Blog ini saya khususkan kepada sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat tentang apa-apa sahaja tajuk yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.
Sabtu, 5 Februari 2011
Komunikasi dan releven
Prinsip relevan kognitif mempunyai kesan yang amat penting dalam proses komunikasi. Menurut Sperber & Wilson, komunikasi melibatkan penglahiran rangsangan ostensif, contoh gerak geri atau tindak tanduk penutur akan menarik perhatian pendengar yang tidak boleh tidak akan diambilkira oleh pendengar dengan anggapan penutur berhasrat untuk menyampaikan maklumat. Rangsangan ostensif dalam konteks ini boleh berupa perlakuan umpamanya pergerakan badan, ujaran verbal yang kurang jelas, tanda atau ditulis di papan tanda atau ujaran yang lebih kompleks umpamanya tingkahlaku yang disertai dengan ujaran. Walau bagaimanapun berdasarkan prinsip relevans kognitif, sistem kognisi manusia hanya melayan informasi atau maklumat yang relevans. Jika penutur ingin ujarannya difahami, penutur mesti mengeluarkan rangsangan ostensif yang seboleh-bolehnya relevens berdasarkan jangkaan interpretasi pemahaman pendengarnya. Oleh itu boleh dianggap dalam setiap tindakan komunikasi ostensif akan membuatkan penutur memastikan maklumat itu cukup relevens kepada pemahaman pendengar.
Semakin banyak informasi yang relevens maka semakin mudah untuk pendengar memahami dan ini memastikan kejayaan sesuatu komunikasi. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai sebab kemungkinan penutur gagal untuk megeluarkan rangsangan yang paling releven kepada pendengar. Dalam komunikasi verbal, penutur tidak berupaya memikirkan cara terbaik untuk menimbulkan rangsangan, penutur mungkin dihalang melahirkan ujaran disebabkan oleh faktor budaya dan sebagainya. Pendengar tidak berhak untuk mengharap ketepatan, walaupun demikian adalah berpatutan untuk mengharap penutur mengeluarkan ujaran yang seboleh-bolehnya paling relevans berdasarkan keupayaan dan keutamaan. Sperber & Wilson ( 1995 : 158 ) mengatakan bahawa faktor ini sebagai prinsip relevans komunikatif. Berdasarkan prinsip ini setiap komunikasi ostensif menyebabkan pelahiran kerelevanan yang optimum.
Prinsif relevens kognitif mempunyai kesan yang amat penting dalam proses komunikasi. Menurut Sperber & Wilason, komunikasi melibatkan penglahiran rangsangan ostensif. Bagi setiap komunikasi overt menghasilkan tanggapan kepada kerelevenan yang optimum.