Selasa, 19 Januari 2010

The Meaning of the Malay 'RUN'

Came the halt upon their crutches,
Came the blind a-groping groping;
Quick the deft to ask and questions;
Mothers brought their babies in arm;
Children hurried pressing and pushing;
And the short folk craned a-tiptoe;
And the sick tailed off to lee-ward.
Came the deft to fire the cannon;
Came the blind to blow the mortars;
Came the halt to drive the chicken.

Si capek datang bertongkat
Si buta datang berpimpin pimpin
Ibu mendukung anak,
Anak-anak bertolak-tolakan
Yang pendek tertinjau tinjau,
Yang sakit datang berusungan,
Si pekak pencucuh meriam,
Si buta peniup api,
Datang si capek menghalau ayam.

Kita biasa akan menemui bahasa berirama ini kalau kita rajin membaca naskah-naskhah lama, seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Sang Boma dan lain-lain lagi. Tapi keunikan gaya bahasa seperti di atas bakal pupus ditelan zaman. Kesusasteraan sebenarnya mengambarkan keagungan dan bukti keberadaan sesuatu bangsa itu kekal wujud di bumi ini. Tanpa budaya dan kesusasteraan yang menceritakan hal-hal berkaitan bangsa itu, maka akan terhakislah ciri sesebuah bangsa itu. Bait-bait bahasa berirama yang saya paparkan di atas itu mengambarkan bahawa bangsa Melayu itu amat mementingkan semangat bekerjasama, bertolong bantu dalam apa juga pekerjaan. Tetapi perkembangan mutakhir bila bangsa kita mula bertembung dengan pengaruh-pengaruh luar yang pelbagai, ciri kudus yang dulunya mendominasi minda orang-orang Melayu sudah mula dilupakan. Alasan mungkin amat relevan, kerana cuma kita ingin mengekalkan satu ciri yang kita anggap luhur tetapi apabila kita cuba amalkan, amalan itu kita sendiri mula merasakan iannya sesuatu yang amat tidak praktikal lagi.

Walau bagaimanapun dalam kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita sebenarnya tidak perlu rasa jengkel jika kita sudah mula melupakan amalan leluhur kita. Kita tidak perlu rasa bersalah kerana kita sendiri yang sebenarnya harus menghadapi cabaran hidup dalam dunia moden ini. Cuma kita harus menafaatkan minda yang telah dianugerahkan oleh tuhan itu sebagai panduan kita. Minda kita sepatutnya memikirkan sesuatu yang positif, yang baik, yang muslim, dan serba serbinya menuruti syariat yang kita anuti. Kalau kita gagal memaksimumkan minda kita, itulah yang selalunya terjadinya penyelewengan, kekalutan dan amalan-amalan yang tidak menuriti kehendak syariat kita.

Kesimpulannya kita sepatutnya menggunakan minda kita itu untuk melakukan sesuatu yang baik dan bermenafaat. Wallahuaklam.

Rabu
105 pm
Cetusan minda sebelum tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan