Sabtu, 27 Oktober 2012

Bingkisan Untuk Nyanyi Sunyi ( Karya Dr. Maskiah )

Asalamualaikum, moga sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih, kerna sudi memberi kesempatan kepada saya membaca dan menghayati karya Dr. yang saya rasa amat istimewa. Terus terang saya katakana saya tidak mampu dan tabah untuk menghasilkan karya begini. Dr. saya rasa begitu hebat. Mungkinamat meninati karya-karya meruntun jiwa, yang saya kira hanya mampu dihasilkan oleh individu yang sama ada mengalaminya sendiri mahupun yang berlatar belakangkan bidang kesusasteraan. Saya seharusnya mengakui bahawa penulis novella ini seorang yang hebat, hatinya keras , cekal tetapi ada kelembutannya. Saya cuba berlaku adil dengan mengkesampingkan persepsi saya terhadap penulis. Saya, terus terang berasa kagum kerana penulis berupaya menghasilkan satu penceritaan yang panjang, temanya ( bisa dikatakan sebagai kisah cinta yang tidak kesampaian ), plotnya,( bisa menyebabkan jantung menjadi tegang ), Watak dan perwatakan juga menyakinkan. Boleh dikatakan satu kebijaksanaan kerana penulis mengembangkan plot penceritaan melalui persamaan dan kebetulan. Walaupun di dunia nyata agak sesuatu yang tidak mungkin, saya rasa, tetapi saya senang kerana penulis begitu berani mengungkapkan episod-episod yang tragis ( kemungkinan berlaku dalam masyarakat kita agak kurang menyakinkan- maaf kalau saya silap ). Mungkin penceritaan yang dipaparkan adalah lukisan kehidupannya yang sebenar. Saya amat percaya penulis amat berteliti dan hasilnya berjaya sebenarnya dalam mengungkapkan penceritaan yang secara jujur dapat meluahkan perjalan hidupnya secara bersahaja tetapi bersandarkan kebenaran. Hujah saya mungkin berlandaskan kepada apa yang saya telah maklumi, bahawa latar belakang pengetahuan kesusasteraan lewat yang telah dipelajari di tingkatan 6 mahupun di universiti tahun pertama adalah berkisar mentelaah karya-karya agung daripada penulis-penulis tersohor seperti Abdul Mois, Marah Rusli, Bung Hamka, Amir Hamzah dan ramai lagi. Penulis-penulis ini Berjaya menghasilkan karya-karya bernada melankolik dalam meladeni roman cinta yang tidak kesampaian dengan begitu mengesankan. Saya mengakui bahawa saya seorang yang agak revolusienar , agak kurang menghayati kisah cinta ( kerana saya kan tidak pernah bercinta – manusia tanpa jiwa ! )Mungkin saya lebih meminati karya-karya penulis seperti Arkdiat Karta Mihardja, Pramoedaya Anata Toer, Rustam Affendi . Manusia gelandangan bisa berkarya secara jujur, juga manusia gagal bercinta bisa mengungkapkan karya-karya yang lunak dan puitis. Saya masih ingat kata-kata seorang ahli falsafah, manusia mengingati tuhan ketika susah, kesempitan dan kekeciwaan. Pendapat begini sentiasa saya bantah kerna dogma begini sering menyebabkan orang-orang Islam takut untuk menjadi kaya. Saya fikir Dr. amat meminati novel – novel seperti Layar Terkembang, Senja di Jakarta, Salah Asohan, Siti Nurbaya, Tenggelamnya Kapal Van Der Vigh , Di Bawah Lindungan Kaabah dan juga Hikayat Faridah Hanum.. Dan saya berasa bahawa tema yang cuba disampaikan berkisar kepada cinta yang tak kesampaian. Asas penceritaan sedemikian menjadikan plot yang digarap oleh Dr secara deduktif mencerminkan pengalaman pembacaan novel-novel yang saya sebutkan di atas tadi. Saya tidak mengatakan perkembangan plot itu menyamai atau berasaskan novel-novel tersebut tetapi Dr telah dengan bijak, saya fikir telah mengimbas kembali kemudian menjelmakan pengalaman kehidupannya sealiran dengan plot-plot tadi. Pada saya watak-watak Bihaqi dan Lukmanhakim itu memang jelas mendominasi lingkaran pemikiran Dr. Sementara watak Dr Arjuna itu bersifat antagonis yang sebenarnya sengaja diwujudkan bagi melindungi kekaguman Dr terhadap dua individu yang begitu agung dalam kehidupan Dr. ( maaf kalau saya salah ). Walau bagaimanapun saya seronok dan teruja untuk mendalami dan menyelidiki keberadaan pelajar-pelajar beraliran agama, maksudnya bersekolah agama, kemudian belajar di university. Saya seronok meneliti kehalusan tingkah laku, budi pekerti dan yang saya nak tahu apakah sebenarnya rasa hati mereka ! Saya secara jujur telah membacanya dengan begitu berminat kerana pada saya pergerakan plotnya hebat dan sentiasa menyebabkan tertanya-tanya , apa terjadi seterusnya. Tetapi saya gagal menanggapi siapakah sebenarnya pembunuh Dr Arjuna. Sekali saya ucap syabas dan saya akan sentiasa menanti karya-karya Dr, seterusnya. Wasalam.