Khamis, 1 September 2011

Selamat Hari Raya - 2011

Salam. Saya ucap Selamat Hari Raya Eid Fitri. Saya mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon keampunan daripada pelawat blog saya, andainya saya tergelincir lidah, tersilap cakap, dan tersilap kata-kata. Kita manusia ini memang serba kekurangan dan kealpaan, tentunya saya juga demikian, sebagai insan biasa yang serba kekurangan dan sentiasa terdedah kepada membuat kesilapan kerana saya juga manusia. Selagi manusia itu masih lagi hidup di dunia ini kita tentunya masih terdedah untuk membuat kesilapan. Kita bukannya maksum seperti Nabi jadi janganlah kita sentiasa suka untuk menyalahkan orang kerana kita juga ada membuat kesilapan.

Berakhirnya kita menjalani ibadah puasa, kita menyambut sambutan hari raya menandakan kita telah berjaya melepasi ujian Tuhan pada tahun ini dalam konteks amalan berpuasa. Tetapi kita mungkin alpa sebahagian besar daripada kita menyambutnya dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Kita kadang-kadang menggunakan alasan untuk anak-anak dan isteri untuk mententeramkan hati kita kerana telah berbelanja dengan begitu banyak. Kadang-kadang terfikir, bagi kita golongan bawahan ini, habis simpanan kita dalam setahun kita leburkan dalam masa tidak beberapa hari sahaja demi untuk menyambut sambutan hari raya ini. Yealah hidup kita ini kadang-kadang untuk mengembirakan siapa, kalau bukan untuk anak-anak dan iateri. Saya selalu berfikir alangkah gembiranya kalau dapat mengembirakan keluarga, terutama anak-anak dan isteri. Bagi saya, 'Rumahku itu syurgaku'.

Saya berfikir tidak menjadi masalah kita habiskan perbelanjaan dengan begitu banyak untuk keluarga. Kerana saya percaya keharmonian masyarakat kita seharusnya berpunca daripada kerukunan institusi kelaurga itu sendiri. Kita tidak perlulah memikirkan mengapa akhlak remaja sekarang ini semakin mendesak, banyak yang terlibat dalam gejala yang negatif. Kita tidak perlu berkempen untuk membanteras gejala sosial ini memadailah saya fikir kita lihat semula peranan institusi keluarga itu.

Oleh itu saya rasa disamping kita bergembira menyambut ed almubarak ini sudilah kiranya kita menyemak semula peranan kita sebagai ketua keluarga, ketua masyarakat mahupun yang ada kuasa, kita barmuhasabah diri agar kita sekurang-kurangnya ada peranan untuk membetulkan segala kepncangan masyarakat kita mutakhir ini, wasalam.