Jumaat, 8 Februari 2013

Penjernihan Minda

Saya kadang-kadang memikirkan mengapa kita harus bertegang urat hanya kerana untuk memikirkan sesuatu yang sia-sia sahaja. Mungkin kita yang berbangsa Melayu itu memang suka berbalah dan gagal untuk hidup rukun damai. Dalam suasana politik berasaskan kaum, keturunan, kenegerian, kelompok yang kaya dan yang miskin, kita masih berbangga bahawa kita adalah salah satu negara yang mengamalkan sistem Demokrasi. tapi saya selalu berfikir sistem Demokrasi yang tulen gagal untuk dilaksanakan, kerana rakyat negara ini masih dikelompokan mengikut pembahagian yang saya sebutkan tadi. Kebebasan untuk memilih agak sukar dilaksanakan kerana secara tidak disedari pemilihan lebih dipengaruhi oleh kelompok-kelompok tadi. Jadi untuk memastikan pilihanraya di negara kita itu adil, tidak mungkin. Lanjutan daripada pemikiran di atas tadi saya ingin menyarankan konsep pemerintahan secara demokrasi mungkin boleh dinilai semula. Disebabkan negara kita itu pelbagai bangsanya, agamanya, rasnya dan pemikirannya, ada baiknya kita adakan mekanisme, bagaimana untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang dapat mempastikan setiap kelompok itu dapat diwakili. Maksudnya pemilihan secara pilihanraya umum pada saya sudah tidak relevan lagi. Hujah saya mungkin perbelanjaan yang begitu besar untuk mengadakan pilihanraya dapat dijimatkan. Kemudian kelompok yang kurang matang tentang politik dapat diminimakan. Mengapa saya berkata demikian, saya dapati bahawa ada sekelompok rakyat negara ini yang hidup matinya kerana politik. Saya dapati kelompok ini menghabiskan masa yang berharganya hanya untuk melaga-lagakan orang, memfitnah, mengagalkan apa juga perancangan yang baik untuk rakyat. Jadi mengapa kita harus biarkan orang-orang semacam ini, yang merugikan negara, memporak perandakan masyarakat dan membodohkan diri mereka sendiri. Saya berasa ada baiknya, masa yng begitu berharga itu diperuntukan untuk memperbaiki diri sendiri. Dalam konteks orang-orang Melayu, apa yang kurang pada mereka. Kalau mereka rajin berusaha bersungguh-sungguh, saya fikir mereka boleh maju dan kaya raya. Peluang untuk maju dan untuk kaya terbuka seluas-luasnya. tetapi malangnya mereka lebih tertarik untuk menyalahkan orang lain, dan masalahnya mereka gagal untuk mengkui diri mereka sebenarnya yang malas, dan lemah. Saya masih teringat lagi bagaimana orang Melayu itu menjadi marah, apabila disuruh untuk menjadi rajin. Mereka selesa untuk bermalas-malas dan menyalahkan orang lain jika mereka kurang berjaya dan kurang kaya. Mereka terpengaruh dengan dakyah, bahawa kekayaan negara ini dibolot oleh kalangan tertentu. Tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka itu pemalas, tidak bijak untuk merebut peluang yang tersedia. Percayalah bahawa tidak ada yang percuma di dalam dunia ini. Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berusaha. Kita tidak boleh bersandarkan kepada negara berkebajikan. Kita tidak boleh mendapatkan sesuatu itu secara percuma, sebaliknya kita perlu berusaha. Ingatlah bahawa sesuatu yang kita dapati secara percuma itu, sebenarnya adalah sebagai racun yang akan memusnahkan jiwa kita sebagai insan di dunia ini secara perlahan-lahan. Olehitu saya ingin mengingatkan bahawa janganlah sentiasa menyalahkan orang lain hanya untuk menutupi kelemahan diri sendiri. Buanglah perasaan ego, kerana keegoan itu tidak memberi apa-apa menfaat kepada kita sebaliknya akan lebih menampakan kebodohan dan kurang berilmunya kita. Wasalam.