Jumaat, 14 Ogos 2009

Sedikit tentang TG

1. Rumus Struktur Frasa Rumus ini ialah rumus yang menulis kembali lambang-lambang bukan terminal, iaitu perkataan. Contoh-contoh rumus struktur frasa adalah seperti yang berikut: a) A FN + FK b) FK K + FN c) FN N + petunjuk d) K baca e) Penunjuk itu f) N budak, buku Rumus-rumus di atas akan menerbitkan ayat Budak itu membaca buku. 2. Rumus-rumus Transformasi Rumus ini mengambil ayat yang dihasilkan oleh rumus struktur frasa seperti yang terdapat dalam rumus di atas sebagai input dan memindahkan, menggugurkan, dan menyambungkan unsur-unsur tertentu dalam ayat tadi.. Berbeza dengan rumus struktur frasa yang mempunyai susunan yang bebas, rumus-rumus transformasi disusun mengikut susunan tertentu. Susunan ini penting untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Rumus transformasi dianggap penting untuk memperlihatkan hubungan sintaksis yang terdapat di antara dua struktur yang berbeza, misalnya antara ayat aktif dengan ayat pasif yang berkut: 1. a) Ahmad membaca buku itu. b) Buku itu dibaca oleh Ahmad. 2. a) Kucing mengejar tikus. b) Tikus dikejar oleh kucing. Secara kasar rumus pasifnmengatakan bahawa : Sekiranya A 1 merupakan ayat gramatis yang berbentuk FN 1–Kb –K – FN 2 maka urutan yang berbentuk FN - Kb –K – oleh + FN 1 yang dihasilkan daripadanya juga merupakan ayat gramatis. Antara alasan yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa ayat pasif diterbitkan daripada ayat aktif ialah hampir semua ayat aktif mempunyai ayat pasifnya. Juga dengan menganggap ayat pasif sebagai transformasi daripada ayat aktif, kita tidak perlu menyatakan syarat-syarat sesuatu frasa nama Antara alasan yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa ayat pasif diterbitkan daripada ayat aktif ialah hampir semua ayat aktif mempunyai ayat pasifnya. Juga dengan menganggap ayat pasif sebagai transformasi daripada ayat aktif, kita tidak perlu menyatakan syarat-syarat sesuatu frasa nama berulang-ulang. Kita hanya perlu menyatakannya sekali dalam ayat aktif dan syarat ini dikekalkan dalam ayat pasifnya. Contoh : 3 a) Rosnah minum air b) Air diminum oleh Rosnah. 4 a)* Baju mencuci saya b)* Saya dicuci oleh baju. Transformasi pasif ini dinamakan transformasi opsional atau pilihan kerana ia tidak semestinya berlaku. Kita mempunyai pilihan sama ada untuk mengaplikasikannya atau tidak. Kalau tidak mahu mengaplikasikannya, kita masih dapat ayat yang gramatis. Ini berbeza dengan apa yang dikenal sebagai transformasi wajib iaitu transformasi yang mesti berlaku untuk membentuk ayat yang gramatis. Kalau transformasi wajib tidak diaplikasikan hasilnya ialah ayat yang tidak gramatis. Ayat 5 dan 6 merupakan ayat yang tidak gramatis kerana transformasi yang menambahkan imbuhan yang sesuai adalah transformasi wajib dalam bahasa Melayu. 5 * Dia mencerita perkara itu kepada saya. 6* Ini menunjuk bahawa perkara itu tidak benar. Contoh-contoh transformasi yang lain termasuklah penerbitan ayat tanya, ayat negatif, dan sebagainya.

1 ulasan:

  1. salam,,,
    adakah rumus struktur frasa ada kelemahannya...?
    apakah kelemahannya??

    BalasPadam