Jumaat, 22 Januari 2010

Kebijaksanaan mengatasi sikap kurang bersungguh.

Mungkin telah menjadi lumrah bahawa sikap memperkecil dan memandang rendah menjadi sifat orang yang kurang bijak. Orang Melayu selalu bersikap sombong bodoh. Sifat ini menjadi identiti mereka kerana mereka kurang ilmu. Sifat kurang ilmu itu ditambah dengan rasa bongkak. Kalau kita rajin meneliti sifat pemerintah Melaka memang menunjukkan ciri-ciri demikian. Keruntuhan Melaka bukannya disebabkan mitos percintaan seorang perempuan Jawa dengan kelasi Portugis, tetapi disebabkan kebodohan, kedangkalan dan sikap sombong bodoh mereka sendiri.

Kebijaksanaan, dan tipu muslihat telah berjaya mengatasi rasa kurang bersungguh dalam perbincangan. Orang Melaka tidak mengendahkan kesungguhan orang Feringgi untuk menguasai Melaka. Kata-kata Puteri Gunung Ledang seolah-olah memperlekeh keupayaan dengan menawarkan sebidang tanah seluas belulang. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Feringgi untuk mengabui Puteri Gunung Ledang, temenggung dan Laksmana dengan melonggokan emas di atas belulang itu. Maksud orang Feringgi walaupun tanah itu seluas belulang, tetapi pihak mereka telah membeli dengan harga yang mahal.

Orang Feringgi menganggap penghinaan yang dilakukan oleh pemerintah Melaka perlu dilawan dengan kebijaksanaan. Hal ini ternyata apabila orang Feringgi telah memintal belulang menjadi tali yang panjang dan tali itu digunakan untuk melakar kawasan yang lebih luas untuk kemudiannya didirikan gedung yang lebih besar daripada istana raja Melaka sendiri. Banguan itu kemudian dilengkapi dengan persenjataan yang akhirnya dapat mengalahkan negeri Melaka.

Wasalam,
22/01/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan