Khamis, 12 Ogos 2010

Cetusan Minda

Saya sedar, kadang-kadang saya suka mengkritik bangsa sendiri. Bukannya saya sengaja untuk berbuat demikian tetapi saya amat kecewa bangsa kita amat suka untuk memilih pekara-pekara yang negatif dan sebagai akibatnya bangsa kita menjadi mundur, bercakaran sesama sendiri, dan amat malang sekali sanggup bersengkongkol dengan bangsa lain untuk menginjak-injak bangsa sendiri. Saya tidak fahamengapa keadaan ini berlaku, dan keadaannya semakin parah. Saya juga nampak setiap kelompok ini sentiasa mengatakan kelompok mereka yang betul yang lurus sementara yang lain itu korup, tak islamik, taghut dan sebagainya.

Kita juga mungkin tidak sedar bahawa bangsa kita itu banyak perpecahannya, selain dipisah-pisahkan dengan dogma kepartian, kita juga berpecah dalam kelompok fahaman keagamaan, tarekat, NGO dan sebagainya. Dan kita juga perlu sedar di antara kelompok-kelompok ini tidak sama menyokong antara satu dengan lain. Adakah mungkin kelompok yang semakin mengecil ini, boleh mendabik dada bahawa mereka yang betul, sementara kelompok lain itu salah. Sedarlah saudara-saudara sebangsaku, tidak ada pun diantara kelompok itu yang dominan. Akhirnya kesemuanya akan kecundang, kalaupun bukan disebabkan berkonfrontasi dengan bangsa lain, tetapi kita akan hancur akibat bercakaran sesama sendiri.

Saya tidak pasti adakah di kalangan mereka ini, ada yang mendakwa terpelajar, hebat ilmunya, hebat kepakaran sahsiahnya bahawa semangat kesatuan dan kepaduan itu amat penting untuk menjamin kelangsungan bangsa ini untuk terus wujud di dunia ini. Wallahuaklam.

Cetusan minda
drhussin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan