Isnin, 12 November 2012

KERELEVENAN YANG OPTIMUM DALAM PERCAKAPAN

Oleh: Dr. Hussin Bin Sarif Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu, IPG KTHO. Memang dalam pertuturan kita, tidak mungkin kita mampu memberi kefahaman yang menyeluruh kepada orang yang kita ajak bercakap. Olehitu menjadi keperluan kepada kita untuk memberi sebanyak mungkin maklumat kepadanya, agar si pendengar memahami secara literal tetapi juga mampu menggunakan mindanya untuk berfikir. Orang biasanya malas untuk menafaat mindanya ketika bercakap dan berhujah. Fenomena ini harus kita tangani sejak awal lagi agar tidak terus melarat sehingga menjejaskan keupayaannya untuk mendominasi ketika berhujah. Menurut Sperber dan Wilson, Prinsip Relevans Komunikatif dan pencapaian kerelevan yang optimum merupakan kunci kepada teori relevans pragmatik. Menurut mereka, rangsangan ostensiflah yang mewujudkan andaian relevan yang optimum melalui usaha memproses dan kesan konteks. Oleh itu Sperber dan Wilson (1995:270) telah mengetengahkan prinsip relevans komunikatif. Dalam usaha memproses ujaran, pendengar berusaha untuk mencapai interpretasi yang relevan secara optimum dan setiap interpretasi yang optimum mestilah mencapai kesan kognitif yang mencukupi bagi menarik perhatian pendengar dan tidak memerlukan pendengar berusaha lebih untuk mencapai kesan yang dimaksudkan. a) Rangsangan ostensif itu cukup relevan untuk pendengar memahaminya. b) Rangsangan ostensif yang paling relevans bersesuaian dengan kebolehan dan pilihan penutur ( Sperber & Wilson 1995: 270 ) Setakat mana aras kerelevenan yang sebenarnya khalayak boleh menerima bagi membolehkan rangsangan ostensif diterima. Tentu setakat mana rangsangan itu boleh ditafsir oleh pendengar. Walau bagaimanapun maklumat yang lebih relevens akan lebih diberi perhatian dan difahami. Jadi ada kalanya aras relevens didapati adalah rangsangan menghampiri maklumat sebenar. Selain itu terdapat juga alasan mengapa penutur berkemungkinan gagal mengeluarkan rangsangan yang mungkin paling releven kepada pendengarnya, walaupun ini sebenarnya yang penutur kehendaki. Berdasarkan prinsip relevens komuikatif setiap rangsangan ostensif yang dilahirkan akan menyampaikan kepada pendengar apa yang dianggap sebagai telah mencapai tahap kerelevenan yang optimum. Rangsangan untuk mencapai tahap optimum kepada pendengar jika mereka mendapati maklumat itu sekurang-kurangnya sudah cukup relevens tanpa membuang banyak masa untuk cuba mengintrepretasi. Keadaan ini akan merangsang proses perbualan seterusnya. Pendengar harus mengikuti aliran seterusnya yang memerlukan kurang usaha dalam mentafsir kesan kognitif. Dengan anggapan ujaran seterusnya itu sudah dalam konsep yang betul dan menerima intrepretasi pertama yang memenuhi ekspektasi kerelevenan. Secara urutan, ia boleh diterang sebagai berikut: Mengikuti aliran dengan kurang penumpuan dalam memproses kesan kognitif: 3. a) Menganggap intrepretasi ( tugasan referen, asumsi konteksual, implikasi, dll ) menuju kepada pemahaman. b) Berhenti jika telah berpuashati terhadap ekspektasi yang relevens. Analisis perlakuan teori relevens dalam perbualan: Hussin dan Hassan bercadang untuk pergi bercuti dengan menaikki kereta, dan mereka sibuk bersiap sedia. Husin bercakap kepada Hasan. 4. 1) Kereta itu terbuka Sebenarnya, kata-kata Husin mengandaikan kereta itu tidak berkunci. Proposisi tadi menyebabkan Hasan memasukkan barang-barang tanpa menunggu Husin membuka pintu kereta. Ujaran pertama iaitu ( kereta mereka punyai tidak berkunci ) diujarkan dan prososisi yang berbentuk eksplisit. Ujaran ini dalam istilah relevence-theoritic ialah explicature, dan kedua yang menurutinya ialah implicature. Seterusnya kita lihat bagaimana Hasan mengenal pasti rangsangan ostensif yang dikeluarkan oleh Husin. Dia mengatakan kereta itu terbuka. Menurut prinsip relevens komunikatif, ujaran Husin ‘Kereta itu terbuka’ membawa andaian yang mencapai kerelevanan yang optimum kepada Hasan. Hal ini akan membolehkan Hasan mendapatkan kesan kognitif yang mencukupi daripada ujaran itu, dan ia tidak memerlukan usaha yang sia-sia. Husin akan menganggap ujaran Hasan relevens. Husin akan mencapai pemahaman bahawa mereka mempunyai kereta, mereka akan pergi bercuti pada hujung minggu dan pada kebiasaannya kereta itu berkunci apabila diletakkan di tempat letak kereta. Oleh itu intrepretasi dalam perbualan di atas; kereta merujuk kepada kereta yang dimiliki oleh Husin dan Hasan,dan bila terbuka bermakna kereta itu tidak berkunci dan mudah untuk digunakan. Daripada intrepretasi proposisi perbualan ini Husin boleh mendapat pemahaman secara kontekstual jika dia boleh memberikan jangkaan kontekstual dan disebabkan asumsi kontekstual itu berdasarkan daripada latar belakang kognitif tentang memasukkan barang-barang dalam kereta untuk persediaan pergi bercuti, maka Hasan pada dasarnya dapat memahami dengan mudah. 5) a) Jika kereta itu tidak berkunci, kemudian Husin dan Hasan boleh memasukkan barangan ke dalam kereta tanpa menunggu antara satu sama lain. b) Husin dan Hasan boleh memasukkan barangan ke dalam kereta tanpa menunggu Implikasi kontekstual 5(b) membolehkan timbulnya banyak lagi kesan kognitif, sebagaimana berikut, semuanya semacam berkaitan dengan perhatian dan situasi. 6) a) Jika Husin dan Hasan boleh memasukkan barang ke dalam kereta tanpa menunggu antara satu dengan lain, kerja memasukkan akan lebih cepat. b) Kerja memasukkan barang-barang akan lebih cepat c) Jika kerja memasukkan barang-barang cepat, mereka tidak akan lewat untuk memulakan perjalan . d) Mereka tidak akan lewat untuk memulakan perjalanan. Seterusnya Husin boleh menambah lagi kesan kognitif dengan kurang usaha memproses. Dan dengan tanggapan bahawa ujaran itu telah mencapai tahap relevens yang optimum. Pada tahap ini pendengar boleh berhenti proses menginterpretasi dan menerima maksud sebenar intrepretasi sebagaimana yang dihajatkan oleh penutur. Mungkin terdapat lagi intrepretasi lain yang boleh membawa kefahaman lain daripada kesan kognitif, contohnya kereta itu terbuka kerana telah dipecah orang. Namun, intrepretasi ini bukannya baru kepada Husin dalam aliran pemahamannya. Mentafsir maksud ini mengakibatkan proses penolakkan (elimination) berlaku kepada tanggapan maksud yang sebenarnya. Keadaan ini sebenarnya memerlukan tambahan usaha dalam membuat tafsiran. Oleh itu jika kesan lain ( tafsiran kedua ) diambilkira, tambahan pula usaha untuk memahami perlu dilakukan termasuklah proses membuat andaian dan kemudian berlaku pula proses menidakkan intrepretasi pertama tadi. Seterusnya ujaran tidak mungkin mencapai tahap relevens yang optimum kepada intrepretasi kedua tadi. Proses inilah yang menyebabkan prosedur relevence-theoretic comprehension membolehkan pendengar untuk menerima interpretasi pertama yang memenuhi kehendak ekspektasi relevens pendengar sebagai satu yang dikehendaki oleh penutur dan akan memberhentikan proses pemahaman setakat itu sahaja. Lihat semula implikatur 5 dan 6. Sementara semua implikatur ini menambah pengukuhan relevens pada 7, dan mudah diaplikasikan dengan sedikit usaha, ada tanda yang menunjukkan implikatur di 5 lebih memberi lebih kesan daripada pada 6 adalalah mungkin untuk membuat andaian kesemua implikatur lebih kurang dengan 6, contohnya: 7) a. Jika proses memasukkan cepat, kemudian Husin dan Hasan mungkin akan sampai sejam lebih awal b. Husin dan Hasan akan tiba di destinasi sejam lebih awal. c. Jika proses memasukkan cepat, kemudian Husin dan Hasan boleh melepasi persimpangan jalan utama yang sesak sebelum waktu puncak. d. Husin dan Hasan boleh melepasi persimpangan jalan utama yang sesak sebelum waktu puncak. Kesemua implikatur ini boleh diterima, dan bukannya mudah untuk memilih yang manakah maksud yang cuba disampaikan oleh penutur dan yang mana bukan. Menjadi satu kebiasaan penutur perlu mempunyai tujuan dan maksud dalam mengujarkan implikatur-implikatur tersebut, tetapi pendengar harus bertanggungjawab untuk memilih yang mana satu yang perlu difikirkan. Sebaliknya pendengar boleh membuat kepastian apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh penutur yang menghampiri implikatur pada 5, atau sebaliknya tanggapan relevans yang optimum tidak boleh dipastikan. Ada perbezaan dalam aras tanggung jawab yang perlu pendengar beri tumpuan dalam memilih kepelbagaian implikatur. Tanggung jawab akan menjadi rendah ( jika penutur memberikan pendengar sedikit sahaja pilihan ), tetapi meningkat jika pendengar dibiarkan memilih pelbagai andaian lain. Menurut Sperber & Wilson ( 1995 ), dalam tahap pertama tadi, implikatur itu diberi penekanan yang lebih ( strong implicature ), menakala pada tahap kedua, implikaturnya kurang diberi tekanan ( weak implicature ). Oleh sebab penutur berkehendakkan ujarannya difahami, komunikasinya berjaya, maka setiap tingkah laku komunikasinya mestilah menunjukkan bahawa penutur berkehendakkan ujarannya relevans pada pendengar ( Sperber dan Noveck, 2004 ). Penutur yang mahu akan ujarannya difahami mestilah mengekang pemilihan konteks. Hal ini kerana pemilihan konteks yang betul dengan kos memproses yang minimum dianggap sebagai cara yang berkesan untuk mengekang penginterpretasian ujaran mengikut prinsip relevans ( Blakemore, 1992:137 ). Dengan kata lain, pemprosesan maklumat manusia memerlukan usaha mental untuk mencapai kesan kognitif. Usaha untuk memberikan perhatian, mengingati dan menaakul diperlukan dan suatu kesan akan dicapai akibat proses pengubahan pada andaian atau kepercayaan pendengar melalui penambahan andaian baru, pengguguran andaian lama, dan perubahan dari segi darjah andaian atau kepercayaan lama. Sebagai kesimpulan, Teori Relevans menerangkan komunikasi ostensif sebagai berikut, Pengeluaran rangsangan ostensif memerlukan pelaburan usaha untuk memproses maklumat oleh pendengar. Disebabkan minda kita berusaha untuk mengenal pasti punca informasi yang paling relevens, jika penutur mahu ujarannya difahami, dia perlu menggunakan rangsangan yang paling relevans dipersembahkan kepada pendengar untuk memahaminya. Every act of ostensive communication communicates a presumption of its own optimal relevance. (Sperber & Wilson, 1986:158). Bagi setiap bentuk komunikasi ostensif memberi rangsangan pemahaman yang paling relevans. (Sperber & Wilson, 1986:158). Pendengar sebaliknya boleh menginterpretasi rangsangan tersebut dengan andaian ianya rangsangan yang paling relevans kepadanya. Ini akan memberikan justifikasi terhadap penerimaan intrepretasi paling awal yang akan memuaskan kehendak atau tujuan relevens yang paling optimum ( optimal relevence ).