Jumaat, 3 Julai 2009

Makna Semantik dan Makna Pragmatik

Semantik ialah kajian tentang makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa manusia ( Lyons, 1977: 137). Sementara Ellis (1966:33) mentakrifkan semantik sebagai penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu. Pragmatik pula meliputi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan konteks serta khusus untuk komunikasi linguistik ( Morris, 1964:117 ). Ellis ( 196:93) mentakrifkan pragmatik sebagai penggunaan bahasa semasa membuat sesuatu. Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Hashim, 2006: 79 ). Rujukan ialah proses memperoleh dan memberikan pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dal alam fizikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan