Sabtu, 7 Mei 2011

Hanya Pendapat Saya.

Saya bercakap dalam seminar,forum atau apa juga pertemuan ilmiah tentang bahasa bahawa memertabatkan bahasa Melayu bukannya hanya setakat berkempen, angkat spanduk dan juga mengapi-apikan semangat nasionalisme bahasa tetapi seharusnya disertai dengan usaha menjadikan bahasa ini sebagai bahasa yang perlu dipelajari dan digunakan. Semenjak negara kita merdeka sehinggalah negara sudah mengecapi kemerdekaan ini selama lebih lima puluh tahun tetapi kita masih gusar tentang masa depannya. Tentunya perasaan itu tidak timbul jika kita menjadi bangsa yang maju dan selari dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Bangsa Jepun, Cina, India, Australia, Amerika, Perancis, dan sebagainya. Mereka maju dalam segala bidang dan secara tidak langsung bahasa mereka menjadi berkembang, tanpa ada program-program berkempen.

Kehidupan di dunia moden ini selain daripada keperluan rohani kita juga perlu memenuhi keperluan jasmaniah. Kita perlu makan, kita perlu minum dan kekayaan ini memerlukan kita maju dan menguasai ilmu untuk menjadi maju. Tapi sayangnya bangsa kita tidak demikian fikirannya. Nak maju sedikit kita dipersenda. Nak maju sikit kita dituduh pengikut politik yang tidak betul. Kita kaya sedikit, kita dituduh rasuah, kita maju sedikit, kita dituduh kroni. Dilema ini terus menghantui kita. Saya selalu mengingatkan bahawa penutur bahasa Melayu tentunya menjadi bangsa yang maju. Kalau bangsa kita maju, orang-orang lain akan berlumba-lumba untuk belajar bahasa Melayu. Jadi kita tak payah perlu berkempen, dan memasang sepanduk sana sini. Analoginya begini, mengapa kita nak belajar bahasa Inggeris, kerana bahasa Inggeris tu dituturkan oleh orang yang maju. Mengapa kita nak belajar bahasa Perancis, kerana bahasa Perancis banyak digunakan oleh orang di dunia ini. Tetapi kalau kita tanya kepada orang mengapa kita nak belajar bahasa Melayu, saya suka menjawab kerana kita nak tahu mengapa orang yang menggunakan bahasa Melayu itu menjadi malas, tak menguasai teknologi, suka mengadu domba, suka bercakaran sesama sendiri, suka menikan kawan dari belakang dan suka mengumpat serta memburuk-burukan hatta kawan, sedara mara sendiri.

Kita juga mungkin tidak terburu-buru untuk belajar bahasa orang asli, bahasa Tamil ( dalam konteks negara kita )kerana persepsi negati kita terhadap kedua-dua bahasa tersebut. Begitulah persepsi orang-orang luar tentang kepentingan untuk mempelajari bahasa Melayu. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang saya utarakan sama ada kebenanrannya atau tidak. Terima kasih.