Sering saya terfikir, apakah sebenarnya yang membezakan kita dengan haiwan. Kita sama-sama makhluk Allah. Darwin juga mengatakan kita berevolusi daripada haiwan. Disebabkan teori itu dari barat, kita seolah-olah terpengaruh dengan idea gilanya itu. Tetapi sekurang-kurangnya dia menggunakan minda untuk menghulurkan pendapatnya itu. Itu hanya logika. Kerna ilmu Allah itu ada yang minda kita tidak dapat mencapainya. Jadi tentu ada yang boleh diberi alasan secara logik dan ada juga yang tidak boleh. Gitukan. Kerana kalau kita cuba-cuba fikirkan, bagaimana Allah itu tidak ada permulaan kejadiannya. Kita tentu tidak boleh memikirkannya. Minda kita tidak boleh menjangkaunya. Jadi itu ketentuan Allah, semestinya kita tidak perlu mempersoalkannya.
Berbalik kepada MINDA, tadi. Kan kita sahaja manusia yang dikurnia akal yang boleh digunakan untuk berfikir. Tetapi kita ni kadang-kadang tidak pernah memaksimumkan penggunaan minda kita. Mungkin kurikulum yang kita lalui zaman persekolahan kita yang menyebabkan kita tidak mampu menggunakan kuasa minda. Sepatutnya cara P&P yang mengamalkan budaya suapan perlu kita tinggalkan. Kita seharusnya mendidik anak-anak kita tentang bagaimana menggunakan minda. Tentunya minda itu amat berguna ketika menghadapi masalah. Dalam dunia yang serba mencabar ini, setiap detik kita harus berhadapan dengan masalah dan masalah tentunya perlu diselesaikan. Jadi bagaimana kalau kita tidak mampu mengotimumkan peranan minda kita. Ada otak - otak udang, ada otak - bangang macam lembu. Seharusnya apa juga permasalahan yang kita harap pelajar kita rungkaikan perlu dengan bersungguh-sungguh mereka menggunakan minda.
Begitulah betapa sayangnya Allah kepada kita kerana telah membekalkan kita dengan MINDA. Sebagai khalifah di muka bumi ini tetu kita amat bersyukur kerana kita dapat menggunakan MINDA kita itu dengan amat berkesan sekali. Tetapi malangkan kerana kita selalunya alpa tentang keunikan dan kehebatan MINDA kita itu. Wasalam.
1230malam
20.01.2010
Selamat Malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan