Huraian tatabahasa itu pelbagai, umpamanya Tradisional, Struktural, Realsional, Tagmamek, Kasus, TG, Goverment and Binding, dan Minimalist. Tetapi ada penyelidik bahasa dan antropologi yang mengkaji bahasa betul-betul seperti yang digunakan oleh masyarakat, dalam apa juga bidang kehidupannya. Yang terkenal ialah Bronislaw Malinowiski, Profesor Antropologi di Universiti London. Beliau menjalankan penyelidikan terhadap suku kaum di Kepulauan Trobriand di Lautan Pasifik. Beliau mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa bahasa hanya mempunyai makna jika dimasukkan ke dalam kontekspenggunaanya, dan teori ini dikenal sebagai teori konteks situasi ( the theory of the context of situation). Dapatannya ini diperkembang oleh sahabatnya J. R. Firth, Profesor Linguistik Am di School of Oriental and African Studies, di Universiti yang sama sebagai asas aliran pemikiran Linguistik London atau Linguistik British. Aliran ini juga dikenal sebagai the Firthian School of Linguistics.
Dengan perkembangan aliran strukturalisme dan Transformasi generatif yang berpusat di USA, aliran British mendapat tempat kedua dari segi penyebaran falsafahnya di seluruh dunia. Tetapi teori aliran British ini diperkembang seterusnya oleh M. A. K Halliday dan pengikut-pengikutnya kepada apa yang dikenal sekarang sebagai aliran sistemik dan aliran fungsional, yang juga disebut sebagai aliran sistemik-fungsional. Aliran ini melihat bahasa dalam konteks penggunaanya yang sebenarnya, dan diterapkan dalam analisis wacana dalam berbagai-bagai konteks pewujudannya.
Husin,PhD/IPGM Kampus Tun Hussein Onn/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan