Dr Mahathir pernah berkata bahawa kelemahan minda bangsa kita itu disebabkan oleh masalah baka dan keturunan. Agama Islam juga menyarankan kita memeriksa keturunan bakal pasangan kita ketika bercadang untuk meneruskan sesuatu perkahwinan. Kita tahu dulu bangsa kita memang suka mengamalkan perkahwinan sedara terdekat. Mungkin ada yang gemar menjodohkan anaknya dengan sepupu atau antara sedara terdekat. Daripada hujahan saintifik juga mengakui fakta ini. Faktor genetik inilah yang menyebabkan terlahirnya baka yang lemah mindanya.
Faktor seterusnya mungkin kita boleh ambil buah fikiran Prof Diraja Ungku Aziz. Beliau mengatakan kelemahan bangsa kita adalah disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat. Selain daripada kurangnya pengetahuan tentang nutrisi, bangsa kita kita juga amat gemar memakan makanan yang diasinkan. Makanan-makanan begini amat rendah kadar khasiatnya. Pemilihan makanan diburukkan lagi dengan kemiskinan yang menghalang keupayaan untuk membeli makanan yang berkhasiat.
Menjadi keganjilan juga kepada bangsa kita kerana bangsa kita tidak ada makanan khasiat khas untuk minda. Kalau kita lihat bangsa-bangsa yang bertamadun seperti Cina, ada ginseng, India ada akar Barimi, Arab ada habatus Sauda, kismis, zaitun dan sebagainya. Orang Barat juga ada Gingko, Sipirulina dan sebagainya. Bangsa kita tidak pernah ambil pusing tentang perkara ini. Mungkin ada juga mereka sibuk tentang akar tongkat ali, gamat, lintah dan sebagainya tetapi penumpuannya untu keperluan lain pulak.
Kesimpulannya cuba kita nilai semula makanan-makanan yang kita sajikan untuk anak-anak kita yang sedang belajar. Adakah kita telah berkorban memberikan makanan yang elok dan tinggi kandungan nutrisinya kepada anak-anak yang bakal mewarisi generasi akan datang. Mungkin kita boleh merenung-renungkan ketika kita cuba mula berfikir untuk mengatasi kelemahan ini.
Dr. Hussin Sarif
Malam setelah berkali-kali gagal memejamkan mata.
( tak boleh tidur )
06.01.2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan