Isnin, 13 Julai 2009

Hubungan Kekeluargaan

Hubungan kekeluargaan dapat dibahagikan kepada tiga kategori: hubungan darah dan keturunan, hubungan angkat dan hubungan perkahwinan (semenda). Dalam masyarakat Melayu hubungan darah ialah hubungan antara ibu bapa dekat, dianggap sebagai hubungan yang terpenting dan yang abadi. Perhubungan ini diibaratkan “ air dicincang takkan putus”Peribahasa lain yang mencerminkan hal ini ialah “ carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga”. Jika perselisihan ini berlaku antara mereka yang “sedarah sedaging”, orang lain biasanya disalahkan, termasuk ahli keluarga semenda seperti suami, isteri atau mentua. Campur tangan “orang luar” ini Cuma sementara sahaja, diibaratkan seperti “ biduk lalu kiambang bertaut”. Hubungan sesame ahli keluarga dianggap lebih jujur daripada hubungan dengan orang lain, yang bukan sedarah sedaging yang lebih bermotif kebendaan dan keuntungan. Badan bersaudara, Emas perak tiada bersaudara, Kasih saudara sama ada, Kasih bapa menokok harta yang ada, Kasih ibu sama rata, Kasih sahabat sama binasa. Hakikatnya seseorang itu dikehendaki mengasihi ahli keluarganya lebih daripada orang lain sebab keluarga dianggap sebagai padi yang berisi yang dapat mengenyangkan perut sementara orang lain dianggap sebagai rumput yang kurang berharga seperti yangdinyatakan dalam peribahasa “jikalau kasihkan padi buanglah rumput”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan