Rabu, 22 Ogos 2012

Sambutan Hari Raya 2012 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa jua yang saya kenali dan secara kebetulam terbaca blog saya ini. Tahun ini suasana hari raya sebgaimana pada tahun-tahun lepas, mengunjungi pusara arwah ibu dan ayah kemudian perlu juga bertemu dengan sanak saudara, adik beradik dan juga rakan kenalan. Cuma masanyanya begitu terhad kerana masing-masing dengan keperluan sendiri. Bukannya tidak ada masa yang menepati untuk bertemu, maklumlah, kita kan punya sedara mara, kawan-kawan yang berbeza, mana mungkinkan kita dapat menemui kesemuanya. Pada saya dengan adanya kemudahan alat telekomunikasi yang hebat sekarang, keperluan untuk mesti bertemu itu perlu difikirkan semula. Lagipun sekarang ini jalan raya penuh dengan kenderaan. Inilah masalahnya jika semua sudah berkemampuan menggunakan kereta sendiri. Mungkin akan sampai masanya jalan raya kita ini akan dipenuhi dengan kereta. Lagi menyesakkan ialah tabiat pemandu kita yang seolah-oleh mereka sahaja yang nak sampai cepat. Kadang-kadang saya fikir alangkah eloknaya kalau kita dapat kembali ke zaman tahun 70-an, ialah semasa saya masih kanak-kanak lagi, jalan raya kan lengang, kita naik kenderaan awam, bas, teksi, tak kiralah sapu ke tak sapu, tapi hakikatnya kita berasa selesa, tenteram, tidak terkocoh-kocoh dan berebut-rebut. Kita sampai juga ke destinasi, kita dapat juga beramah mesra dengan rakan taulan dan sedara mara. Sekarang ini apa yang kita katakan dunia kita ini serba pantas, kita tidak sempat juga untuk menemui semua sedara mara dan rakan taulan kita. Anih kan. Kemudian tabiat kita berbelanja juga amat mengusarkan. Ada yang nampaknya nak berhabis-habisan membeli belah. Yelah orang berduit. Tapi kekadang kita fikir, ibadat berpuasa itu gagal mendidik nafsu manusia. Semuanya macam gila nak berbelanja baik membeli baju, kuih raya, dan juadah hari raya. Kadang-kadang sedih kita tengok makanan itu dibuang begitu sahaja. Mana tidaknya, semakin hampir sambutan hari raya, semakin banyak orang yang membudayakan menghantar makanan atau dalam masyarakat kita dikenali sebagai 'memunjung'. Bukannya setakat satu keluarga, kekadang sampai lima keluarga menghantar makanan dalam satu-satu masa. Anak-anak sudah tidak larat nk memakannya. Tak kanlah kita nak paksa. Akhirnya ke tong sampahlah destinasinya. Kena fikirlah budaya yang begini. Tujuannya baik tetapi perlaksanaanya yang tidak baik. Baiklah kita kena fikirlah lagi apakah budaya dan amalan yang kita perlu lihat semula, agar kita tetap menjadi umat yang bertakwa dalam melaksanakan ibadah ini. Wasalam