Selasa, 23 Jun 2009

Peranan Kognisi

Pada setiap masa minda kita dihadapkan dengan pelbagai maklumat yang biasanya kurang mampu untuk diterima dan diintrepretasi olehnya. Untuk menghadapi situasi ini minda akan ditugaskan untuk mengingati dan memilih informasi yang boleh meningkatkan maklumat. Minda perlu memilih informasi yang membolehkannya mencapai objektif umum sistem kognitif manusia. Ini bertujuan untuk membolehkan dan memperbaiki pengetahuan umum seseorang tentang dunia persekitarannya secara berkesan. Apakah bentuk informasi yang dapat memenuhi tujuan ini. Informasi yang berupaya menambah dan membina pengetahuan sedia ada, begitu juga informasi yang boleh membetulkan kesilapan tanggapan, dan memberikan peneguhan kepada asumsi yang sedia ada. Dalam semua keadaan ini asumsi seseorang individu terhadap maklumat akan terus diperkuat. Sebaliknya, jika tidak informasi itu tidak menambah pemahaman seseorang kerana maklumat telah sedia ada. Begitu juga dengan maklumat yang tidak meneguhkan asumsi itu atau informasi yang berlawanan kepada maklumat yang lebih sahih. Sistem kognitif tidak berkemampuan menilai sama ada maklumat itu boleh menyumbang, atau meneguhkan dan memperbaiki maklumat sedia ada tersebut. Maklumat sedemikian tidak menyumbang terhadap peningkatan pemahaman. Salah satu prinsip utama teori Relevens adalah dalam satu interpretasi ujaran, proses pemahaman melibatkan proses decode ciri-ciri linguistik, selain itu proses itu juga melibatkan proses kognisi manusia ( Sinclair dan Winckler, 1991 ) Secara ringkasnya sistem kognitif manusia jika ianya efisien berkemungkinan boleh memilih informasi yang ada hubungan dengan maklumat sedia ada. Hal ini membolehkan maklumat itu semakin bertambah baik, lebih bukti dan lebih menghampiri kebenaran. Dalam istilah yang digunakan oleh Sperber & Wilson (1995) maklumat sedemikian melahirkan kesan kognitif yang positif ( positive cognitive effects), dan boleh dikatogerikan kepada tiga jenis iaitu; contextual implication, contextual strengthening dan contextual contradication dan elimination. Tujuan sistem kognitif manusia adalah untuk secara berkesan memperbaiki pemahaman seseorang terhadap sumber maklumat. Segala informasi yang secara berterusan diterima dan memberi impak besar kepada kognitif positif selalunya lebih berkesan. Walau bagaimanapun sistem kognitif manusia hanya boleh mencapai kesan tersebut dengan adanya usaha untuk memproses. Keberkesanan adalah berdasarkan keseimbangan usaha dengan faedah. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa sistem kognitif manusia seharusnya berupaya untuk memilih dan memproses segala maklumat yang memenuhi kehendak kesan kognitif yang positif sebanyak mungkin dengan hanya usaha yang kurang. Sperber dan Wilson mentakrifkan informasi sedemikian sebagai informasi yang releven atau relevant information. According to Sperber and Wilson the general goal of human cognition is to improve the individual’s knowledge of the world as well as the knowledge of himself . (Sinclair and Winckler 1991). Mereka memperkenalkan formula prinsip releven kognitif. Berdasarkan prinsip ini, kognisi manusia memang terarah kepada kerelevenan yang optimum (Sperber dan Wilson 1995, 260). Prinsip ini menyatakan minda secara semulajadinya bersedia untuk memilih maklumat yang paling relevens. Walaupun demikian bukannya semua maklumat itu memberi peneguhan positif kepada seseorang individu. Prinsip ini juga mengambil kira peranan minda tidak semestinya membuahkan hasil yang dikehendaki dalam kes-kes tertentu ataupun bukan semuanya mampu mempercepatkan pemahaman ( Sperber & Wilson 1995, 261-263 ). Tapi prinsip ini mempunyai impak yang tertentu dalam komunikasi ostensif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan