Ahad, 24 April 2011

Ujaran

Dalam membicarakan bahasa Melayu, saya lebih tertarik kepada ujaran, maksud saya adalah apa yang sebenarnya diujarkan oleh penutur bahasa Melayu. Pada tanggapan saya, bahasa komunikasi itu lebih penting dalam komunikasi dua hala daripada bahasa tulisan, kerana ujaran itu memerlukan orang yang perlu memahami maksud ujaranya secara tepat dan tanpa pembetulan. Pembetulan mungkin boleh dilakukan tetapi sudah mencacatkan pemahaman penerimanya. Saya juga tahu bahawa bahasa lisan itu berbeza dengan bahasa tulisan. Bahasa tulisan memerlukan pemahaman ketatabahasaan yang baik, kalau tidak tulisan kita akan dianggap tidak gramatis. Cuma bahasa tulisan, kita masih mempunyai masa untuk membuat pembetulan. Dalam aturan ujaran biasa adalah sebagaimana berikut: