Kalau kita tahu, kita tidak perlu memikirkan lagi untuk tahu, tetapi kita kita kena berfikir juga untuk mengatakan kita telah tahu. Walaupun tahu itu bukan semestinya tahu apa yang perlu kita tahu tetapi kita selalunya tahu tapi kita tidak pernah nak tahu apa yang kita telah tahu itu. Contohnya beginilah kita tahu sesuatu perkara itu begitu tetapi kita tidak tahu mengapa kita tidak tahu bagaimana untuk tahu. Hidup ini dipenuhi dengan hambatan untuk tahu, kerana dengan tahu kita akan tahu semuanya yang kita perlu tahu. Begitulah manusia yang kerdil ini biasanya dia tahu apa yang dia hendak dan mahu tetapi dia juga tahu dia tidak berkemampuan untuk memberitahu sesuatu kepada seseorang agar dia tahu apa yang perlu dia tahu. Kita selalu berpura-pura, walaupun kita tahu bahawa orang akan tahu apa yang dia perlu tahu, sedangkan kita tidak tahu bahawa orang lain sebenarnya telah tahu apa yang kita sendiri tidak tahu.
Hidup ini sebenarnya satu perlumbaan untuk tahu apa tujuan hidup kita di dunia ini. Kita perlu tahu bahawa keberadaan kita di dunia yang fana ini adalah satu perujian dan dugaan yang perlu melalui pelbagai rintangan. Kenikmatan hidup itu bakal tercapai jika kita dapat melepasi segala rintangan dan dugaan. Hidup tanpa dugaan tanpa mengalami rintangan, kedukaan dan kesedihan, sebenarnya sebuah kehidupan yang telah lama mati. Kita perlu hidup dan bangun dan dengan gagah menghadapi dugaan dan rintanag itu. Kita juga tahu bahawa betapa peritnya hidup ini, kerana kita tidak berupaya memberitahu supaya orang tahu apa yang perlu mereka tahu. Kita tidak tahu bagaimana untuk memberitahu agar dia tahu apa yang sepatutnya kita hendak dia tahu. Peritnya hidup ini. hi...hi...hi...
( Anda tidak akan faham jika anda tidak faham kerana anda gagal untuk memahaminya. )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan