Saya sering mengatakan bahawa pemikiran literal itu sesuatu yang biasa kita amalkan. Mungkin kita mampu melakukan sesuatu yang bakal menyinggung perasaan orang lain. Saya tahu dan saya telah memahami bahawa amalan ini telah begitu sebati dalam budaya kita. Kita tidak pernah mengakui ataupun mengkagumi sesuatu yang kita fikir bahawa kita sentiasa lebih baik. Fenomena inilah yang telah meragut keupayaan kita untuk maju dan lebih maju kerana kita selalu fikir kita lebih baik dan orang lain tidak boleh lebih baik daripada kita.
Saya sebenarnya telah memahami masalah ini. Dan saya toleran terhadap sikap ini, cuma yang mengusarkan saya adakah amalan yang tidak baik ini akan terus diwarisi oleh generasi pewaris kita. Saya tahu betapa sukarnya untuk berjaya dan kesukaran itu ditambah dengan sikap dan budaya masyarakat kita yang tidak pernah percaya orang lain boleh lebih berjaya.
Tetapi walau bagaimanapun keupayaan untuk berjaya itu sebenarnya terletak pada diri kita. Semangat dan kekukuhan pegangan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut. Biarlah saya teruskan kajian dan pemerhatian saya terhadap fenomena ini. Manusia Melayu manusia yang sinis, manusia yang egois, manusia taklah sampai hipokrit tetapi manusia Melayulah yang sering mengatakan merekalah yang terunggul tetapi keunggulan itu hanyalah pada pandangan mereka sendiri. Wasalam.
930pm
Pendekatan Pragmatik - Kita harus menggunakan daya kognisi kita untuk mentafsir apa yang orang ujarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan