Isnin, 27 Ogos 2012

Salam, dan kerana masih dalam suasana berhari raya, wajarlah saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita manusia ini memang terdedah untuk membuat kesalahan dan kesilapan. Kadang-kadang kita tidak menyedari, kerana yang tersinggung itu biasanya memendam dan menjeruk dalam hatinya, tanpa kita menyedarinya. Olehitu wajarkan kita sentiasa memohon kemaafan dengan orang lain pada setiap masa. Ketika kita di dunia jerkan kita mampu memohon maaf. Untuk itu kita harus berhati-hati dengan tutur kata kita, tindakan kita keputusan kita, manalah tahu sesuatu yang kita anggap sudah terlalu adil, sebenarnya masih tidak kelihatan adil bagi pihak yang lain. Tetapi kalau kita asyik memikirkan apa orang lain kata, sampai bilapun kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kerana dalam masyarakat Melayu khususnya, nampaknya mereka tidak suka kita maju mendahului mereka. Kalau kita sama setarap dengan mereka barulah mereka suka kita. Inilah peliknya manusia Melayu ini. Saya sering memberi nasihat kepada kawan-kawan yang ingin maju dalam apa bidang sekalipun, yang penting bagi saya ialah kita perlu memekakkan telinga, kalau boleh gunakan mata dan minda, barulah kita boleh maju. Kalau kita sentiasa meminta nasihat dan pandangan orang lain, akhirnya kita akan gagal mencapai apa juga cita-cita yang kita hajati.