Sabtu, 27 Oktober 2012

Begitu dan Begini

Begitu dan Begini Sesuatu yang menarik perhatian saya, dalam komunikasi dua hala terdapat kecenderungan untuk mengemukakan cadangan yang bertentangan dengan apa yang kita buat. Maksud saya orang tidak akan pernah bersetuju dengan apa yang kita lakukan dan sarankan. Apa juga yang kita buat bisanya tidak pernah dipersetujui oleh mereka. Umpamanya kita membeli sebuah kereta, dan apabila kita bertemu dengan mereka, secara spontan mereka akan mengatakan mengapa tidak membeli jenama ini, ataupun jenama itu. Tidak tahu saya apa sebabnya mereka berkata demikian. Saya pernah mencuba, ketika saya mula-mula ingin menyambung pelajaran di UPM, dan telah saya duga sahabat saya itu mesti mengatakan mengapa tidak sambung belajar di UKM. Begitu juga ketika saya ingin memilih calon isteri, dan saya telah membuat pilihan yang saya kira sudah menepati ciri-ciri yang saya kehendaki. Saya masih teringat kawan saya itu bercakap mengapa tidak memilih dia. Saya menjawab dengan merengus, " Yang nak kawin sayalah, bukannya awak". Saya menyambung, " Ini hak peribadi saya, mengapa awak sibuk untuk campur tangan dalam pemilihan saya". Kepelikan ini sebenarnya sudah lama saya fikirkan; bahawa manusia itu tidak pernah bersetuju dengan pendapat orang. " Humen beings used their mind to think, to suggest, to manipulate, to speculate and for sure they used their mind to benefit themselves". Jadi jangan hairan jika sesuatu yang kita lakukan itu, tidak akan pernah dipersetujui oleh orang lain. Apa yang kita katakan baik, belum tentu, saran an kita itu baik di matanya. Saya tidak pernah berasa hairan dengan sikap mereka itu, dan pada saya itu satu fenomena biasa. Dr Hussin Sarif IPG KTHO. 27.10.2012