Selasa, 7 Julai 2009

Kebijaksanaan Minda Melayu

Berdasarkan perbincangan yang serba ringkas tentang sifat pemikiran Melayu itu jelaslah bahawa bangsa Melayu bijak berfikir, sehingga kita boleh mengatakan bahawa jikalau orang Melayu mampu mengungkapkan beberapa banyak rangkap pantun secara lisan dan secara spontan, atau mencipyakan peribahasa yang diungkapkan dalam bahasa yang padat dan tersukat, mereka tentulah mampu menjadi ahli matematik dan ahli sains yang handal. Bahasa sains tidak sekreatif bahasa pantun dan bahasa peribahasa. Jikalau ahli sains mencipta konsep yang kadang-kadang abastrak, pemikir Melayu yang menciptakan peribahasa dan pantun juga mencipta konsep yang abstrak. Bezanya ialah, jikalau ahli sains terpaksa bergantung kepada istilah yang mempunyai 'makna' yang tepat exact dan tetap dalam bidang simiotik/semiotologi. ini disebut fixed-code seniman atau pemikir Melayu yang kreatif itu mencipta bahasa figuratif, bahasa metaforik, untuk mengungkapkan konsepnya atau makna secara supraleksikal atau supraliteral. Proses kognisi ini tidak mudah dipelajari atau diajarkan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan untuk berfikir secara kreatif, sedang ilmu matematik tidak sukar dipelajari. Seorang ahli matematik bukan bangsan Melayu pernah mengatakan, jika anak Melayu-Islam boleh menghafal al-Quraan, tentu mudah bagi mereka untuk menghafal formula sains dan matematik. Jikalau kita hairan bagaimana orang boleh pintar dalam matematik, kita sepatutnya hairan juga bagaimana ada orang Melayu dahulu kala yang dapat mengungkap pantun baru dalam bahasa berangkap dan mengaitkan pembayang maksud dengan maksud pantun itu secara spontan, atau bagaimana kanak-kanak dapat menghafal seluruh al-Quraan. Wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan