Blog ini saya khususkan kepada sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat tentang apa-apa sahaja tajuk yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.
Isnin, 6 Julai 2009
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Dogma
Teks Melayu 'Aqaid al-Nasafi mengajar tentang hal-hal yang berhubung dengan agama dan akidah agama Islam. Dalam hal ini, teks tersebut bersifat dogmatik, dan tujuannya jelas daripada penyampaian dan bahasa yang digunakannya. Dengan itu kita dapat mengatakan bahawa bahasa Melayu dalam teks berkenaan bukan semata-mata memegang peranan sebagai bahasa ilmu pada amnya, tetapi juga merupakan teks yang mengajar akidah agama. Denga itu, lebih baik jika bahasa yang digunakan itu dinamai bahasa dogma. Peranan sebagai bahasa dogma tidak terdapat pada bahasa Melayu dalam Kitab Mujarrabat.
Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa dogma banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab. Istilah-istilahnya merupakan pindahan atau terjemahan daripada istilah Arab, kerana dari situlah ilmu pengetahuan yang berkenaan diturunkan. Cara mengungkapkan fikiran untuk mengajar atau menurunkan ilmu pengetahuan itu juga memperlihatkan pengaruh daripada cara atau gaya yang terdapat dalam bahasa Arab. Kita dapat membuat kesimpulan bahawa daripada bukti-bukti yang ada pada kita, bahasa Melayu sebagai bahasa dogma bermula dengan kedatangan ajaran Islam ke Alam Me;ayu. Tidak ada bukti tentang bahasa Melayu sebagai bahasa dogma sebelum tarikh itu. Biasanya bahasa yang digunakan untuk tujuan mengajar dikenal sebagai bahasa didaktik. Berdasarkan itu juga kita dapat mengatakan bahawa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dogma itu jauh lebih lama daripada peranannya sebagai bahasa didaktik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan