Khamis, 30 Disember 2010

Selamat Tahun Baru

Asalamualaikum. Sudah berakhir rupanya tahun 2010 dan bakal menjelang tahun 2011. Maksudnya telah bertambah setahun lagi usia kita dan semakin mendekat lagi usia kita ke penghujungnya. Itulah sebenarnya erti kehidupan. Kita diberi masa untuk berbakti dan mencari keredhaan Allah di bumi kurniaannya ini. Sudah sewajarnya kita mengimbas apa yang telah kita buat dan tunaikan. Dan itupun sebanarnya tugas kita manusia di bumi Allah ini. Masing-masing kita mempunyai tanggung jawab sendiri. Ialah kita yang di bidang pendidikan ini tentulah bergembira apabila melihat anak didik kita saban tahun keluar dari alam persekolahan dan bersedia menjadi manusia. Tapi juga perlu ingat ada juga di kalangan anak didik kita itu yang kurang berjaya. Walau bagaimanapun kita mungkin telah melakukan yang terbaik dan sewajarnyalah kita tidak perlu gundah gulana, kerana semua itu adalah ketentuan Allah juga. Kita sebagai insan yang dipertanggungjawbkan tentu telah membuat yang terbaik. Pendidik yang berjaya, pada saya adalah apabila saban tahun kita didatangi oleh anak-anak didik kita dan mengucapkan selamat kepada kita. Saya berasa amat gembira kerana sebilangan anak-anak didik saya biasanya datang dan saya tahu mereka amat gembura kerana telah berjaya. Saya amat bersyukur kerana itu adalah hadiah yang paling besar yang saya telah dapat. Cuma saya sentiasa berharap, teruskanlah legasi saya dengan sentiasa berusaha menanamkan apa juga unsur-unsur yang baik untuk dicontohi oleh adik-adik seterusnya. Dalam profesion sebagai pendidik ini kita sebenarnya tidak akan boleh kaya daripada harta tetapi kita boleh kaya dengan anak-anak didik yang kita lahirkan. Pada saya, jasa guru-guru saya amat saya sanjungi. Saya masih ingat bekas guru-guru saya En. Lau Huat Seng ( guru sejarah ), Mr Tan ( guru Seni Lukis ), Pn Kua Kim Leng ( Guru Sains ) Pn, Maznah ( Guru Bahasa )Pn Ho Kim Leng ( Guru Geografi ) dan En Kuan ( Guru Matematik ) yang amat hebat ketika saya di tingkatan tiga dahulu. Di Universiti saya mengingati Prof Ahmad Mahmood, Prof Arbak Othman, Prof Hamid Mahmood Prof Ahmat Juhari Moin, Prof Zatul Azma, Prof Ibrahim Salleh, Prof Juriah Long dll antara nama pensyarah Bahasa dan Linguistik saya yang amat prolifik. Jasa mereka amat besar sekali terhadap ilmu bahasa dan Linguistik yang saya dapat. Pada saya ilmu walau dalam apa bidang sekalipun kita tidak boleh berkompromi. Kita perlu betul-betul memahaminya agar apa yang akan kita wariskan kepada anak-anak murid kita itu adalah sebagaimana yang telah kita warisi daripada guru-guru kita yang terdahulu. Sekian.