Isnin, 23 Januari 2012

Muhasabah Diri

Sektor Pehidmatan awam di Malaysia adalah satu contoh sistem perkhidmatan awam yang eficen di rantau Asia, kalaupun bukannya di dunia. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan berterima kasih kerana kita telah mewarisi sistem perkhidmatan awam yang ditinggalkan oleh pihak penjajah British. Selepas merdeka sistem itu telah mengalami perubahan, penambah baikan hasil daripada buah fikiran anak-anak muda selepas merdeka. Dan hasilnya kita dapat terus menikmati sistem perkhidmatan awan yang jauh lebih baik daripada negara-negara lain, hatta yang pernah menjadi bekas tanah jajahan British. Ini bermakna hasi usaha dan buah fikiran rakyat kita sendiri hingga menyebabkan keadaan sekarang terjadi.

Awal sebelum menjelangnya tahun 2012, sektor perkhidmatan awam dikejutkan dengan SBPA. Pengenalan SBPA adalah hasil gabungan usaha untuk memenuhi kecemerlangan sektor ini dan juga memenuhi hasrat keseluruhan kemahuan penjawat awam. Penjawat awam seharusnya faham bahawa apa juga sistem baru diperkenalkan sudah tentulah ingin terus memperbaiki sistem yang sedianada. Hal ini menyebabkan ahli sektor awam menerima pilihan ini. Untuk mempersoal kewajaran untuk menandatangani opsyen inipun, saya rasa ahli sktor awam, tidak wajar untuk mempertikai. Pilihan untuk menerima atau menolak sudah tidak ada maknanya, kerana kita berkhidmat dalam satu organisasi.

Saya menjadi risau bila memikirkan sesetengah individu itu sering mempertikai itu dan ini, seolah-olah mereka lebih berkuasa dalam melaksanakan sistem dan perjalanan negara. Saya fikir tidak juga wajar apabila gelagat mereka seolah-olah merekandipaksa. Dan paling malang sekali mereka cuba memusuhi pihak perkhidmatan awam. seharusnya kita sebagai kaki tangan PA, perlu memikirkan apakah peranan kita untuk terus melonjakkan prestasi kerja. Bolehkah kita menyumbang? Boleh tak kita deliver? Apakah impak dengan wujudnya kita dalam PA.

Saya fikir pada subuh-subuh begini, selepas subuh kita menginsafi dan berasa bersyukur kita berada di bumi bertuah ini. Anggaplah Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Malaysia ini sebagai kita punya dan kita harus mendukungnya untuk terus berjaya. Janganlah kita biarkan diri kita termakan pujukan parasit-parasit yg sememangnya ingin menjahnamkan kerajaan yang baik dan cemerlang ini. Wasalam
-