Isnin, 17 Ogos 2009

Melayu dengan kesantunannya

Kesantunan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kesantunan perbuatan, kesantunan berpakaian, dan kesantunan berbahasa. Dalam kaitan ini, pembentukan kesantunan berbahasa memerlukan empat cara iaitu, menerapkan prinsip kesopanan, menghindari kata-kata yang tabu, menggunakan eufemisme yang tepat, menggunakan pilihan kata yang honorfik. Di samping itu, faktor-faktor non-linguistik seperti unsur paralinguistik, kinetik, dan proksimat serta penjagaan kebersamaan situasi komunikasi dapat menciptakan kesantunan berbahasa.
Kesantunan berbahasa bertujuan memperlancar dan mengharmonikan komunikasi sehingga suatu mesej bukan hanya dimengertikan oleh peserta komunikasi, melainkan juga disenangi dan diikuti sesuai dengan keinginan pembicara. Dengan demikian, kesantunan bahasa sebagai ciri khas masyarakat Melayu harus dipertahankan sebagai sebahagian daripada peradaban masyarakat Melayu, tetapi kesantunan bahasa tidak boleh disalahgunakan untuk menghambat kebebasan berfikir dan kebebasan menyatakan kebenaran. Kesantunan bahasa juga tidak boleh terlalu eufemistik sehingga menjadi pembohongan. Dengan menerapkan kesantunan bahasa ini, ketersinggungan akan dapat dihindari justeru dapat mengurangi potensi konflik dalam masyarakat. Tetapi fenomena berbahasa orang Melayu ini masih relevan lagi dalam situasi pertuturan mutakhir ini perlu difikirkan juga. Kesantunan yang berlebih-lebihan akan dianggap terlalu apologatic dan kelemahan oleh orang yang kita lawan bercakap.
Akhirnya saya ingin mengemukakan pertanyaan adakah kita harus berterusan cuba mengekalkan budaya, sedangkan orang lain tidak pernah ambil pusing tentangnya. Dunia moden lebih kepada survival of the fittest bukannya bermimpi dengan dunia down in the memory lane Cetusan minda, husin,IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, 18/09/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan