Orang Melayu mempunyai pegangan hidup yang agak unik. Pegangan hidup mereka ialah sesuatu itu telah ditentukan di dalam hidup manusia – ada ‘qada’ dan ‘qadar’ yang menentukan kehidupan. Hal ini secara lojik memberi legitimasi pada tingkah laku sederhana.
Persoalan determinisme dalam hidup yang berkait rapat dengan agama Islam adalah satu faktor besar yang amat memberi kesan kepada bangsa Melayu. Kadang kala hal ini merupakan jalan keluar atau alasan bagi setengah-setengah golongan untuk tinggal pasif. Kurang terlintas pada mereka bahawa dinamik determinisme adalah hal yang lebih relevan dalam soal ini sederhana dan ‘ psyche’ orang Melayu. Konsep sederhana sedikit sebanyak ada sumbangannya pada pembentukan pemikiran perasaan dan tingkal laku yang dinamakan sederhana dalam masyarakat Melayu.
Sederhana yang menjadi falsafah pegangan dan nilai telah menampilkan Malay self Melayu dengan beberapa pemikiran dan tingkah laku. Secara besar terdapat tiga Malay self yang ada hubungannya dengan falsafah sederhana.
Kumpulan pertama cuba mengamalkan falsafah sederhana dalam kehidupan sehari-hari. Individu ini tidak begitu enterprising dan kehidupannya serba-serbi sederhana. Ada pula individu daripada kumpulan ini yang pergi lebih jauh dengan mengetepikan langsung aspek duniawi. Pelajar-pelajar yang meninggalkan pengajian mereka dan berkelana berdakwah dan membuang segala-galanya adalah contoh dalam kes ini.
Kumpulan kedua melihat dunia ini dengan ciri individuallisme dan yang sebagainya. Sederhana tidaklah begitu penting bagi mereka dalam dunia yang berbagai-bagai ragam ini. Kejayaan memerlukan persaingan dan sikap sederhana mungkin menyebabkan seseorang individu tertinggal. Orang-orang daripada kumpulan ini enterprising sifatnya dan kadang kala lebih berjaya dalam dunia moden
Antara kedua-dua golongan ini mungkin wujud satu golongan yang berada di tengah-tengah. Kebanyakan mereka ini belum begitu kuat pegangan hidup untuk menjalani kehidupan seperti kumpulan pertama ataupun mereka berasa kurang mampu, kurang upaya atau mungkin ada yang berada dalam konflik antara dua persimpangan. Wallahuaklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan