Selasa, 6 Julai 2010

Frasa Nama

Sam.....

Tetapi penerangan saya itu agak kompleks, mungkin kurang difahami oleh anda yang baru cuba-cuba meneliti tatabahasa. Lebih mudah agaknya kalau kita katakan Frasa Nama daripada segi binaannya boleh terdiri satu perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi rentetan perkataan yang masih merujuk nama. Contoh:

1. Ayam
2. Ayam jantan
3. Ayam jantan serama

Perkataan 'ayam' boleh terdiri satu perkataan atau lebih daripada satu perkataan. Dan perkataan dalam rentetan itu menjadi pasangan minimal atau minimal constituents.

Kemudian harus juga difahami bahawa perkataan 'jantan' dan 'serama' juga berfungsi sebagai unsur penerang bagi perkataan yang terdekat. Contoh: perkataan 'jantan' menjadi penerang kepada perkataan 'ayam' dan 'serama' menjadi penerang kepada ayam jantan.

Dalam aturan sintaksis, kita boleh perhatikan kehadiran frasa nama ini boleh wujud, sama ada dalam gatra subjek dan juga predikat. Contoh:

4. Ayam jantan serama itu seekor binatang ( hadir sebagai FN-Subjek )
5. Ayam jantan itu ayam jantan serama ( hadir sebagai FN-Predikat )

Frasa nama juga boleh hadir sebagai unsur penerang dan juga ajung dalam ayat. Contoh :

6. Ayah membeli ayam jantan serama ( hadir sebagai FH-adjung )
7. Ayah membeli dua ekor ayam jantan serama ( hadir sebagai FN-Penerang)

Kesimpulannya, kita boleh memahami bahawa FN boleh hadir dalam pelbagai gatra dalam sintaksis ayat bahasa Melayu. Oleh sebab itu kita boleh katakan bahawa kedudukan FN agak unik dalam bahasa Melayu kerana FN agak fleksibel sifatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan