Ahad, 22 Januari 2012

Idea di pagi Tahun Baru Cina

Salam. Sudah begitu lama saya tak menjenguk Blog saya ni. Sementalahan saya sibuk melayan perkara-perkra lain yang ada kaitan dengan pekerjaan. Saya selalu berfikir bahawa orang berilmu itu kadang-kadang agak sukar untuk mengeluarkan pendapatnya. Hal ini mungkin disebabkan dalam budaya kita amat tidak menyenangi kita mengeluarkan idea baru, pendapat mahupun saranan baru, kerana kita akan dianggap sebagai ' suka memandai-memandai' atau lebih parah lagi ada yang mengatakan kita ini sebagai ' Kaduk dah naik junjung'. Fenomena ini wujud dalam budaya Melayu yang tanpa kita sedari telah membantutkan perkembangan ilmu dan lonjakan kemajuan dalam kalangan orang-orang Melayu. kita yang memegang tampuk kekuasaan dalam apa juga institusi, sepatutnya menyedari bahawa idea dan pendapat yang baik dan revolusionar itu mesti datangnya daripada kita. Hatta pekerja di peringkat bawahanpun kalau kita beri peluang, mereka mampu mengeluarkan idea dan pendapat yang mantap dan kemudian boleh diaplikasikan dalam organisasi kita.

dalam soal perancangan, kita sepatutnya memahami apakah yang dimaksudkan perancangan itu. Perancangan sepatutnya disertai dengan bagaimanakah cara untuk merealisasikan objektif kita itu. Inisiatif perlu kita kemukakan terlebih dahulu, barulah kemudiannya kita boleh merancang berdasarkan kerangka yang kita sediakan. kalau tiada strategi bagaimanakah sesuatu objektif itu boleh dicapai. Saya amat maklum bahawa sesuatu kejayaan perancangan itu perlu bersandarkan kepada sumber pelaksana. Dalam konteks kita, sama ada sumber manusia kita itu mempunyai kepakarannya atau tidak. Kita juga perlu pastikan sama ada pelaksana itu memahami atau tidah Misi dan Visi yang telah kita cadangkan. Kepaduan dari segi sumber manusia, kepakaran dan keilmuan seharusnya diambilkira terlebih dahulu. hal ini demikian saya rasa, kerana pada akhirnya kita pelaksana inilah yang akan dipersalah jika perjalanan perancangan kita itu terbantut ataupun tidak menepati sasarannya.

Sekian, idea untuk pagi ini, wasalam