Khamis, 28 Januari 2010

Seloka si Randang

Baik budi emak si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan.
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui.
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis, padi tak jadi.

Seloka di atas juga memperkatakan tentang bagaimana orang Melayu berbudi. Konsep berbudi yang salah telah menyebabkan manusia Melayu terlalu mementingkan hubungan harmoni, takut dikata tidak baik dan tidak hormat. Masalah inilah yang menyebabkan kita semakin terhimpit oleh asakkan yang konsisten daripada orang lain. Kita akan terus menjadi bangsa yang mengalah apabila menghadapi bangsa yang mengamalkan budaya Kiasu, atau ultra Kiasu. Kelemahan kita ialah pemahaman kita sendiri yang amat menyimpang terhadap konsep budi tu. Kita sepatutnya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh emak si Randang. Berbudi perlulah berpada-pada. Kerana kebaikan kita selalunya akan dianggap kelemahan oleh orang lain.

Sekian.
28/01/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan