Ya, sebulan sudah berlalu, tahun 2010 sudah 30 tahun rupanya saya dalam bidang pendidikan ini. Menjadi guru sekolah rendah selama 10 tahun, di sekolah menengah selama 12 tahun, di IPG ni dah menjangkau 4 tahun. Selebihnya tu saya cuti belajar. Apa kejayaan saya, tetapi yang pasti ramai anak murid yang telah berjaya. Mungkin cukup bangga ada di kalangan mereka menjawat kerja yang bagus-bagus. Ada yang ingat dan sudah tentu ramai juga yang gagal untuk mengingati cikgunya ini. Tetapi saya tidak pernah berkecil hati kepada yang sukar sangat mengingati jasa gurunya ini. Bagi saya penerapan unsur-unsur yang baik sehingga memungkinkan mereka menjadi manusia itu yang amat penting. Saya selalu mengingatkan mereka bahawa hidup ini sebenarnya satu perjalanan yang jauh. Dan dalam perjalanan itu kita terpaksa menghadapi dugaan dan ranjau. Kepayahan untuk melepasi segala rintangan itulah sebenarnya kemanisan dalam kehidupan. Tuhan menyayangi kita kerana kita masih diberi dugaan dan kejayaan akan diberi ganjaran. Ada juga diantara kita yang diberi dugaan dengan diberinya kita limpahan kemewahan dan kesenangan. Kemungkinan kita akan alpa dengan kemewahan yang akhirnya menjerumuskan kita kepada kehancuran. Jadi pokoknya kesusahan, dan kesenangan merupakan dua bentuk dugaan yang kita harus tempuhi. Wasalam
Malam dah larut
1.00 am
Selamat Malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan