Blog ini saya khususkan kepada sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat tentang apa-apa sahaja tajuk yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.
Jumaat, 26 Jun 2009
Hubungan Sintagmatik
Hubungan sintagmatik adalahhubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan, bersifat linear. Hubungan sintagmatik ini terdapat, baik dalam tataran fonologi, morfologi, maupun sinataksis. Hubungan dalam tataran fonologi boleh dilihat pada urutan fonem-fonem pada sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu. Umpamanya pada kata kita, terdapat hubungan fonem-fonem dengan urutan / k,, i, t, a/. Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak bermakna sama sekali.
Cth:
kita
kiat
kati
kait
ikat
Hubungan dalam tataran morfologi boleh dilihat pada urutan morfem-morfem pada suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata tersebut. Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna langsung.
Cth:
segi tiga
tiga segi
barang kali
kali barang
Hubungan sintagmatik pada tataran sintaksis boleh dilihat pada urutan kata-kata yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa mengubah makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali.
Cth:
Hari barangkali dia sakit
Barangkali dia sakit hari ini
Dia sakit hari ini barangkali
Dia sakit barangkali hari ini.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan