kealpaan, tentunya saya juga demikian, sebagai insan biasa yang serba kekurangan dan sentiasa terdedah kepada membuat kesilapan kerana saya juga manusia. Selagi manusia itu masih lagi hidup di dunia ini kita tentunya masih terdedah untuk membuat kesilapan. Kita bukannya maksum seperti Nabi jadi janganlah kita sentiasa suka untuk menyalahkan orang kerana kita juga ada membuat kesilapan.
Berakhirnya kita menjalani ibadah puasa, kita menyambut sambutan hari raya menandakan kita telah berjaya melepasi ujian Tuhan pada tahun ini dalam konteks amalan berpuasa. Tetapi kita mungkin alpa sebahagian besar daripada kita menyambutnya dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Kita kadang-kadang menggunakan alasan untuk anak-anak dan isteri untuk mententeramkan hati kita kerana telah berbelanja dengan begitu banyak. Kadang-kadang terfikir, bagi kita golongan bawahan ini, habis simpanan kita dalam setahun kita leburkan dalam masa tidak beberapa hari sahaja demi untuk menyambut sambutan hari raya ini. Yealah hidup kita ini kadang-kadang untuk mengembirakan siapa, kalau bukan untuk anak-anak dan iateri. Saya selalu berfikir alangkah gembiranya kalau dapat mengembirakan keluarga, terutama anak-anak dan isteri. Bagi saya, 'Rumahku itu syurgaku'.
Saya berfikir tidak menjadi masalah kita habiskan perbelanjaan dengan begitu banyak untuk keluarga. Kerana saya percaya keharmonian masyarakat kita seharusnya berpunca daripada kerukunan institusi kelaurga itu sendiri. Kita tidak perlulah memikirkan mengapa akhlak remaja sekarang ini semakin mendesak, banyak yang terlibat dalam gejala yang negatif. Kita tidak perlu berkempen untuk membanteras gejala sosial ini memadailah saya fikir kita lihat semula peranan institusi keluarga itu.
Oleh itu saya rasa disamping kita bergembira menyambut ed almubarak ini sudilah kiranya kita menyemak semula peranan kita sebagai ketua keluarga, ketua masyarakat mahupun yang ada kuasa, kita barmuhasabah diri agar kita sekurang-kurangnya ada peranan untuk membetulkan segala kepncangan masyarakat kita mutakhir ini, wasalam.

Rabu, 24 Ogos 2011
Sejarah Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Dr.Hussin Bin Sarif
IPG Kampus Tun Hussein Onn.
GENERASI hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.
Perkataan “Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur. Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.
Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).
Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).
Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16. Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum.
Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri-(tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.
Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai “iouta”. Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.
Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis.
Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M.
Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya. Dengan prasyarat penutur bahasa Melayu itu sendiri perlu mempunyai jiwa dan kekuatan dalaman untuk terus memertabatkan bahasa yang bertuah ini.
Kesimpulannya: Saya amat berharap agar apa yang saya tulis dan kemukakan ini dapat di hayati dan difahami. Jangan pembaca prejudis terhadap apa yang saya tuliskan ini, cuma cubalah difikir-fikirkan ada tak kebenarannya.

Isnin, 22 Ogos 2011
Bahasa Yang Maju Bagi Bangsa Yang Maju
Dr. Hussin Bin Sarif.
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
83000 Batu Pahat.
Salam, semoga sejahtera ke atas anda yang saya kasihi. Sudah lama saya tidak menulis. Memang saya betul-betul sibuk dan selalunya tidak ada yang mendesak untuk menulis. Tetapi saya tetap konsisten untuk memperjuangkan bahasa Melayu iaitu bahasa leluhur saya. Bagi saya walau di mana-mana saya berkesempatan untuk bercakap sama ada dalam pertemuan-pertemuan akademik mahupun dalam seminar-seminar, kelangsungan bahasa Melayu untuk terus popular digunakan oleh penutur seharusnya bersandarkan kepada kerelevanan fungsinya. Saya sering mengemukakan faktor kemajuan sebagai asas penggunaan bahasa. Orang akan berusaha mempelajari bahasa bagi bangsa yang maju. Natijahnya kemajuan itu sebagai rahsia kemajuan sesebuah bahasa itu.
Ada orang berpendapat bahawa sesuatu bangsa tidak akan maju jika bahasanya tidak maju. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘bahasa yang maju’? Adakah maksudnya tatabahasa atau nahu bahasa itu lebih maju daripada nahu bahasa lain? Kalau ya, apakah ukurannya? Sebenarnya, semua bahasa mempunyai tatabahasa atau nahunya sendiri, yang tidak sama dengan peraturan tatabahasa lain, walaupun ada kalanya peraturan tatabahasa itu, kebetulan sama. Kita tidak mencipta peraturan linguistik atau nahu bahasa kita, tetapi sistem itu sudah ada sejak asal sejarah bahasa kita.
Adakah sesuatu bahasa itu dikatakan maju apabila istilah dalam bahasa itu lebih kaya atau lebih banyak daripada jumlah istilah dalam bahasa lain? Hakikatnya, perbendaharaan kata dan jumlah istilah dalam mana-mana bahasa tidak pernah ‘lengkap’ atau tuntas. Setiap hari ada sahaja perkataan atau istilah baharu yang terbentuk dalam sesuatu bahasa. Bahasa Inggeris, misalnya, sentiasa menerima istilah baharu, terutama dalam bidang teknologi komputer. Istilah yang ‘pelik-pelik’ digunakan, misalnya ‘virus’, ‘mother board’, ‘bus’, ‘mouse’, ‘thumb drive’ dan berpuluh-puluh yang lain seumpamanya untuk menyatakan benda, sistem, teknologi atau idea baharu dalam bidang teknologi komputer. Hanya bahasa yang tidak berkembang lagi yang tidak melahirkan istilah baharu.
Charles Ferguson, seorang pakar sosiologi kemajuan bahasa mengatakan,
“bahasa yang maju (a developed language) ialah bahasa yang mempunyai tiga ciri, iaitu:
(a) bahasa itu sudah mempunyai tradisi atau sistem tulisan;
(b) bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam bahasa yang disebut ‘a
(b) supradialectal form’, iaitu ragam bahasa baku yang tidak sama lagi dengan pelbagai dialek yang terdapat dalam bahasa itu; dan
(c) ) bahasa itu mempunyai ciri modernisasi (maksudnya, bahasa itu berupaya menterjemahkan bentuk-bentuk wacana moden dari bahasa lain yang sudah maju dan maju)”.
Ini bermakna bahasa Melayu sudah maju sejak sekurang-kurangnya abad ke-14. Sejak abad itu bahasa Melayu sudah mempunyai sistem tulisan yang lengkap, iaitu tulisan Jawi yang digunakan untuk mengarang pelbagai kitab, hikayat dan surat rasmi kerajaan. Hikayat Melayu bertulisan Jawi yang pertama ialah Hikayat Raja Pasai yang dipercayai dikarang di Pasai (Aceh kini) beberapa tahun selepas tahun 1360. Sejak abad itu juga ragam bahasa Melayu baku, atau ragam bahasa Melayu persuratan telah wujud dan berkembang, bermula dengan hikayat tersebut, dan mulai abad ke-15 atau ke-16 bahasa Melayu baku atau bahasa Melayu persuratan inilah yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Melayu-Islam di seluruh rantau Nusantara.
Profesor A.A Teeuw (1962) berpendapat bahawa bahasa Melayu ‘moden’ telah berkembang sejak abad ke-17, dan antara pemikir Melayu yang ‘mempelopori’ bahasa Melayu moden ini ialah Hamzah Fansuri, pengarang dan pemikir tasawuf agung Melayu dari Aceh. Prof Muhd Naquib Al-Attas juga berkata bahawa bahasa Melayu ‘moden’ sudah berkembang dalam abad yang sama setelah Hamzah Fansuri mengembangkan fikiran yang ‘saintifik dan rasional’ dalam karya-karyanya.
Oleh itu, yang memajukan bahasa itu ialah pengguna bahasa itu. Jika kita maju, misalnya dalam badang ilmu, dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikirannya, sudah tentulah bahasa kita juga turut maju sebagai bahasa ilmu. Jika kita banyak menghasilkan karya ilmu bermutu tinggi, dalam bidang apa pun, termasuk dalam bidang sains dan teknologi, dalam bahasa kita sendiri, sudah tentulah bahasa Melayu akan mempunyai kepustakaan ilmu yang kaya dan banyak. Dengan itu, para ilmuwan dari tamadun atau bahasa-bahasa lain akan tertarik untuk mempelajari ilmu yang terdapat dalam bahasa Melayu itu.
Jelas, untuk menjadi bangsa yang mempunyai kelebihan atau ‘nilai tambahan’ dalam apa jua bidang, kita hendaklah berfikir dan mencipta dalam bahasa kita sendiri. Salah satu sebab mengapa sesuatu bangsa itu ‘tidak maju’ ialah mereka tidak mampu berfikir secara kreatif dan mencipta idea-idea, ilmu dan teori-teori baharu dalam bahasa mereka sendiri, kerana mereka tidak menguasai bahasa ragam tinggi. Mereka lebih menguasai bahasa Inggeris untuk ‘berfikir tinggi’, tanpa menyedari bahawa sebenarnya mereka lebih banyak mengulangi atau meniru fikiran atau ilmu yang sudah diciptakan oleh orang Inggeris. Bangsa yang meniru fikiran atau budaya orang lain tentunya tidak akan mampu mengatasi atau bersaing dengan bangsa yang menjadi ‘model’ yang ditiru itu.
Oleh itu, tiga perkara perlu kita sedari untuk menjadi bangsa yang mampu mencipta kelebihan. Pertama, kita hendaklah menyedari bahawa bahasa Melayu sudah maju sejak ratusan tahun lamanya, dan merupakan salah satu bahasa yang terbesar di dunia. Kedua, bahasa Melayu, sebagai sistem bahasa (linguistik) mampu menjadi ‘alat’ untuk melahirkan apa sahaja fikiran, idea, ilmu, teori dan sebagainya dengan syarat kita berusaha berfikir dalam bahasa Melayu ragam tinggi, bukan dalam bahasa pasar yang bercampur aduk dengan unsur Melayu-Inggeris. Bangsa yang menggunakan bahasa campur aduk Melayu-Inggeris menandakan bangsa itu tidak maju dalam budaya dan fikirannya. Contohnya, bangsa Papua New Guinea, Hawaii dan Tahiti, yang menggunakan bahasa kacukan, misalnya bahasa ‘Pidgin’ atau ‘Creol’, ialah bangsa yang tidak maju. Ketiga, bahasa Melayu akan terus maju apabila kita maju dalam apa jua bidang dengan menggunakan bahasa kita sebagai alat kemajuan itu.

Sabtu, 7 Mei 2011
Hanya Pendapat Saya.
Saya bercakap dalam seminar,forum atau apa juga pertemuan ilmiah tentang bahasa bahawa memertabatkan bahasa Melayu bukannya hanya setakat berkempen, angkat spanduk dan juga mengapi-apikan semangat nasionalisme bahasa tetapi seharusnya disertai dengan usaha menjadikan bahasa ini sebagai bahasa yang perlu dipelajari dan digunakan. Semenjak negara kita merdeka sehinggalah negara sudah mengecapi kemerdekaan ini selama lebih lima puluh tahun tetapi kita masih gusar tentang masa depannya. Tentunya perasaan itu tidak timbul jika kita menjadi bangsa yang maju dan selari dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Bangsa Jepun, Cina, India, Australia, Amerika, Perancis, dan sebagainya. Mereka maju dalam segala bidang dan secara tidak langsung bahasa mereka menjadi berkembang, tanpa ada program-program berkempen.
