Rabu, 1 Julai 2009

Isu Baka dan Persekitaran

Tertdapat beberapa peribahasa Melayu yang mementingkan proses pembelajaran, seperti "anak dilahirkan seperti kain putih", ataupun dengan pepatah "bagaimana contoh begitulah gubahnya'. Kepercayaan juga wujud bahawa seseorang anak bukan sahaja mengikut teladan ibu bapa malah akan menjadi lebih buruk daripada mereka tergambar dalam peribahasa, " ayah kencing berdiri, anak kencing berlari:. Selanjutnya banyak peribahasa yang lebih menekankan faktor baka. Faktor baka yang diwarisi tanpa dapat diubah dengan senang oleh seseorang, seperti digambarkan melalui peribahasa," bagaimana acuan begitulah kuihnya", " bapa borek anak rintik" dan " rebung tidak jauh dari rumpun". Kepercayaan ini juga digambarkan melalui pantun: Berek berek turun ke semak, Dari semak turun ke padi, Dari nenek turun ke mamak, Dari mamak turun ke kami. Hubungan antara ibu bapa dengan anak dalam sesebuah keluarga ditentukan oleh kaedah kehidupan yang diamalkan dalam sebuah keluarga. Kaedah ini pula ditentukan oleh model-model yang wujud dalam sesebuah masyarakat serta andaian-andaian tertentu tentang proses perkembangan manusia. Andaian pokok adalah sejauh manakah proses pembelajaran berlaku yang membentukkan perkembangan sahsiah jika dibandingkan dengan pengaruh baka, dan apakah peranan ibu bapa dalam proses pembentukan dan perkembangan sahsiah itu. Mungkin kesangsian ini yang mendorong keruntuhan akhlak remaja mutakhir ini. Seharusnya kita perlu mengimbas kembali peranan institusi keluarga sebagai satu unit pembina sahsiah dan jati diri yang sebenarnya mula dilupakan, sehinggalah kita lihat terjadinya kecelaruan punca dalam menangani masalah remaja ini. Kesibukan ibu bapa dengan usaha meningkatkan pendapatan sebenarnya tidak dapat mengimbangi harga yang harus dibayar untuk memulihkan akhlah remaja yang terdorong menyeleweng akibat daripada kecuaian kita sebagai ibu bapa. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan