Ahad, 5 Julai 2009

Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata, tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja, kedudukan objek, subjek, peredikat dan struktur ayat. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif tak transitif. Contoh:1. Mereka sedang membaca buku.(aktif transitif)2. Kami sedang berbua-bual di anjung rumah.(aktif tak transitif) Dalam ayat 1, mereka merupakah subjek yang diutamakan, kata kerja membaca diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut. Dalam ayat 2, kata ganti kami merupakan perkataan yang diutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumah hanyalah frasa keterangan tempat dan bukan objek.Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat aktif transitif yang mengalami perubahan struktur. Contoh:1. Buku itu saya baca.2. Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Intan. Dalam ayat 1, Buku itu ialah subjek dan saya baca ialah predikat. Dalam ayat 2, Panggilan telefon ialah subjek, dan telah dijawab oleh Puan Intan ialah predikat. Kesimpulannya, penutur bahasa Melayu jati amat gemar menggunakan ragam pasif. Hal ini mungkin disebabkan sifat semula jadi peribadi mereka yang suka merendah diri atau mungkin disebabkan oleh perasaan ingin menghormati orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan