Isnin, 17 Ogos 2009

Apa istimewanya TG

Saya agak kasihan kepada pelajar-pelajar linguistik khususnya, sangat tertanya-yanya apakh itu huraian TG. Penting sangatkah huraian TG itu. Sebenarnya TG hanyalah satu daripada cara atau pendekatan sesuatu bahasa itu dihurai. Kalau nak dikatakan TG itu amat sesuai untuk menghurai tatabahasa Melayu juga amat naif kerana asalnya teori TG itu diperkenal di Amerika tentunya latar kesesuaiannya adalah untuk bahasa Inggeris. Tetapi kerana pengkaji bahasa kita itu belajarnya di Amerika, jadi secara tidak langsung mereka cuba menggunakan pendekatan TG itu untuk menghurai tatabahasa bahasa Melayu. Tentunya itu sesuatu yang agak baik sekurang-kurangnya kita ada kepelbagaian pendenatan untuk menghurai tatabahasa bahasa Melayu.
Sebenarnya TG itu timbul akibat daripada kelemahan analisis struktural, mengikut Postal, ialah ketiadaan matlamat yang munasabah. “ The chief goal of such grammars appears to be little more than the provision of an inventory of elements, phoneme, morpheme, constituent, etc., with which utterances may be represented.” (Postal, hal 4). Analisis struktural mengatasi kelemahan tatabahasa tradisional dari segi ciri katalog perpustakaan yang tidak dapat memberi apa-apa eaplanatory insight terhadap masalah dan struktur bahasa.
Jadi apakah istimewanya analisis TG? mengikut Postal perkembangan permikiran aliran TG adalah berdasarkan hasrat untuk “ mencantumkan matlamat-matlamat utama aliran tradisional dengan sifat-sifat eksplisit tatabahasa moden untuk menghasilkan satu huraian bahasa yang dapat mengemukakan asas bagi menerangkan bagaimana ayat-ayat dihasilkan dan difahami” ( hal 7 ). Kalau kita cuba fahami kata-kata Postal tadi analisis TG itu adalah satu daripada cara yang berkesan dalam usaha menghuraikan bahasa. Keistimewaannya ialah ia mengemparkan dunia dengan beberapa konsep dan cara analisis baharu yang didapati berjaya menyelesaikan beberapa masalah bahasa. Postal ( 1962 ) menghuraikan tentang kebaikan TG dengan melihat kelemahan-kelemahan analisis tradisional dan struktural. Dalam analisis Tradisional, beliau mengatakan tidak menghuraikan bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan ayat-ayat bahasa yang sedang dikaji. Analisis itu hanya menghuraikan beberapa pola disertai dengan contoh-contoh dalam bentuk paradigma. Persoalan menghasilkan ayat-ayat terpulang kepada kebolehan pembaca yang membaca laporan-laporan yang disediakan. Mengikut Postal seterusnya, kebolehan inilah yang hendak dihuraikan oleh ahli-ahli bahasa, khususnya ahli-ahli bahasa aliran transformasi. Kelemahan kedua ialah bahawa tatabahasa tradisional tidak mengemukakan alasan/justifikasi tiap-tiap sistem/model analisis yang dikemukakan..
Sekian buat kali ini, kita bersambung pada lain kesempatan. Husin/IPGM THO/18/08/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan