Selasa, 7 Julai 2009

Memaksimumkan Penggunaan Otak

Anugerah tuhan kepada manusia amat istiemewa. Mereka dijadikan berpasan-pasangan supaya kesinambungi genarasi dapat diteruskan. Selain daripada itu, hampir semua anggota badan manusia diberi berpasang-pasangan supaya dapat membantu menjalani penghidupan dengan lebih baik. Sekadar contoh, kita mempunyai mata kiri dan mata kanan, tangan kiri dan tangan kanan, kaki kiri dan kaki kanan, jantung kiri dan jantung kanan, telinga kiri dan telinga kanan. Supaya taraf kemanusiann kita dapat dijaga , maka kita dianugerahkan pula akal fikiran yang terletak dalam satu organ bernama otak. Otak kita juga dalam keadaan berpasangan, otak kira dan otak kanan. Orang yang dapat menggunakan kemahiran kedua - dua belah tangannya untuk menulis tentunya baik daripada mereka yang dapat menggunakan kemahiran sebelah tangan. Begitu juga seorang pemain bola sepak yang boleh bermain dengan menggunakan kemahiran kedua-dua belah kakinya sudah tentu lebih baik daripada pemain yang hanya mempunyai kemahiran bermain dengan sebelah kaki sahaja. Bagitulah juga dalam penggunaan otak. Untuk manusia menjadi lebih berberkrampilan, dan seimbang dari aspek rohani dan jasmani , sewajarnyalah ia perlu berkemahiran menggunakan kedua-dua belah otaknya dengan berkesan semasa berfikir. Konsep dan teori tentang otak , telah dipelopori oleh Dr. Roger Sperry dan rakan-rakan beliau di California Institut Of Technology. Mereka telah menjalankan penyelidikan tentang otak manusia melalui eksperimen dengan menjalankan pembedahan ke atas otak. Melalui proses surgeri mereka telah berjaya mengasingkan hemisfera otak kira dan hemisfera otak kanan dan seterusnya menguji kemampuan setiap hemisfera berfungsi dalam proses berfikir.Dapatan menunjukkan bahawa setiap hemisfera otak mempunyai stor memori yang tersendiri dan memainkan peranan yang berlainan dalam proses berkifir. Hemisfera otak kiri berfungsi mengelola proses-proses pemikiran yang melibatkan logik, penilaian, percakapan dan kemahiran yang bersifat kuantitatif., sementara hemisfera otak kanan lebih tertumpu kepada mengelola proses-proses pemikiran yang bersumberkan imaginasi, impian, perasaan, emosi, visualisasi dan intuasi. Bagaimanakah kedua-dua hemisfera otak kita berfungsi? Katakan kita cuba mengingati nama seorang kawan kita, kita sebenarnya menggunakan fungsi hemisfera otak kiri sementara apabila kita cuba mengenali raut mukanya kita menggunakan fungsi hemisfera otak kanan. Hal yang sama berlaku ,jika kita membaca buku bagaimana cara bermain golf, kita menggunakan fungsi hemisfera otak kiri dan apabila kita mengalami "keseronokan dan kepuasan " bermain golf merupakan fungsi hemisfera otak kanan. Kedua-dua contoh menerangkan kepada kita bahawa dalam proses berfikir fungsi kedua-dua hemisfera otak kita seakan-akan memainkan peranan masing-masing dalam satu perkongsian. Hemisfera otak kiri mengelolakan perkara-perkara logik dan bahasa sementara hemisfera otak kanan pula memproses perkara-perkara imiginasi dan visualisasi, yang sukar dibentangkan melalui perkataan dan simbol. HEMISFERA OTAK KIRI HEMISFERA OTAK KANAN Kita memiliki dua belah kaki yang kita amat mahir untuk berjalan, berlari, melompat . Kita belajar kemahiran menggunakan ke dua-dua belah kaki sejak detik kita mula belajar berjalan. Keadaan ini sama juga dengan otak kita yang sememangnya dianugerahkan tuhan sejak kita dilahirkan. Bezanya ialah apabila kita mula menjejak kaki ke alam persekolahan, kognitif kita telah dijuruskan kearah yang seakan-akan menumpu kepada satu bahagian otak sahaja dan mengabakan bahagian yang satu lagi. Oleh kerana kreativiti adalah fungsi secara berkongsian hemisfera otak kira dan kanan maka sudah tentu semua manusia memilikinya. Kesilapan kita ialah kerana melihat kreativiti sebagai anugerah tuhan kepada manusia-manusia tertentu dan menafikan hak manusia lain dalam aspek ini. Dalam pendidikan, kurikulum usang kelihatan memberi penekanan kepada penggunaan satu hemisfera otak sahaja dan boleh dianggap punca " kecatatan " pemikiran generasinya. Sistem pendidikan kita seolah-olah mengajar generasi pelajar kita kemahiran logik semata-mata. Justeru itu sistem penilaian dalam pendidikan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap mereka yang memiliki tahap pemikiran logik yang "tinggi" . Di sebelah tabir realiti penghidupan terbukti ramai yang berjaya dengan cemerlang dalam penghidupan sebenar walhal semasa di bangku sekolah mereka tidak cemerlang mengikut kayu sistem pendidikan kita. Persoalannya ialah, adakah logik semata-mata sebagai teras kurikulum dapat menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan? Sistem pendidikan kini cuba mencari jawapan kepada fenomena ini dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir (selepas ini KBKK) sebagai komponen dalam kurikulum terkini. KBKK sebagai komponen dalam kurikulum bertujuan untuk membudayakan pelajar-pelajar kita memaksimumkan penggunaan otak. Terdapat dua dominan dalam KBKK iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. Kemampuan minda kita menilai kemunasabahan sesuatu idea , meneliti kebernasan dan menjelaskan sebab-sebab dengan hujah yang bernas tergolong dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula merujuk kepada kemampuan minda kita menerokai kemungkinan-kemungkinan baru dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan keupayaan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru. Penyampaian KBKK dijalankan secara penyebatian dalam semua atapelajaran. Instrumen-instrumen yang membantu pengajaran KBKK ialah Pengurusan Grafik, bahan ransangan, soalan-soalan refleksi dan metakognitif. BIBLIOGRAFI Ainon dan Abdullah ( 1995 ). Teknik Berfikir : Konsep dan Proses. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. BPG. ( 1995 ) Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif - Model Pengajaran dan Pembelajaran. Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kuala Lumpur. Marzano. R.J. e.t. al ( 1989 ). Dimensions of Thinking: A Framework For Curriculum and Instruction. Elexanderia , VA : ASCD. Yong, L. dan Chia Chee Fen ( 1994 ). Pemikiran Kreatif : Penyelesaian Masalah Secara Kreatif, KL : Arena Buku Sdn. Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan