Selasa, 13 April 2010

Kita ini manusia

Asalamualaikum. Sudah agak lama saya tidak menjenguk blog ini. Mungkin kerana saya sering kekurangan masa ataupun mungkin kekeringan idea. Mungkin kedua-duanya sekali. Tapi biarlah saya, rasionallah Kadang-kadang terfikir apabila kita menuturkan sesuatu, kita tahu orang akan menilai kita. Dan menjadi kecenderungan kepada sesetengah orang untuk sentiasa mencari kelemahan kita. Kita juga tahu kita memang manusia dijadikan oleh tuhan mewarisi sifat kekurangan dan kelemahan. Juga kita tahu orang yang selalu mencari kelemahan orang lain, mereka sendiri juga memang lemah dan usahanya itu sebenarnya hanyalah untuk menutupi kelemahannya.

Kadang-kadang kita nie ego. Kita tidak mahu orang lain mengatasi kita, kita tidak mahu orang lain lebih kaya, lebih berjaya, hatta lebih alim daripada kita. Kita juga kadang-kadang hairan kepada sesetengah-tengah orang itu seolah-olah dia sahaja yang nak masuk syurga, kerana amalannya hebat, percakapannya juga berwacanakan alam keagamaan semata-mata. Terdetik dalam benak saya, kadang-kadang orang seperti ini tabiatnya suka mengkeji orang, mengumpat orang, menikam orang dari belakang, suka mengadu domba. Tapi pada saya orang-orang seperti ini sebenarnya sedang diuji tuhan. Semakin warak kita, semakin tinggilah cabaran dan dugaan yang harus dihadapi.

Saya tidak memperkecil orang yang beramal, orang yang warak, orang yang tidak tinggal tikar sembahyangnya, tetapi sedarlah kita bahawa tugas dan misi kita adalah bukannya kita sahaja yang hendak masuk syurga. Kita harus ingat kawan-kawan, sedara-sedara, masyarakat dan keluarga kita juga. Kegagalan kita menyebarkan seruan ilahi hingga menyebabkan keluarga, masyarakat dan negara kita berantakan dan kacau bilau mungkin akan menyebabkan kita terjatuh ketika meniti jambatan sirotol mustaqim. Kita di dunia ini sebenarnya bukan siapa-siapa, kita tak perlu sombong dengan adanya sedikit ilmu, kita tak perlu ego hanya kerana ada sedikit kekayaan, itu semuanya hanya sementara. Gunakanlah kekayaan dan ilmu yang ada untuk menjalankan dakwah untuk mengingatkan manusia untuk menjadi baik, bertolong bantu, hidup dalam semangat ukhwah.

Sekian, hanya nukilan rasa dan keinsafan dalam benak penulis yang sebenarnya insan kecil, kerdil, daif dan kurang ilmunya. Wasalam

1135 malam
ketika masih riuhnya suasana,
ketika anak-anak masih batuk-batuk
ketika kucing masih menguit-nguit,
ketika isteri masih sombong untuk didekati,
Perut masih degil berbunyi-bunyi,
mata terus celik
kerana seteguk kopi dilunasi,
Aku masih manusia biasa
yang sentiasa berhalisunasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan