Blog ini saya khususkan kepada sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat tentang apa-apa sahaja tajuk yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.
Jumaat, 28 Ogos 2009
Pendukung Konsep Struktural
Konsep struktural dalam amalan bahasa adalah sesuatu yang biasa, bahasa yang berstruktur. Walaupun dalam perkembangan bahasa dewasa ini konsep struktural itu disanggah oleh pendapat-pendapat ahli bahasa yang muktahir dalam penghuraian bahasa, tetapi dalam amalan kehidupan biasa konsep struktural atau apa yang orang-orang sekarang merujukinya sebagai ' skema' itu harus dipopularkan. Berstruktur maksudnya kita perlu mengurus perjalanan dan perlakuan hidup kita dengan teratur dan tersusun. Amalan begini akan menyebabkan kita boleh mengorganisasikan perjalanan hidup dengan lebih sempurna lagi.
Pengalaman hidup saya yang sudah mencapai umur 52 tahun ini telah mengajar saya bahawa peraturan hidup itu perlu dilihat sebagai satu kemestian jika kita ingin berjaya. Kalau saya diberi peluang tentu saya ingin memutar kembali kehidupan saya. Hal ini kerana saya memikirkan banyak perkara yang gagal saya lakukan, dan saya juga agak menyesali apa yang saya telah lakukan. Menyesali bukannya tidak berasa bersyukur tetapi saya memikirkan sepatutnya saya boleh melakukan sesuatu itu dengan lebih baik lagi. Walaupun akhir saya tahu bahawa itu semuanya ketentuan dan kada' dan kadar tuhan.
Selain konsep struktural saya juga pendukung konsep pragmatisme. Dalam hidup ini kita harus pragmatis. Sebagai contoh kita laksanakan sesuatu yang kita boleh capai tetapi kalau sudah nyata sesuatu itu tidak mungkin kita capai, kita perlu abaikan. Terimalah sahaja ketentuan ilahi. Sebenarnya disebaliknya ada fadilat dan nikmat tuhan yang amat besar. Wasalam
husin, 28/08/09, 3.05 am
tidak boleh tidur, kerana tidak boleh tidur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan