Khamis, 7 Februari 2013

Kepentingan Minda

Semua orang yang pernah melalui alam persekolahan akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak merangsang minda. Tuhan telah mengurniakan kepada kita otak dan dalam otak inilah proses pemikiran berlaku. Inilah yang dukatakan Minda. Minda merujuk kepada keupayaan berfikir pada setiap manusia makhluk tuhan di dunia ini. Tetapi malangnya dalam kurikulum persekolahan kita nampaknya peranan minda itu dikesampingkan. Kita tidak tahu sama ada keadaan itu disengajakan ataupun para pengubal kurikulum kita terlepas pandang. Kita menjadi risau peneraju dan pengubal kurikulum kita tidak mempunyai ilmu yang betul-betul mantap tentang proses penggubalan itu. Mungkin orang akan marah dan mencela saya kerana melontarkan perkara ini. Saya fikir tidak perlu prejudis terhadap apa yang saya lontarkan. Saya hanyalah insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mengemukakan masalah ini. Pelajar-pelajar yang terlahir daripada sistem persekolahan kita nampaknya kurang kompeten dan berkebolehan. Hatta tidak mampu untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan. Keadaan ini berlaku tentulah ada tempangnya. Adakah sekolah, guru ataupun kurikulumnya. Saya fikir masalah ini bersaling kait. Pada saya, kurikulum persekolahan kita perlu dirombak, agar penyerapan kaedah pembelajaran yang prosktif dan inovatif di tegaskan. Saya yang terlibat dalam pedagogis atau kaedah pengajaran amat teruja kepada peranan kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran yang lebih kepada penemuan, uji kaji dan mementingkan proses, perlu diaplikasikan dengan bijaksana. Pelajar perlu didedahkan kepada proses penyelesaian masalah. Hal ini demikian kerana kita pasti menghadapi masalah apabila kita keluar ke alam pekerjaan. Tetapi kalau kita sudah tekankan peranan minda, bagaimana kita boleh memanipulasi peranan minda, kita mampu menyediakan modal insan yang kompeten bagi menghadapi cabaran Abad seterusnya. Kesimpulannya, minda sebagai kurniaan Tuhan yang amat agung. Kita harus menghargai peranan minda tersebut agar sebagai manusia yang berakal kita dapat menamfaatkannya demi kecemerlangan hidup kita di dunia ini.