Ahad, 28 Oktober 2012

Berwaspadalah terhadap Idealisme

Assalam-o-Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu,
O Noble Readers! Firstly it should be noted that ALLAH did not create jin or human except his worship. ALLAH says in quran,
“And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone).” [Surah adh-Dhaariyaat 51:56]
Suhanaullah, ALLAH maha besar menjadi peringatan kepada kita makhluk, bahawa kejadian kita di dunia ini adalah untuk beribadat kepada-Nya. Kita manusia bukannya berhak mengatakan kita berkuasa dan menindas orang lain. Keruntuhan rejim Muammar Ghadafi di Libya menjadi contoh yang paling tragis. Manusia bernama Ghadafi menjadi begitu hebat selepas berjaya menggulingkan pemerintahan beraja. Dan pada masa itu rakyat kebanyakan begitu tertunggu-tunggu bagaimana hidup bebas daripada kongkongan pemerintahan beraja. Tetapi malangnya sejarah tetap berulang, apabila seseorang itu mendapat kuasa dan dalam sekelip mata sahaja, manusia itu akan alpa untuk memeggang amanah kuasa yang didapatinya. Ghadafi begitu berkuasa kerana corak pemerintahan di bumi Libya itu tidak sebagaimana di negara-negara moden lainnya. Saya sering tertanya-tanya apakah sistem pemerintahan yang kita warisi daripada keagungan pemerintahan Turki Utthamaniah itu. Apakah sistem yang boleh mengelakkan pemusatan kuasa mutlak kepada khalifah. Dan biasanya kita diberitahu bahawa dalam Islam kita ada bai’ah atau sokongan secara kolektif. Tapi dalam konteks negara-negara Islam di Timur Tengah nampaknya tidak berlaku demikian. Cuba kita lihat Negara Arab Saudi, Mesir dan lain-lain lagi tidak mempraktikan cara tersebut. Di Sudan, yang cuba menguatkuasakan daulah islamiah juga tidak nampak kecemerlangannya. Kalau kita lihat di Somalia, di antara kelompok-kelompok yang berbalah itu ada yang cuba menguatkuasakan pemerintahan secara Islam, tetapi negara itu terus hancur. Saya tidak mahu mengatakan orang-orang Islam gagal mentadbir negara masing-masing dan selalunya kita menyalahkan orang Barat dan Yahudi menyebabkan masalah itu berlaku. Dalam konteks negara kita, nampaknya cara pemerintahan yang kita warisi daripada pihak Barat menampakkan kewajarannya. Kita dapat mengasingkan kuasa antara Parlimen, kuasa eksekutif dan undang-undang. Kita mempunyai satu sistem yang memastikan adanya ‘check and balance ‘ dalam melaksanakan pemerintahan. Saya tidak pernah nak mengatakan sistem pemerintahan ini begitu ideal tetapi sekurang-kurangnya kita terhindar daripada masalah yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Timur Tengah. Kita sekurang-kurangnya ada hak untuk bersuara, walaupun hanya satu undi. Kita sambung kemudian, jika ada maklumat baru.