Kehidupan di dunia moden ini selain daripada keperluan rohani kita juga perlu memenuhi keperluan jasmaniah. Kita perlu makan, kita perlu minum dan kekayaan ini memerlukan kita maju dan menguasai ilmu untuk menjadi maju. Tapi sayangnya bangsa kita tidak demikian fikirannya. Nak maju sedikit kita dipersenda. Nak maju sikit kita dituduh pengikut politik yang tidak betul. Kita kaya sedikit, kita dituduh rasuah, kita maju sedikit, kita dituduh kroni. Dilema ini terus menghantui kita. Saya selalu mengingatkan bahawa penutur bahasa Melayu tentunya menjadi bangsa yang maju. Kalau bangsa kita maju, orang-orang lain akan berlumba-lumba untuk belajar bahasa Melayu. Jadi kita tak payah perlu berkempen, dan memasang sepanduk sana sini. Analoginya begini, mengapa kita nak belajar bahasa Inggeris, kerana bahasa Inggeris tu dituturkan oleh orang yang maju. Mengapa kita nak belajar bahasa Perancis, kerana bahasa Perancis banyak digunakan oleh orang di dunia ini. Tetapi kalau kita tanya kepada orang mengapa kita nak belajar bahasa Melayu, saya suka menjawab kerana kita nak tahu mengapa orang yang menggunakan bahasa Melayu itu menjadi malas, tak menguasai teknologi, suka mengadu domba, suka bercakaran sesama sendiri, suka menikan kawan dari belakang dan suka mengumpat serta memburuk-burukan hatta kawan, sedara mara sendiri.
Kita juga mungkin tidak terburu-buru untuk belajar bahasa orang asli, bahasa Tamil ( dalam konteks negara kita )kerana persepsi negati kita terhadap kedua-dua bahasa tersebut. Begitulah persepsi orang-orang luar tentang kepentingan untuk mempelajari bahasa Melayu. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang saya utarakan sama ada kebenanrannya atau tidak. Terima kasih.

Ahad, 1 Mei 2011
Pragmatik
PRAGMATIK
Dalam komunikasi, satu maksud atau satu fungsi dapat diungkapkan dengan berbagai bentuk/struktur. Untuk maksud “menyuruh” orang lain, penutur dapat mengungkapkannya dengan ayat imperatif, ayat deklaratif, atau bahkan dengan ayat interogatif. Dengan demikian, pragmatik lebih cenderung ke fungsionalisme daripada ke formalisme. Pragmatik berbeza dengan semantik dalam hal pragmatik mengkaji maksud ujaran dengan satuan analisisnya berupa perlakuan bercakap (speech act), sedangkan semantik merujuk kepada makna satuan lingual (kata atau ayat) dengan satuan analisisnya berupa erti atau makna.
Kajian pragmatik lebih menitikberatkan pada ilokusi dan perlokusi daripada lokusi sebab di dalam ilokusi terdapat daya ujaran (maksud dan fungsi tuturan), perlokusi berarti terjadi tindakan sebagai akibat dari daya ujaran tersebut. Sementara itu, di dalam lokusi belum terlihat adanya fungsi ujaran, yang ada barulah makna kata/ayat yang diujarkan.
Pelbagai Lakuan Komunikasi (LK) yang terjadi dalam masyarakat, baik LK representatif, direktif, ekspresif, komisif, dan deklaratif, LK langsung dan tidak langsung, maupun LK harafiah dan tidak harafiah, atau kombinasi dari dua/lebih LK tersebut, merupakan bahan sekaligus fenomena yang sangat menarik untuk dikaji secara pragmatis. Misalnya, bagaimanakah LK yang dilakukan oleh orang apabila ingin menyatakan suatu maksud tertentu, seperti menyuruh, meminjam, meminta, memuji’, berjanji, melarang’, dan memaafkan. Pengkajian LK tersebut tentu menjadi semakin menarik apabila peneliti mau mempertimbangkan prinsip kerja sama Grice dengan empat maksim: kuantiti, kualiti, hubungan, dan cara; serta skala pragmatik dan tahap kesopansantunan yang dikembangkan oleh Leech (1983).

Langgan:
Catatan (Atom)